BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Roberto Santana merupakan seorang ketua dalam kumpulan Tiga Rob. Dia muncul dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy: The Movie.

Sejarah

BoBoiBoy

Dalam Musim 3, Episod 7, Tiga Rob cuba untuk mencuri meter parkir yang terletak di luar Bank Pulau Rintis dengan menggunakan pelan rompakan yang telah disusun. Tetapi, dua orang polis lalu di kawasan itu dan terlihat kelibat mereka, membuatkan Tiga Rob terpaksa masuk ke dalam bank lalu bersembunyi di dalam bilik kebal. Tiga Rob akhirnya diberkas oleh pihak polis setelah BoBoiBoy tiba di bank dan menyelesaikan kes itu.

Dalam Musim 3, Episod 14, Tiga Rob didedahkan telah dilepaskan dari penjara dengan bantuan Adu Du dan Probe pada waktu tengah pagi. Mereka memperoleh Robot Pango daripada Adu Du dan menyuruh mereka untuk membalas dendam kepada BoBoiBoy, maka mereka menyertai Kumpulan Gerombolan Kejahatan yang ditubuhkan oleh Adu Du. Menggunakan Robot Pango, Tiga Rob pergi ke Sekolah Rendah Pulau Rintis dan melakukan kekacauan dengan mencuri pelbagai barang di situ.

Dalam Musim 3, Episod 18, atas arahan Adu Du, Tiga Rob telah mencuri semua burger dari seluruh gerai burger di Pulau Rintis termasuklah Burgerriak, iaitu gerai Pakcik Mat. Menggunakan Robot Pango yang mengalami ketidakstabilan enjin, Tiga Rob melarikan diri dari pihak polis dan kemudian dikejar oleh BoBoiBoy Taufan. Mereka berjaya bersembunyi dari BoBoiBoy Halilintar di sebuah lorong kawasan perumahan, tetapi pihak polis berjaya menemui mereka maka mereka terus melarikan diri. Mereka dihalang oleh Adu Du di hujung lorong dan tidak lama selepas itu, BoBoiBot Api muncul dan menggulingkan mereka ke dalam trak polis.

BoBoiBoy: The Movie

Tiga Rob muncul semula dalam filem ini sebagai Geng Rompak Dobi Bersiri yang telah merompak sebanyak 15 bungkusan dobi, 3 seterika dan satu cadar bunga. Ia menyebabkan berlakunya aksi kejar-mengejar di antara pihak polis dan perompak Tiga Rob di lebuh raya sehingga BoBoiBoy datang menyelamatkan keadaan dengan berpecah kepada tiga. Mereka cuba dibantu oleh Adu Du dan Probe yang muncul sebagai Superjahat Jero-Jero, tetapi mereka ditewaskan oleh BoBoiBoy Halilintar. Tiga Rob juga akhirnya ditumpaskan oleh ketiga-tiga BoBoiBoy dan mereka diberkas oleh pihak polis.

Rupa

Roberto Santana memakai topi yang berwarna perang yang menutupi rambutnya, memakai topeng muka yang pendek, dan memakai baju yang berwarna merah. Dia memakai sarung tangan berwarna kelabu dan seluar berwarna kelabu gelap serta kasut berwarna perang.

Perwatakan

Seorang yang bijak merancang, tegas dan garang dalam melaksanakan rancangannya.

Trivia

  • Walaupun Roberto adalah seorang perompak, namun dia tetap menjaga kesihatan tubuh badannya.

Galeri

Kategori utama: Gambar Roberto Santana

BoBoiBoy

BoBoiBoy: The Movie

Advertisement