BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Berpecah membuatkan Kuasa Elemental lemah!"
— Retak'ka kepada BoBoiBoy Solar


Retak'ka merupakan watak antagonis utama dalam BoBoiBoy Movie 2. Dia mendakwa dirinya sebagai pengguna asal kepada Kuasa Elemental dan kembali untuk merampas semula kuasanya daripada BoBoiBoy.

Penerangan[]

"Retak'ka adalah penjahat terbaharu yang mendakwa dirinya sebagai pengguna asal kepada Kuasa Elemental kepunyaan BoBoiBoy. Dia kembali untuk merampas semula kuasanya dari BoBoiBoy dengan apa jua cara sekalipun. Tidak banyak yang diketahui tentang Retak'ka, kecuali dia adalah seorang yang bijaksana, gilakan kuasa, dan juga kejam."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2

"Sejak menguasai kuasa Elemental Gamma, Retak'ka menjadi tamak dan gilakan kuasa hingga sanggup menyerang semua penguasa Elemental yang lain dan menyerap kuasa mereka.

Beliau akhirnya dikalahkan oleh BoBoiBoy 100 tahun kemudian.
"
— Penerangan rasmi di Segman Khas - 7 Pemilik Asal Kuasa Elemental.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Hang Kasa dan Retakka menemukan KristalBot dan GammaBot

Hang Kasa dan Retak'ka menemui KristalBot dan GammaBot.

Semasa Retak'ka masih kecil, dia dibuang oleh ibu bapanya ke Planet Gugura. Di sana, dia menjadi mangsa gangguan dari pelbagai makhluk yang kuat. Dia juga bertemu dengan Hang Kasa dan kedua-dua mereka menjadi sahabat karib. Pada satu ketika dalam kehidupan mereka, Retak'ka dan Hang Kasa menemui dua Power Sphera iaitu KristalBot dan GammaBot. Retak'ka mengambil GammaBot manakala Hang Kasa mengambil KristalBot. Dengan kuasa baru ini, Retak'ka dan Hang Kasa menjadi sukar untuk dikalahkan dalam pertempuran.

Walau bagaimanapun, kuasa itu tidak cukup untuk Retak'ka. Dia menjadi gila dan tamak kuasa, tanpa belas kasihan dan kejam, sehingga Retak'ka merampas semua kelima-lima Kuasa Elemental dan sanggup melawan sahabat karibnya, Hang Kasa untuk mendapatkan kuasa kristalnya.

Kuasa Elemental Retakka disedut

Kuasa-Kuasa Elemental Retak'ka disedut ke dalam Ochobot.

Dalam suatu pertempuran, Hang Kasa berjaya menyerap semua Kuasa Elemental Retak'ka ke dalam Ochobot bersama dengan elemen kristalnya sendiri. Hang Kasa berjaya membekukan Retak'ka menggunakan kuasa kristalnya.

BoBoiBoy Movie 2[]

Kenapa aku nak ikut cakap kau

Retak'ka mengugut Gogobi untuk membawanya ke TAPOPS

Retak'ka pertama kali dilihat dalam keadaan beku di dalam salah satu kristal akibat pertempurannya dengan Hang Kasa 100 tahun dahulu. Dia ditemui oleh Penggali Kristal yang tiba untuk menggali beberapa kristal dan menjualnya. Mereka secara tidak sengaja telah mengeluarkan Retak'ka dari kristalnya itu. Retak'ka mendapati dia masih mempunyai sisa-sisa kuasa Gamma miliknya. Setelah mendengar tentang TAPOPS dan BoBoiBoy, pemegang Kuasa Elemental kini, Retak'ka mengugut Penggali Kristal untuk membawanya kepada mereka.

