BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Aku Raksasa Tidur lah! Memanglah tertidur!"
— Raksasa Tidur dalam Musim 1, Episod 7


Raksasa Tidur merupakan musuh ketat kepada Papa Zola yang telah terkeluar dari dunia permainan yang sama dengannya. Dia kemudiannya telah dikalahkan oleh BoBoiBoy dalam dunia mimpinya.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Raksasa Tidur telah menjejakkan kakinya ke Bumi, yang membuatkan Papa Zola marah. Sewaktu dia sedang berucap, Raksasa Tidur telah tertidur dan menambahkan lagi kemarahan Papa Zola. Raksasa Tidur mengingatkan bahawa ia adalah "Raksasa Tidur" dan membuatkan Papa tergelak. Kemudian Raksasa Tidur menyerang Papa dengan Gelombang Tidur yang membuatkannya tertidur. Akan tetapi, Papa berjaya bangun dan berkata "Kebenaran tak pernah tidur" lalu menyerang pula raksasa itu dengan Tendangan Kebenaran.

Raksasa Tidur kemudiannya telah terkeluar dari permainan video dan bersama-sama dengan Adu Du dan Probe, mereka membuat satu pakatan untuk menyerang BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Apabila mereka tiba di rumah Tok Aba, Adu Du melaungkan bahawa mereka mempunyai hadiah untuk BoBoiBoy dan Probe yang salah faham telah membungkus Raksasa Tidur menggunakan sebuah kotak besar dan reben sebagai hadiah untuk BoBoiBoy. Raksasa Tidur menyerang kawan-kawan BoBoiBoy dengan Buih-buih Mimpi yang menidurkan mereka melainkan Gopal dan Papa Zola. Kemudian, BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola memasuki ke dalam dunia mimpi Raksasa Tidur, lalu Gopal mencabarnya untuk bermain dam haji. Akan tetapi Papa Zola tidak tahu bagaimana untuk bermain dan dia digantikan oleh Tok Aba. Raksasa Tidur telah kalah dalam permainan dam itu dan kemudian dikalahkan oleh BoBoiBoy.

Kuasa[]

  • Gelombang Tidur: Pancaran sinaran dari mulut yang berwarna merah yang membolehkan musuhnya jatuh tidur dengan serta-merta.
  • Pelindung Mengantuk: Teknik pertahanan yang serba merah dan berbentuk sfera yang digunakan untuk melindungi dirinya, sekaligus membuatkan musuhnya yang cuba memasuki ke dalamnya menjadi mengantuk.
  • Buih-buih Mimpi: Memerangkap musuh di dalam buih kebal yang boleh membuat mereka tidur nyenyak, sekaligus mengigau tentang mimpi yang mereka alami.
  • Kekebalan Tubuh: Raksasa Tidur memiliki kekebalan tubuh yang melindungi dirinya sendiri dari Keris Petir milik BoBoiBoy.
  • Hikmat Tik-Tok Tik-Tok: Memukau musuh dengan jamnya menyebabkan musuhnya mengantuk.

Selain kuasa sendiri, Raksasa Tidur juga mempunyai taktik-taktik yang direkanya sendiri semasa berlawan dam haji dengan Tok Aba di dalam dunia mimpi.

  • Gerakan Naga Jingga: Digunakan untuk memindahkan salah satu keping.
  • Pencak Naga Merah: Digunakan untuk memindahkan kepingan dam dengan tekanan.
  • Gerakan Naga Kepala Dua: Digunakan untuk memindahkan Super Probe dan menendang Yaya keluar dari permainan.
  • Gerakan Naga Raya: Digunakan untuk memindahkan kepingan dam dengan tekanan.
  • Pencak Rahsia Raja Naga: Apabila dia marah, dia menggunakannya untuk mengalahkan Tok Aba, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.
  • Hikmat Naga Apa-apa Jelah: Apabila kehabisan idea untuk memberi nama, dia menggunakannya untuk memindahkan Super Adu Dudududu dan menendang Gopal keluar dari permainan.

Rupa[]

Tubuh badan Raksasa Tidur lebih kurang sama bentuknya dengan Tyrannosaurus dengan sepasang kaki, bermuncung panjang, bergigi tajam dan ditambah dengan sepasang tanduk bermata bebola merah di kepala dan sepasang lagi tanduk bebola merah di tengkuknya. Sisiknya berwarna merah tua dengan dada putih.

Perwatakan[]

Raksasa Tidur ini sangat sombong, penuh ambisi, bangga, dan jauh lebih serius pembawaannya berbanding dengan Papa Zola apabila bertarung. Apabila bertenang, ia boleh membuat percaturan dengan teliti, tetapi apabila naik darah, ia menjadi tidak keruan dan mengamuk. Ia tidak suka disuruh tetapi sanggup bersekongkol dengan penjahat lain demi kepentingan diri sendiri.

Trivia[]

  • Seperti namanya, Raksasa Tidur mudah tertidur pada bila-bila masa sahaja.
  • Raksasa Tidur mencapai setinggi bangunan di dunia Papa Zola tetapi hanya sebesar orang dewasa di dunia BoBoiBoy.
  • Pada masa lapangnya, Raksasa Tidur suka bermain permainan dam haji. Raksasa Tidur juga merupakan antara juara lima kali dalam Liga Dam Raksasa.
  • Pelakon suara Bahasa Inggeris Raksasa Tidur kemudiannya menyuarakan watak Bora Ra dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Dia juga muncul dalam iklan Captain Munch dan Selamat Tahun Baru Cina 2012.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Raksasa Tidur

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
Selamat Tahun Baru Cina 2012
Advertisement