BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Planet Rimbara ialah sebuah planet yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2 dan BoBoiBoy Galaxy musim kedua.

Ia merupakan satelit semula jadi bagi Planet Quabaq.

Geografi

Planet Rimbara merupakan sebuah jasad cakerawala yang rata-rata dipenuhi hutan, tetapi mempunyai geografi dan biologi yang beraneka ragam, bahkan flora dan faunanya amat menyerupai hidupan di bumi tetapi dengan cukup kelainan. Penduduknya terdiri daripada pelbagai spesies makhluk berakal yang boleh bertutur dan bertamadun, tidak seperti di bumi di mana hanya terdapat satu spesies berakal iaitu manusia.

Lokasi diketahui

  • Kampung Cendawa: Dihuni oleh kaum Cendawa yang diketuai oleh penghulu Tok Cendatok.
    • Rumah Tok Cendatok: Mempunyai lukisan kisah lampau King Balakung.
  • Belantara Rimbara
    • Rumah Gaharum: Pokok gergasi di tengah belantara.
  • Hutan Bakau Utara: Lokasi bahan garam kristal, sarang Brolangkas Brothers.
  • Lembah Cidas @ Lembah Timur Selatan: Kawasan ladang cili suci.
    • Kampung Muriong: Penempatan makhluk berupa orang burung yang menjaga Lembah Cidas.
  • Pokok Kelapa Langit: Pokok tertinggi di planet Rimbara, lokasi Buah Kelapa Langit.
  • Snowasis: Oasis beku di kawasan gunung, lokasi Apiru Biru.

Penduduk

Galeri

Advertisement