BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Akulah Qually! Pantang tengok orang dibuli!"
— Qually semasa kemunculan pertamanya



Qually ialah watak baru dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2 yang muncul sebagai antagonis utama dalam isu kedua sehingga keenam. Dia menyamar sebagai anak murid kepada Tuan Guru Gaharum apabila bertemu dengan BoBoiBoy dan rakan-rakan.

Sejarah

Sejarah awal

Dari dulu lagi, Qually sudah bercita-cita untuk menjadi seorang tukang masak yang terhebat di serata galaksi. Tetapi, ibu dan bapanya tidak membenarkannya menjadi tukang masak dan lebih baik dia menjadi animator. Namun, Qually tidak suka menonton kartun. Qually nekad keluar dan berguru untuk memastikan dirinya menjadi tukang masak terunggul. Dia merantau untuk mencari pengalaman, dengan bekerja di kedai makan. Tetapi dia masih tidak mendapat apa yang dia cari sehinggalah suatu hari Qually terdengar khabar tentang Tuan Guru Gaharum, tukang masak lagenda kepada jaguh elemental King Balakung yang dikatakan sedang bertapa di Planet Rimbara. Qually pergi mengembara ke belantara Rimbara yang penuh dengan bahaya untuk mencari Tuan Guru Gaharum dan menuntut ilmu dengannya.

Gaharum memberikan tugasan kepada Qually memintanya untuk mencari empat bahan untuk membuktikan yang dia layak untuk berguru dengannya. Namun, Qually tidak berjaya mendapatkan semua bahan yang diminta seorang diri. Apabila dia mendapat tahu BoBoiBoy dan rakan-rakan mendapat tugasan yang sama, dia mengikut mereka dan menyamar sebagai anak murid Tuan Guru Gaharum.

BoBoiBoy Galaxy Musim 2

Dalam Perbicaraan Terhebat!, Qually mencuri Cili Suci dari Lembah Cidas.

Senjata

  • Sudip Berapi: Senjata utama Qually. Ia boleh mengeluarkan api apabila Qually menghalakannya ke arah musuh dan boleh membesarkan saiznya.
    • Lontaran Sudip Berapi
    • Putaran Sudip Berapi
  • Perisai
  • Bom Lada Hitam
  • Bom Bawang Merah: Sejenis bom yang mengeluarkan aura bawang merah membuatkan lawan berasa pedih mata dan kabur pandangan.
  • Hikmat Kuali Berapi
  • Sudip Berminyak
  • Sudip Berduri
  • Sudip Berkarat
  • Sudip Makcik Sebelah Rumah
  • Bom Minyak Masak
  • Balingan Bom Cili Api
  • Serangan Sudip Berkembar

Rupa

Qually mempunyai kulit yang berwarna hijau. Rambutnya merupakan helaian-helaian daun hijau dan terdapat pokok mini di atas rambutnya. Bahagian kolarnya menyerupai kuali, sesuai dengan namanya. Di kepala dan tali pinggangnya, terdapat huruf Q yang mana merupakan huruf pertama dalam namanya. Iris matanya juga berwarna hijau.

Perwatakan

Sewaktu kemunculan pertamanya, Qually ditunjukkan sebagai berani, mesra dan protektif kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Tetapi, Qually didedahkan sebagai alien yang egois, licik dan tamak disebabkan oleh terdesak untuk mencari empat bahan supaya dia layak berguru dengan Gaharum. Sifat itu menyebabkan semua orang tidak mempercayainya. Dia bersikap seperti itu kerana dia bercita-cita untuk menjadi tukang masak sejak kecil, tetapi tidak mendapat keizinan daripada ibu bapanya. Selepas pertandingan memasak, dia kini berbaik dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan dan meminta maaf kerana membiarkan obsesnya memakan dirinya.

Trivia

  • Nama Qually diambil dari perkataan "kuali", sesuai dengan ciri kuasanya.

Galeri

Kategori utama: Gambar Qually
Advertisement