Retak'ka sedut kuasa Solar

Retak'ka menyedut kembali kuasa BoBoiBoy Solar

Ketika BoBoiBoy sampai di Stesen Angkasa TAPOPS yang hancur dengan teruk selepas mendapatkan mesej kecemasan dari Komander Koko Ci, dia terkejut mengetahui bahawa Retak'ka adalah pemilik asal kuasanya. Pertempuran antara mereka berdua diikuti, Retak'ka dapat mengalahkan BoBoiBoy dengan mudah. Tetapi, BoBoiBoy berpecah menjadi lima dan cuba mengalahkannya. Tetapi, Retak'ka menangkap BoBoiBoy Solar dengan mudah dan merampas elemen cahayanya daripadanya sebelum dia bertukar menjadi Gamma. Selepas menggunakan elemen ini, Retak'ka menyedut kuasa-kuasa daripada BoBoiBoy Halilintar, Taufan, dan Duri. Ketika dia hendak menamatkan BoBoiBoy, Gopal tiba tepat pada masanya untuk menyelamatkan BoBoiBoy dan melarikan diri dari sana, memaksa BoBoiBoy untuk melarikan diri dari mereka dan pergi ke Planet Quabaq. Retak'ka berang melihat BoBoiBoy melepaskan diri dan bertukar menjadi Balak. Dia cuba untuk menghentikannya tetapi Ochobot teleport tepat pada waktunya.

Mari aku hancurkan dengan penggunanya sekali

Retak'ka Balak melancarkan serangan pada Yaya, Ying dan Fang

Ketika BoBoiBoy berlatih dengan Hang Kasa di Planet Quabaq, Retak'ka meneruskan usaha untuk menyedut tenaga dari planet berdasarkan elemental untuk meningkatkan kuasa elementalnya. Ketika tiba di Planet Gur'latan, Retak'ka bertukar menjadi Voltra dan menyedut energi planetnya tersebut sebelum mengalahkan seluruh Laskar Guruhan. Setibanya di Planet Rimbara, dia mengetahui bahawa ahli-ahli TAPOPS membawa keselamatan penduduk Kaum Cendawa. Dia mencuba untuk menghentikan mereka tetapi dihadapi oleh Yaya, Ying, dan Fang. Dia bertukar menjadi Balak dan mula menyedut tenaga planet untuk menguatkan kuasa elemennya. Dia cuba menghentikan MYS Keamanan, tetapi dihentikan oleh mereka bertiga dengan mengenakan ArmoBot. Mereka menyerangnya tetapi Retak'ka, yang telah kuat selepas menyedut tenaga planet, mengalahkannya.

Kemunculan pertama Retakka Kristal

Setelah sekian lama, Retak'ka merasai Kuasa Elemental Kristal

Kemudian di Planet Quabaq, BoBoiBoy menerima mesej dari Retak'ka, menuntutnya untuk datang ke Planet Bumi demi keselamatan kawan-kawannya. Ketika Retak'ka mendarat di Bumi, Hang Kasa menemuinya dan bukannya BoBoiBoy. Selepas berbual sedikit, pertempuran antara dua lagenda diikuti, Retak'ka mengatasinya. Dia bertukar menjadi Beliung dan hendak menamatkan Hang Kasa, tetapi tiba-tiba BoBoiBoy Blaze tiba untuk menyelamatkannya. Beliung mula menyerang Blaze sebelum bertukar menjadi Ais. Ais menembak Panah-Panah Ais padanya tetapi gagal. Beliung mengalahkan BoBoiBoy dan berjaya mengikatnya di batu besar selepas bertukar menjadi Balak. Dia hendak menumpaskannya dengan Penukul Balak, tetapi Hang Kasa menyelamatkannya pada masa yang singkat. Hang Kasa meminta maaf kepada BoBoiBoy atas pengkhianatannya dan mendorongnya untuk mengalahkan Retak'ka. Retak'ka "menewaskan" Hang Kasa dan mengambil Elemen Kristalnya, bertukar menjadi Retak'ka Kristal.

