BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Robolabolabolabolabot Super King merupakan sebuah robot yang terhasil setelah Probe bercantum dengan dua robot Robolabot.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Robolabolabolabolabot Super King hanya muncul dalam Musim 2, Episod 4 untuk bermain bola sepak. Apabila BoBoiBoy menggunakan Tendangan Kilat pada bola ke arah gawang gol, Adu Du menyuruh Probe untuk bergabung dengan kedua-dua Robolabot menjadi satu. Maka, ketiga-tiga mereka bercantum dan terbentuklah "Robolabolabolabolabot Super King" yang menampan rembatan BoBoiBoy dalam sekelip mata. Dalam bentuk ini yang agak panjang namanya untuk disebut, Super King dengan mudahnya menjaringkan gol ke dalam gawang Gopal. Pada saat ini, Gopal risau yang perlawanan mungkin terpaksa dilanjutkan kepada tendangan penalti. Walau dicemuh oleh pasukan Fang, BoBoiBoy tetap tidak gentar dan menyerahkan bola kepada Iwan.

Kemudian, Super King merampas bola dan menendangnya dengan kencang ke arah Gopal. BoBoiBoy sempat mengingatkan Gopal, dan akhirnya Gopal sempat menampan bola dengan membentuk sekeping biskut berbentuk jantung yang gergasi. Setelah tamat perlawanan, Papa Zola sempat bertanya siapakah yang telah merosakkan padang dan gawang gol sekolah kepada yang lain. Kesudahannya, Fang, Adu Du dan Super King dihukum berdiri di luar pejabat Cikgu Disiplin sambil memegang baldi di kedua-dua belah tangan.

Kebolehan[]

Super King buat tendangan padu

Robolabolabolabolabot Super King tidak mempunyai sebarang kuasa, akan tetapi robot ini mempunyai keupayaan untuk menendang sebiji bola dengan kuat sehingga dapat mengoyakkan jaring pawang gol dengan meninggalkan sedikit bara api.

Rupa[]

Walaupun Probe kelihatan tidak dinaik taraf ketika penggabungan, namun dia mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki yang sebelah kiri berwarna biru manakala sebelah kanan pula berwarna kuning, hasil daripada penggabungan kedua-dua Robolabot. Pada bahagian kepalanya, terdapat plat besi berwarna kuning dan biru di kedua-dua belah dahi dengan duri yang tajam dicantum bersamanya.

Trivia[]

  • Walaupun nama awal Super King agak susah untuk disebut, namun secara mudahnya terdapat empat perkataan "bola" dalam nama "Robolabolabolabolabot".
  • Super King, Adu Du dan Fang telah dihukum berdiri di luar pejabat guru disiplin sambil memegang baldi di kedua-dua belah tangan kerana telah merosakkan harta benda sekolah.

Galeri[]

Advertisement