BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Rashdan Fahirurazi merupakan salah seorang kakitangan yang berkhidmat di syarikat Animonsta Studios.

Biografi[]

Rashdan merupakan seorang lulusan Multimedia University (MMU) dalam jurusan Filem & Animasi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kerjaya[]

Rashdan memiliki beberapa peranan di dalam syarikat Monsta, antaranya ialah juruanimasi 3D sebelum dinaikkan menjadi Ketua Animasi di mana beliau bertanggungjawab untuk menyelia juruanimasi dalam pasukan utama di samping bertugas sebagai Jurulatih Animasi iaitu melatih juruanimasi baharu untuk jabatan servis dan mereka bentuk sukatan pelajaran latihan untuk juruanimasi baharu.

Selepas beberapa tahun, beliau beralih kepada Penerbit Garis (Line Producer) yang mana memikul pelbagai tugas. Salah satu daripadanya ialah Rashdan bertanggungjawab sebagai seorang penerbit pengeluaran yang melibatkan pekerjaan pelanggan iaitu mengurus garis masa, tarikh akhir dan sumber tenaga manusia (in-house & outsource). Selain itu, beliau turut menguruskan jabatan servis iaitu mencari, merekrut, menyelia dan mengurus studio freelancer/outsource untuk mengusahakan projek syarikat serta mengurus belanjawan dan kos untuk studio. Akhir sekali, Rashdan masih melatih juruanimasi untuk jabatan servis dan IP baharu dan menyelia jutuanimasi bebas.

Sebelum ini, Rashdan telah berkhidmat sebagai pelatih juruanimasi 3D di Les' Copaque Production Sdn. Bhd. selama 5 bulan iaitu dari Jun 2009 sehingga Oktober 2009.

Galeri[]

Advertisement