Raksasa Batu merupakan sekumpulan raksasa batu yang menghuni di Planet Dargha'ya.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
Raksasa Batu pertama kali muncul dalam Musim 1, Episod 9 di mana mereka mula-mula menyamar sebagai batu-batu biasa. Setelah mendengar suara tangisan seketul batu kecil, mereka pun bangkit lalu mengepung BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Mereka bertiga melindungi diri di dalam Tanah Pelindung lalu melarikan diri dengan membawa bungkusan-bungkusan dobi melalui belakang. Raksasa Batu terus memecahkan Tanah Pelindung dan mengejar wira itu, namun terhenti apabila mereka semakin jauh. Mereka muncul kembali setelah diseru oleh seekor katak yang telah memukau mereka, Katakululu dan mengepung wira lagi sementara Katakululu cuba untuk memukau wira. Namun, ketibaan Tarung yang kemudiannya menangkap Katakululu membuatkan Raksasa Batu kembali normal.
Rupa
Seperti namanya, ia berbentuk seperti batu-batu kecil yang dicantumkan menjadi raksasa. Memiliki sepasang mata yang berwarna biru muda, namun bertukar menjadi merah selepas dipukau oleh Katakululu. Mereka juga mempunyai mulut dengan gigi-gigi batu yang tajam. Walaupun mereka tidak mempunyai kaki tetapi mereka masih boleh bergerak dengan melompat.