BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Raksasa Gurunda merupakan seekor raksasa platipus yang mendiami di Planet Gurunda.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Raksasa Gurunda muncul dalam episod Raksasa Gurunda di mana BoBoiBoy dan Gopal pergi ke Planet Gurunda untuk mengesan lokasi Power Sphera. Mereka berdua telah terambil sebuah sfera putih yang dianggapnya sebagai Power Sphera, yang sebenarnya adalah telur milik Raksasa Gurunda. Ia yang mengetahui telur itu dicuri oleh mereka menjadi berang dan mengejar mereka berdua. Tetapi ia berjaya ditenangkan oleh Yaya. Selepas telur anaknya menetas, ia menganggap Gopal sebagai ibunya dan menaikkan kemarahan Raksasa Gurunda. Anaknya menggigit tangan kanan Gopal dan menyebabkan Gopal memukulnya. Raksasa Gurunda bertambah marah dan mengejar Gopal. Selepas BoBoiBoy, Yaya dan Ying menyelamatkan Gopal dari dibaham Raksasa Gurunda, ia telah termasuk perangkap yang mengikatnya dalam gumpalan gula-gula getah. Akhirnya, Raksasa Gurunda tenang semula apabila Gopal yang tercampak anak Raksasa Gurunda ke gaung, terjun dan menyelamatkan anaknya. Raksasa Gurunda pun memaafkannya dengan meninggalkan amaran.

Kebolehan[]

  • Tembakan Duri: Badan Raksasa Gurunda dilengkapi dengan duri yang membolehkannya menggunakan duri dibelakangnya sebagai alat pelancar untuk menyerang musuhnya yang berada diatasnya mahupun dihadapannya.
  • Penyelaman: Padang pasir di Planet Gurunda membolehkan Raksasa Gurunda menjadikan medan untuk menyelam dan menyerang dari dalam pasir.
  • Larian Pantas: Raksasa Gurunda dilengkapi dengan enam kaki yang membolehkannya berlari dengan pantas.
  • Libasan Ekor: Raksasa Gurunda mempunyai ekor yang besar dan lebar yang diggunakan untuk mencipta gelombang bagi menyerang musuhnya.

Rupa[]

Raksasa Gurunda merupakan mahluk asing yang menduduki Planet Gurunda dan menyerupai seekor platipus di Bumi namun berbeza dari segi saiz dan warna bulu (ungu). Raksasa Gurunda dilengkapi enam kaki, muncung seekor itik dan ekor yang besar dan lebar. Di belakangnya turut dilengkapi duri-duri yang tajam untuk menyerang musuh.

Trivia[]

  • Menurut maklumat dalam tablet milik Koko Ci, nama Raksasa Gurunda ialah Raksasa Platipah.
  • Tidak seperti platipus biasa, raksasa ini mempunyai enam kaki dan lebih besar.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Video[]

Advertisement