BoBoiBoy FrostFire tumbuk Retakka Kristal

Retak'ka Kristal menentang BoBoiBoy FrostFire

Daripada berputus asa, BoBoiBoy bertukar menjadi FrostFire dan mula melawan Retak'ka. Pertempuran antara mereka berdua berjalan dan BoBoiBoy dapat mengatasi Retak'ka. BoBoiBoy mula menyerangnya dengan Panah Bakar dan Beku untuk mengelakkan Ceracak Kristal miliknya. Retak'ka berjaya mencengkam BoBoiBoy. Sebelum dia dapat melakukan sesuatu, Gopal melempar Ochobot terhadap BoBoiBoy. BoBoiBoy menyedut elemen kristalnya daripada Retak'ka, membuatnya naik berang dan bertukar menjadi Voltra untuk menyerangnya, tetapi dia diselamatkan oleh Yaya, Ying, dan Fang, yang mereka dilepaskan daripada kapal angkasa Penggali Kristal. Daripada menyerah kalah, dia bertukar menjadi Balak dengan marah dan memusnahkan empangan di mana mereka bertempur supaya dapat membanjiri seluruh kawasan. BoBoiBoy bertukar menjadi Glacier untuk menjelmakan Gargantua Ais untuk menghentikan empangan dari banjir dan membekukan Retak'ka di tempatnya. Dengan bantuan Ochobot, BoBoiBoy berjaya mengambil elemennya semula kerana dia berasa bahawa dia tidak layak menggunakan kuasa-kuasa ini dan mengalahkan Retak'ka menggunakan Tembakan Super Supra. Retak'ka dilihat terapung di luar atmosfera Bumi.

Kuasa dan Kebolehan[]

Serangan
6/5
Pertahanan
5/5
Ketangkasan
7/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
5/5

Retak'ka memperoleh Kuasa Manipulasi Gamma daripada Power Sphera GammaBot. Kebolehan ini membolehkannya untuk menyerang sinar radiasi gamma. Set kuasa ini juga termasuk penyerapan radiasi gamma seperti yang ditunjukkan ketika dia menyerap Tembakan Solar Gerhana milik BoBoiBoy Solar, yang hanya berfungsi untuk menjadikannya lebih kuat. Kebolehan ini disebabkan oleh fakta bahawa radiasi gamma dihasilkan oleh matahari, yang mana kuasa BoBoiBoy Solar berasal. Dia juga kelihatan mempunyai kebolehan penyerapan di mana dia menyerap kuasa BoBoiBoy Solar, BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Duri sepenuhnya dan membaik pulih semula bentuk elemennya. Kebolehan penyerapan Retak'ka juga kelihatan dikuatkan sebagai elemen asasnya kerana dia menyerap tenaga elektrik Planet Gur'latan dan angin bertiup Planet Bayugan. Seperti yang ditunjukkan dalam filem, Retak'ka mempunyai 5 bentuk elemen tahap ketiga.

Retak'ka
Bentuk normal Retak'ka

Retak'ka

Ini merupakan bentuk normal bagi Retak'ka.

Kuasa
  • Pecutan Tinggi: Retak'ka memiliki pecutan dengan kelajuan yang lebih tinggi berbanding dengan kelajuan lawannya, bahkan boleh teleport ke arah lawannya di mana-mana sahaja.
  • Tembakan Mata: Retak'ka dapat menembak sinar laser berwarna kuning daripada matanya.
  • Kuasa Letupan: Retak'ka boleh meletup daripada dirinya sendiri dengan menyinarkan badannya dan meletup dengan kuat sehingga melepaskan angin kencang.
  • Sedutan Gamma: Retak'ka mempunyai kebolehan untuk menyedut kuasa daripada lawannya dan menyimpan ke tubuhnya.
Kebolehan
  • Kemahiran Tempur: Disebabkan pengalamannya dan kuasa yang diperolehi daripada GammaBot, Retak'ka adalah pejuang yang sangat kuat dan mahir. Dia mampu menumbangkan seluruh stesen TAPOPS sendirian, malah menewaskan kedua-dua Laksamana Tarung dan Komander Koko Ci. Dia juga mengalahkan Laskar Guruhan dengan bentuk Voltranya sendirian, dengan sokongan tenaga kilat semula jadi Planet Gur'latan.

