BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Raksasa Gerojoh merupakan seekor raksasa yang muncul dalam iklan Kebenaran Raya dan mengancam untuk menangkap sebuah Power Sphera bernama EquBot.

Sejarah[]

Kebenaran Raya[]

Di Sektor 88-95 Bima Lima, Raksasa Gerojoh sedang mengganas dan mempunyai EquBot di tangan untuk menjadikannya makanannya. Atas arahan Komander Koko Ci, BoBoiBoy dan kawan-kawannya cuba menghalang Raksasa Gerojoh dan menyelamatkan Power Sphera EquBot. Yaya dan Ying bekerjasama menghentikan Raksasa Gerojoh dan merampas EquBot daripadanya. Namun, Raksasa Gerojoh hampir menelan Gopal, yang meronta-ronta meminta tolong BoBoiBoy. BoBoiBoy kemudian menggunakan Kuasa Tiganya untuk menyelamatkan kawannya itu.

BoBoiBoy Movie 2[]

Raksasa Gerojoh hanya terlihat dalam gambar-gambar yang disimpan dalam log laporan misi TAPOPS.

Rupa[]

Raksasa Gerojoh merupakan seekor raksasa hijau yang mempunyai tiga biji matanya terkeluar dan enam tangan makhluk asing yang panjang. Saiznya juga sangat besar.

Trivia[]

  • Nama Raksasa Gerojoh mungkin berasal dari perkataan "gelojoh", yang mana sangat sesuai dengan sikapnya yang gelojoh dan mengganas.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Card, Raksasa Gerojoh dikenali sebagai "Raksasa Ketupat", yang juga sesuai dengan rupa fizikalnya.

Galeri[]

Kebenaran Raya[]

Video[]

Advertisement