BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Planet Volkania ialah sebuah planet berbahaya yang dipenuhi dengan gunung berapi dan lava panas. Atas arahan Laksamana Tarung, BoBoiBoy dan rakan-rakannya pergi ke planet merbahaya ini untuk menyelamatkan sebuah Power Sphera yang berada di situ.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Planet ini pertama kali dilihat apabila BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal serta Fang diberikan tugasan oleh Komander Koko Ci dan Laksamana Tarung untuk menjalankan Ujian Kental TAPOPS. Mereka perlu mendapatkan sebuah Power Sphera bernama ApiBot yang terletak di puncak gunung berapi dan dijaga oleh Sai dan Shielda. Disebabkan oleh terkena serangan BoBoiBoy Api, sungai lava di dalam puncak gunung tersebut semakin aktif dan akan meletup. Oleh itu Laksamana Tarung menghentikan Ujian Kental sebelum mereka semua diteleportkan ke stesen TAPOPS. Pada masa yang sama, Gopal, Yaya dan Ying telah berjaya mendapatkan Power Sphera dan dengan itu, mereka semua lulus dalam Ujian Kental TAPOPS.

Galeri

Advertisement