BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pok Pok Tus ialah watak dalam BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan alien kaktus yang berasal dari Planet Gurunda.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Pok Pok Tus pertama kali muncul dalam Perlumbaan Nova Prix apabila dia ditunjukkan dalam ulang tayang yang sedang berlumba dalam Perlumbaan Nova Prix, dan dia terkeluar daripada perlumbaan selepas Bikembar Merah dan Bikembar Biru melanggarnya dengan ganas. Kemudian, dia muncul dalam Perlumbaan Nova Prix yang seterusnya. Sekali dia menghidupkan enjin kenderaannya, dia terus memulakan perlumbaan dan memecut ke hadapan. Dia cuba untuk memotong Heely Wheely tetapi gagal lalu dia mencampakkan tong yang berisi air dari kenderaannya lalu berada di sebelah kenderaan Heely Wheely.

Tiba-tiba Bikembar Merah dan Biru datang dan menghimpit kedua-dua kenderaan mereka dari kiri dan kanan. Heely Wheely berjaya memecut ke hadpaan manakala Pok Pok Tus tercampak ke belakang dan secara tak langsung terkeluar dari perlumbaan. Sisa-sisa tong air dari kenderaannya telah tercampak ke arah kenderaan BoBoiBoy dan Fang, dan mereka berjaya mengelak tetapi percikan air dari tong-tong itu telah membersihkan muka BoBoiBoy dan Fang.

Dalam Jagara Si Jaga, Pok Pok Tus membuat kemunculan kecil di Planet Junkberg apabila Yaya dan Ying bertanyakan kepadanya jika terdapat arkib lama di planet tersebut, namun dia sendiri pun tidak tahu.

Senjata[]

  • Kenderaan: Kenderaan Pok Pok Tus yang digunakan untuk berlumba dalam Perlumbaan Nova Prix. Ia mempunyai tong-tong kayu yang berisi air, yang boleh dicampakkan keluar dari kenderaan bertujuan untuk mengaburkan pandangan pelumba-pelumba lain.

Rupa[]

Selaku alien yang berasal dari Planet Gurunda, Pok Pok Tus mempunyai kepala berbentuk seperti pokok kaktus dengan sedikit rambut terpacak berwarna ungu. Dia bercermin mata dan mempunyai janggut ungu. Dia juga memakai baju kelabu cerah dan jaket berwarna biru gelap yang lebar dan berlengan panjang.

Perwatakan[]

Trivia[]

Galeri[]

Advertisement