BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Planet Windara merupakan lokasi yang diperkenalkan dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Ia merupakan planet asal Kuputeri dan Maripos.

Gambaran

Planet Windara dihuni oleh bangsa yang menyerupai manusia Bumi tetapi mempunyai sesungut seperti serangga di atas kepala. Ada juga makhluk-makhluk lain yang lebih menyerupai serangga daripada manusia, seperti Muskida dan Tentera Kelkatoa.

Sejarah

Pra-BoBoiBoy

100 tahun dahulu, Planet Windara diperintah oleh kerabat diraja yang dianggotai oleh Kuputeri, pemilik asal kuasa Beliung. Akan tetapi, dalam 100 tahun Kuputeri berehat dalam kepompong untuk merawat kecederaan yang dialami daripada pertempuran dengan Retak'ka, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Maharaja Reramos yang memerintah dengan kuku besi.

BoBoiBoy Galaxy

Menurut Kuputeri dalam Pergolakan di Windara, planet ini di bawah peperangan. Itulah sebabnya dia memerlukan elemen udara untuk melindungi planetnya daripada penceroboh.

Tempat

Istana Kuputeri

Rencana utama: Istana Kuputeri

Bangunan yang menjadi pusat pemerintahan Planet Windara.

Pangkalan Rahsia Kumpulan Penentang

Kawasan Pergunungan Windara

Lembah Kepaku

Rencana utama: Lembah Kepaku

Salah satu kawasan pelancongan di Planet Windara, mempunyai sebuah kampung dan juga sebuah kuari di mana penduduk kampung tersebut ditawan oleh Tentera Kelkatoa sebagai buruh paksa.

Kampung Kepaku

Kepaku Bed & Breakfast

Kuari Lembah Kepaku

Rencana utama: Kuari Lembah Kepaku

Markas Tentera Kelkatoa

Trivia

  • Nama planet ini merupakan gabungan antara perkataan "wind" (yang bermaksud "angin" dalam bahasa Inggeris) dan "udara".
Advertisement