BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ravi J. Jambul ialah wartawan dalam siri BoBoiBoy.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Amukan Koko Jumbo[]

Ravi J. Jambul pertama kali muncul dalam episod ini, di mana dia sebagai seorang wartawan sedang melaporkan berita siaran langsung dari bandaraya tentang keganasan yang dilakukan oleh raksasa Koko Jumbo yang menyasar kilang koko terbesar di Pulau Rintis, malah juga mengambil Ravi sebagai tebusan. Sementara itu, Ravi sempat bertanyakan kepada raksasa koko itu tentang punca dia bersikap sedemikian. Koko Jumbo dengan suara yang lantang menjawab dengan memberitahu nama Adu Du, sehingga menyebabkan Ravi pengsan sebelum dia dicampak olehnya setelah ketibaan Adu Du, BoBoiBoy dan Gopal.

Rompakan Rob, Robert & Roberto[]

Sekali lagi Ravi muncul untuk menyampaikan berita tentang rompakan yang berlaku Bank Pulau Rintis melalui berita TV33, sambil dia sekali lagi dijadikan sebagai salah seorang tebusan oleh perompak Tiga Rob di dalam bank itu. Setelah kes rompakan tersebut berjaya diselesaikan BoBoiBoy dan kawan-kawannya, Ravi J. Jambul sempat melakukan sesi temubual tebusan dengan dirinya sendiri yang turut berterima kasih kepada kesemua wira kecil itu sebelum tiba-tiba dia dan semua orang di situ dikejutkan oleh bayangan kapal angkasa Adu Du di hadapan kawasan bank.

5 Panglima Scammer[]

Melihat ketibaan kapal angkasa Adu Du bersama dengan lima kapal angkasa asing di sekelilingnya, Ravi dan wira-wira lain berasa terkejut dan hairan. Kemudian Ravi J. Jambul tidak terlepas untuk meliputi perbualan serius mereka secara langsung di antara Bago Go dan Adu Du, sehinggalah akhirnya Lima Panglima Scammer menghujani seluruh bandar Pulau Rintis dengan bedilan laser bertalu-talu. Lalu Ravi J. sempat mengumumkan serangan di bandar bagi pihak TV33 dan tetap juga meneruskan kerjanya di tengah-tengah bahaya ini dengan menemubual seorang nenek tua yang gembira kerana dapat berlari dengan pantas meskipun dia sudah tua. Kemudian Ravi melaporkan lagi bahawa ramai orang awam telah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat.

Pertarungan Di Bulan[]

Kelihatan Ravi J. Jambul bersama dengan jurukameranya tidak boleh bernafas kerana rupa-rupanya mereka telah berpaut di luar kapal angkasa Adu Du sejak dari Bumi tadi. Lalu Probe dalam bentuk Mega Probe keluar untuk menyelamatkan mereka tetapi dia tersalah faham dengan arahan tuannya dan membawa mereka pergi jauh di lapangan bulan. Maka Adu Du dan BoBoiBoy menyuruh Probe membawa mereka masuk kerana mereka tidak boleh bernafas.

Setelah dibawa masuk, Ravi J. Jambul dengan jurukameranya menyambung laporan berita. Ying sempat menanya dia macam manakah mereka boleh mengekori mereka. Jelas Ravi, dia berhasrat untuk meliputi perkembangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam usaha untuk melawan musuh, maka dia dengan jurukamera mengekori mereka ke kapal angkasa. Namun tidak sempat mereka memasuki ke dalam kapal, pintu ditutup dan mereka pun tersepit di tengah-tengah pintu sepanjang perjalanan dari Bumi sehinggalah ke bulan.

