BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Raksasa Bawang ialah seekor raksasa yang dicipta oleh Adu Du yang menyerupai bawang merah gergasi dengan tujuan untuk membuatkan BoBoiBoy menangis dan mendapatkan air matanya untuk mengaktifkan BoBoiBot. Bersama dengan Robot Pango, mereka merupakan ahli Kumpulan Gerombolan Kejahatan.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Robot Pango & Raksasa Bawang[]

Setelah mengeluarkan gas pemedih mata di Sekolah Rendah Pulau Rintis dan menyebabkan semua orang di situ jatuh selesema dan terasa pedih mata, Raksasa Bawang muncul dan memperkenalkan dirinya kepada semua orang lalu melancarkan Gelombang Bawang yang lebih kuat auranya untuk terus memedihkan mata mereka seraya membusukkan seluruh sekolah, dan mengambil kesempatan itu untuk menyerang BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Namun, Yaya dan Ying dapat mengatasi gas itu yang kemudian melakukan serangan kombo ke atas Raksasa Bawang menyebabkan ia jatuh. Akhirnya, Raksasa Bawang melarikan diri kerana takut dijadikan stok bawang setahun. Ia dihalang oleh Yaya yang kemudian menumbuk Raksasa Bawang dengan kuat sehingga ia jatuh ke atas Robot Pango lalu menyebabkan Tiga Rob di dalamnya meraung kepedihan.

Kuasa[]

  • Gelombang Bawang: Raksasa Bawang melepaskan gelombang asap berwarna ungu yang teramat busuk dan dapat memedihkan mata sesiapa yang berada di sekelilingnya.
  • Serangan Gegelung Bawang: Raksasa Bawang menahan, mengikat atau melilit musuh dengan gegelung cahaya berwarna ungu.
    • Aura Bawang, Maksima: Raksasa Bawang mengeluarkan aura bauan bawang yang lebih banyak, lebih busuk dan dapat memedihkan mata sesiapa yang berada di sekelilingnya dengan aura yang lebih dahsyat.

Rupa[]

Raksasa Bawang tercipta daripada sebiji bawang melalui mesin penukar. Raksasa Bawang bertalangan leper dan tidak mempunyai jari dengan daun bawang sebagai jambul, mulut yang terjahit, dan tentakel yang dijadikan bebaling untuk terbang.

Perwatakan[]

Raksasa Bawang merupakan seekor raksasa yang berani, tetapi pantang jikalau ada makhluk lain mengatakannya hodoh. Dia seorang yang selalu tersenyum sinis dengan gelak jahatnya. Walau seberani manapun Raksasa Bawang, dia juga sedikit penakut apabila mendengar perkataan "memotong" atau "melumat" bawang.

Trivia[]

  • Selain daripada memanggil dirinya sebagai 'saya' atau 'aku', Raksasa Bawang juga memanggil dirinya sebagai 'patik'.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Raksasa Bawang
Advertisement