BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ramenman merupakan seorang ahli dalam pasukan TEMPUR-A yang hadir semasa pertempuran di Stesen Angkasa TAPOPS sewaktu ia diserang oleh lanun angkasa Kapten Vargoba. Dia nampaknya mempunyai sejarah silam dengan Kapten Kaizo.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Ramenman membuat kemunculan sulungnya dalam Sinaran Penamat di mana dia muncul di belakang Kapten Kaizo dan mereka berganding bahu dalam menentang Robot Lanun. Selepas Kapten Vargoba dikalahkan dan stesen TAPOPS mula runtuh, Ramenman memanggil kumpulan wira itu untuk masuk ke dalam kapal angkasa untuk menyelamatkan diri.

Kemudian di Markas TEMPUR-A, Ramenman menjelaskan kepada BoBoiBoy yang baru sedar dari pengsan tentang keberadaannya di markas itu.

BoBoiBoy Movie 2

Dia muncul semasa mesyuarat TAPOPS dalam kapal angkasa Kapten Kaizo. Dia muncul lagi semasa akhir filem bersama dengan ahli TAPOPS lain mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy atas kemenangan melawan Retak'ka.

Senjata

Serangan
4/5
Pertahanan
1/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
5/5


Seperti Kapten Kaizo, Ramenman merupakan seorang ahli seni mempertahankan diri yang berkaliber setanding dengannya. Dia mempunyai dua baton yang digunakan sebagai senjata utamanya.

  • Baton: Baton yang menyerupai penyepit makanan, yang digunakan untuk bertarung dengan musuh-musuhnya dalam jarak dekat.

Rupa

Ramenman mempunyai rambut berbentuk mi yang berwarna kuning. Ramenman mengenakan sut angkasa TEMPUR-A yang telah diubahsuai dan bersenjatakan baton yang menyerupai seperti penyepit makanan. Sutnya mempunyai skema warna merah, hitam dan putih yang bersambung dengan topeng cermin matanya yang berwarna merah. Sebahagian pada mukanya, iaitu hidung dan mulut sama seperti manusia biasa.

Perwatakan

"Sekutu TAPOPS dan Kapten TEMPUR-A."
— Maklumat ringkas Ramenman.


Selaku ahli TEMPUR-A, Ramenman tiba di stesen angkasa TAPOPS untuk memberikan bantuan kepada TAPOPS. Kehadiran Ramenman dan angkatan TEMPUR-A membolehkan BoBoiBoy dan anggota TAPOPS yang lain mematahkan serangan Kapten Vargoba. Dia amat menghormati rakan seperjuangannya, Kapten Kaizo.

Trivia

  • Nama Ramenman hanya didedahkan dalam kredit Musim 1, Episod 24.
  • Nama "Ramen" berasal dari sejenis masakan Jepun berbentuk mi sup yang berasal dari China, ramen, merujuk kepada rambutnya yang berbentuk mi ramen.
  • Terdapat khabar yang mengatakan bahawa Ramenman dan Kapten Kaizo merupakan saingan ketat antara satu sama lain.
  • Ramenman mempunyai beberapa persamaan dengan Kaizo:
    • Ramenman bertarung menggunakan baton sebagai senjata, sama seperti Kaizo yang bertarung dengan pedang.
    • Kedua-dua mereka memakai topeng dalam pertempuran.
  • Nama Ramenman juga dieja sebagai Man Ramen dalam kredit BoBoiBoy Movie 2 dan BoBoiBoy Galaxy Card.
  • Biodatanya mendedahkan bahawa Ramenman tinggal di Stesen TEMPUR-A.
  • Makanan dan minuman kegemaran Ramenman masing-masing ialah mi segera ramen perisa tom yam dan kuah mi ramen.
  • Jenis lagu kegemaran Ramenman ialah lagu rock.
  • Warna kegemaran Ramenman ialah kuning.
  • Rambut Ramenman yang berwarna kuning menyerupai mi segera, dan dikatakan bahawa ia adalah fesyen rambut yang popular di kalangan pemuda di planet asalnya.
  • Sut angkasa yang dipakai oleh Ramenman diubahsuai untuk memudahkan pergerakannya apabila bertempur dengan musuh.
  • Cermin matanya yang berwarna merah sebenarnya adalah sejenis sistem Artificial Reality (AR) canggih yang membantunya ketika bertarung.

Galeri

Kategori utama: Gambar Ramenman

Gambar promosi

BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Movie 2

Cekupan skrin

BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Movie 2
Lain-lain
Advertisement