BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Planet Junkberg merupakan sebuah planet yang tempat pelupusan dan barang-barang terpakai. Planet ini merupakan tempat asal Gijimo dan dua Power Sphera miliknya, CetakBot dan RompakBot. BoBoiBoy, Gopal dan Fang mencari bahagian-bahagian untuk memperbaiki kapal mereka, tetapi mereka menemui seorang alien bernama Gijimo yang bertukar barang dengan pelanggan. Planet Junkberg juga merupakan tempat untuk jual beli peralatan terpakai di sana.

Gambaran

Kelimpahan bahagian-bahagian yang lama dan digunakan oleh planet telah menyebabkan penduduknya membina sebuah bandar yang luas dari bahagian-bahagian tersebut. Pasar besar diletakkan di pintu masuk ke bandar dengan bermacam-macam penjual yang menjual makanan dan barangan lain yang terdapat di planet ini.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Pada suatu malam di lorong yang gelap, seorang alien membayar kepada seorang alien misteri untuk pakej yang mengandungi objek berkilauan dan bercahaya. Dengan pelanggannya berpuas hati dengan pembeliannya, penjual itu menggalakkannya untuk berurusniaga dengannya lagi.

Sementara itu, geng BoBoiBoy menerima transmisi dari Tarung dan Koko Ci di kapal angkasa TAPOPS yang dikendali oleh Papa Zola. Namun tidak lama kemudian, apabila Cattus mengambil alih kendali, kapal angkasa mereka berlanggar dengan asteroid dan menyebabkan enjin mengalami kerosakan besar. Gopal mencadangkan untuk teleport, tetapi Ochobot telah banyak menggunakan kuasanya untuk misi-misi yang lepas.

Semasa Kapten Papa dan Gopal berbuat panik, BoBoiBoy memperlihatkan hologram Planet Junkberg, yang merupakan tapak pelupusan. Ying menyimpulkan bahawa mesti ada untuk jual beli peralatan terpakai di planet itu untuk memperbaiki kapal angkasa mereka, jadi mereka segera pergi ke sana. Malangnya, enjin kapal angkasa telah rosak sepenuhnya selepas mereka mendarat. Mereka bersetuju bahawa Kapten Papa, Cattus serta Yaya dan Ying tinggal di belakang untuk menjaga kapal angkasa dari sebarang pencuri sementara BoBoiBoy, Ochobot, Gopal dan Fang mencari peralatan ganti yang diperlukan.

Di pasar kerat, Gopal singgah di gerai makanan di mana Ochobot dan BoBoiBoy memberitahu yang dia makan cicak angkasa, menyebabkan dia melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan rasa makanan itu dari mulutnya. Pada masa yang sama, Fang terlihat dan mengekori seorang alien mencurigakan yang memasuki lorong gelap. Dia melihat alien itu sedang berjual beli dengan seorang alien, yang cermin matanya mengenal pastinya sebagai Gijimo, iaitu seorang penjenayah yang dikehendaki TAPOPS.

Pada masa itu, BoBoiBoy berlalu dan bertanya kepada Fang jika ada sesuatu yang dia mahu memberitahu mereka kerana melihat seperti ada yang tidak kena dengannya. Tetapi Fang mengetepikannya berkata dia letih sebelum dia lari ke lorong gelap untuk mencari alien pembeli tadi, meninggalkan BoBoiBoy yang berkata mereka tidak boleh berpecah. Seketika kemudian di lorong belakang, Fang menemui alien tadi dan mengancamnya dengan kuasa bayangnya untuk mendapatkan maklumat keberadaan Gijimo dan turut mendapati bahawa isi kotak yang dibeli tadi ialah Power Sphera palsu.

Tempat

Trivia

  • Nama Junkberg diambil dari perkataan "junk", yang bermaksud sampah atau bahan buangan, merujuk pada keadaan planet ini.

Galeri

Advertisement