Retak'ka Gamma
Retakka Gamma

Retak'ka Gamma

Retak'ka Gamma merupakan bentuk Retak'ka yang mempunyai kuasa cahaya tahap ketiga.

Kuasa
  • Tembakan Gamma: Retak'ka dapat melepaskan satu tembakan yang besar dan kuat terhadap lawannya, sehingga mendorong Hang Kasa daripadanya dengan kuat dan memecahkan apa sahaja dengan kecil.
  • Kuasa Penuh: Retak'ka dapat memanggil serangan dengan cahaya yang lebih luas dan kuat untuk menumpaskan lawannya. Ia boleh dapat memusnahkan pertahanan lawan.
  • Sedutan Gamma[1]: Retak'ka boleh menyedut kuasa lawannya dan menyimpannya di dalam tubuhnya.
  • Tumbukan Gamma: Retak'ka mengumpulkan tenaga gamma pada tangannya dan menumbuk sasaran dengan tenaga yang kuat, sehingga mampu memecahkan perisai Hang Kasa. Teknik ini digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.

Retak'ka Voltra
Retak'ka Voltra

Retak'ka Voltra

Retak'ka Voltra merupakan bentuk Retak'ka yang mempunyai kuasa petir tahap ketiga.

Kuasa
  • Gerakan Voltra: Retak'ka bergerak dengan kelajuan sepantas kilat. Berada pada kuasa tahap ketiga, teknik ini lebih pantas daripada Larian Laju Ying. Nama teknik ini dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Tetakan Voltra[2]: Retak'ka dapat menetak lawannya dengan pedang di tangannya.
  • Sedutan Elemental: Retak'ka dapat menyedut kuasa elemental dari sumber kuasa sesuatu yang mempunyai tenaga yang sama, seperti menyedut kuasa halilintar dari pencawang Planet Gur'latan.
  • Kuasa Penuh: Retak'ka menggunakan kuasa halilintar yang berkuasa penuh untuk menyerang seluruh Laskar Guruhan. Teknik ini digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.

Retak'ka Balak
Retakka Balak

Retak'ka Balak

Retak'ka Balak merupakan bentuk Retak'ka yang mempunyai kuasa daun tahap ketiga.

Kuasa
  • Akar Balak: Retak'ka Balak menjana akar dari tanah di bawah. Menjadi tahap ketiga kuasa elemental Daun, ia boleh menjana akar yang lebih besar, lebih tahan lama dan lebih kuat.
  • Penukul Balak[3]: Sekiranya lawan tersekat, maka dia menyerang lawan dengan tukul.

Retak'ka Beliung
Retak'ka Beliung

Retak'ka Beliung

Retak'ka Beliung merupakan bentuk Retak'ka yang mempunyai kuasa angin tahap ketiga.

Kuasa
  • Gerakan Beliung[4]: Retak'ka menggunakan kuasa beliung dengan cepat untuk bergerak dan dapat mengelak serangan lawannya.
  • Tangan Berangin: Apabila Retak'ka mengelak serangan itu, Retak'ka menyerang lawan dengan tangan angin.
  • Putaran Beliung: Retak'ka menghasilkan puting beliung yang besar untuk memusingkan lawan. Teknik ini digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.

Retak'ka Kristal
Retak'ka Kristal

Retak'ka Kristal

Retak'ka Kristal merupakan bentuk Retak'ka yang mempunyai kuasa tanah tahap ketiga.

Kuasa
  • Cakaran Kristal[5]: Dengan menggunakan kuku merah yang panjang, Retak'ka dapat mencalarkan apa-apa sahaja dengan laju. Ia sangat kuat hingga menghancurkan batu-batu dan pokok-pokok.
  • Ceracak Kristal: Retak'ka dapat memanggil ceracak berbentuk kristal yang muncul dari bawah tanah untuk menyerang lawannya.
  • Sedutan Elemental: Retak'ka menyedut elemen-elemen yang ada di Bumi untuk menguatkan Kuasa Elementalnya. Teknik ini digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.