Walaupun begitu, mereka masih dapat melakukan siaran langsung walaupun berada jauh di permukaan bulan. Kelihatan Gopal mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan dedikasinya kepada ibu bapa dan gurunya di Bumi, maka Ravi pantas mematahkannya dengan merampas semula mikrofon untuk menyambung liputan BoBoiBoy. Namun tidak sempat Ravi mula menemubual BoBoiBoy, kapal angkasa Adu Du tiba-tiba ditembak oleh kapal-kapal Lima Panglima Scammer. Maka liputan berita Ravi berhenti seketika untuk iklan sebelum siaran langsung bersambung semula dan Ravi melaporkan bahawa kapal angkasa sudah tersembam di atas permukaan bulan.

Ravi dengan rasa cemas melaporkan dalam siaran apabila melihat pihak musuh telah siap bertukar menjadi sebuah robot gergasi. Walau apapun, Ravi kemudiannya tetap teruja apabila melihat kapal wira juga boleh bertukar menjadi robot lalu meminta Probe untuk merakamkan pertarungan yang epik ini dari luar. Seketika mereka diserang dan tercampak ke angkasa, Ravi melaporkan kapal ini "bagai layang-layang putus tali" dan mereka akan melayang tanpa henti jika dibiarkan. Bagaimanapun, penyaluran kuasa dari wira-wira kecil telah berjaya menjadikan robot wira setanding dengan satu sama lain. Kehebatan SampahBot terus dilaporkan oleh Ravi, menyuntik semangat kepada penduduk Bumi.

Namun ia tidak berkekalan apabila MegaBot ScamBot terus menghujani musuh dengan peluru, menyebabkan kerosakan pada SampahBot semakin berlanjutan. Maka Ravi J. merayu kepada BoBoiBoy supaya dia melakukan sesuatu. Kemudian pihak musuh dikejutkan dengan robot versi baru dan dengan melakukan banyak kerosakan ke atas robot musuh dengan sekali cakaran, MegaBot ScamBot nampaknya jatuh dan hampir berkecai. Lalu Ravi melaporkan bahawa penduduk Bumi dapat menarik nafas lega. Akhirnya, pihak wira berjaya memenangi pertarungan tersebut, berkat daripada kebijaksanaan akal BoBoiBoy yang terdengar hebahan Ravi yang menyebut "alien yang tamak".

Sebagai penamat siaran berita, Ravi J. memberikan pujian ke atas BoBoiBoy dan kawan-kawannya atas kejayaan mereka untuk mempertahankan Bumi diikuti dengan peribahasa "yang dikejar tak dapat, yang digendong jatuh berciciran".

Misteri Penjenayah Api[]

Berita tentang kebakaran yang berlaku di stor Sekolah Rendah Pulau Rintis telah dilaporkan oleh Ravi J. Jambul. Dia menyatakan bahawa pihak bomba masih dalam penyiasatan mereka mengenai punca kebakaran. Ravi J. juga sempat menemubual Papa Zola yang sedang sebak. Menurut Ravi, Papa Zola telah terlihat seorang pemuda melarikan diri dari tempat kejadian ketika kebakaran itu berlaku. Melihat kesedihan Papa, Ravi cuba menaikkan semangatnya dengan berkata yang stor tersebut boleh dibuat semula. Tetapi rupanya Papa Zola bersedih bukan disebabkan stor, sebaliknya kerana kertas jawapan Matematik telahpun terbakar.

Bahagia Bersama BoBoiBot[]

Ravi J. Jambul bersama dengan Papa Zola telah menjadi hos dalam sebuah program TV Pertandingan Populariti Perwira Pulau Rintis (P.P.P.P.R).

BoBoiBoy: The Movie[]

Ravi J. melaporkan pula berita rompakan yang berlaku di kedai dobi oleh Tiga Rob.

Rupa[]

Perwatakan[]

Trivia[]

  • Ravi J. Jambul sentiasa mengingati slogan kata "Di mana ada bahaya, di situ ada saya". Oleh itu, memang wajarlah jika dia sentiasa muncul di tempat-tempat yang ada kes.
  • Pemakaian Ravi J. Jambul mirip seperti seorang wartawan Malaysia, Karam Singh Walia.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Ravi J. Jambul

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
BoBoiBoy The Movie
Advertisement