Ia tidak pernah ditunjukkan apa bentuk tahap ketiga elemen api dan air dalam filem dan juga dalam konsep seni.

Rupa[]

Rambutnya berjambul biru muda dan memiliki rambut yang tebal serta kedua tangannya memiliki kuasa api dan ais yang boleh menangkis pelbagai serangan. Dia memakai sut perisai yang mempunyai corak retakan dan bercahaya di bahagian-bahagian tertentu. Di bahagian dada kirinya, perisainya menunjukkan sebuah lambang retakan berwarna biru apabila Retak'ka dalam rupa asalnya.

Semasa kanak-kanak, Retak'ka memakai baju singlet berwarna merah dan dia mempunyai plaster di bahagian kiri dahinya, yang mungkin membalut suatu luka. Kulitnya berwarna biru sepenuhnya dan belum mempunyai sebarang corak garis di mukanya.

Perwatakan[]

"Pengguna Kuasa Elemental yang dahsyat & hebat."
— Maklumat ringkas Retak'ka.

Senyuman kejam Retakka

Retak'ka tersenyum jahat selepas menyerap kuasa Solar.

Retak'ka tiada memiliki belas ampunan kepada lawan-lawannya semasa bertempur, terutamanya BoBoiBoy iaitu musuh terberatnya. Dia juga adalah seorang yang bijaksana, gilakan kuasa dan juga kejam. Walau bagaimanapun, Hang Kasa menyatakan dia tidak seperti ini ketika dia masih muda. Ini menunjukkan bahawa dia pernah menjadi alien yang baik. Ketika masa berlalu, kebenciannya menjadi lemah menyebabkan dia menjadi seperti sekarang.

Dalam filem, dia pasti tahu lebih banyak tentang Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy, memberitahunya bahawa berpecah membuatkan Kuasa Elemental lemah, menunjukkan pengalamannya memiliki kuasa yang kini diwarisi oleh BoBoiBoy. Dia sangat gila kuasa dan tamak yang membuatnya percaya dirinyalah yang layak menggunakan Kuasa Elemental sendiri.

Hang Kasa mengusik Retakka

Hang Kasa mengusik Retak'ka seperti adiknya sendiri.

Di dalam komik, dia kelihatan garang semasa kanak-kanak dan sering diusik oleh Hang Kasa seperti adik lelakinya sendiri.

Trivia[]

  • Nama Retak'ka berasal dari perkataan "retak", bersesuaian dengan corak tubuhnya yang retak.
  • Retak'ka berkemungkinan sudah mempunyai beberapa kuasa elemental yang sama seperti BoBoiBoy.
  • Dalam video di sebalik tabir BoBoiBoy Movie 2, Fadzli Mohd Rawi, pelakon suara Retak'ka menyatakan jika Retak'ka mendapat semula semua Kuasa Elementalnya, dia akan menjadi seorang raja yang berkuasa dan akan menakluki mana-mana planet yang ada di galaksi.
  • Filem ini menunjukkan bahawa Retak'ka sudah tua, disebabkan fakta bahawa dia bercakap dengan loghat Melayu, yang paling ketara apabila Retak'ka menambahkan frasa "-lah" dalam kebanyakan kata-katanya serta lebih kerap menyebut bahasa baku, iaitu sebutan vokal 'a' berbanding sebutan vokal 'e' (sebutan vokal Melayu-Riau), misalnya apa, pada dan kuasa.
    • Tidak seperti yang lain yang menggunakan "aku", Retak'ka menggunakan kata ganti nama diri "ku" apabila bercakap. Misalnya:

"Ku, Retak'ka. Datang untuk berjumpa dengan kau, BoBoiBoy."
— Retak'ka ketika pertama kali bertemu dengan BoBoiBoy

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Retak'ka. Rujuk Retak'ka/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement