BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Planet Gurunda ialah sebuah planet di mana tinggalnya penduduk yang menyerupai pokok kaktus, sesuai dengan planet ini yang dipenuhi dengan gurun panas.

Gambaran[]

Maklumat Planet Gurunda

Planet ini adalah sebuah planet yang terletak di padang pasir, dengan batu-batu formasi dan kaktus yang sama seperti yang terdapat di Planet Bumi. Bangunan-bangunan di kampung berwarna putih dan hijau, dan mempunyai bentuk kaktus. Sumber air amat terhad di planet ini kerana seperti yang dijelaskan oleh Koko Ci dalam episod Raksasa Gurunda, suhu panas di Planet Gurunda boleh mencecah sehingga 100 darjah Celcius, yang membuatkan air berubah menjadi wap, bahkan juga kuasa air dari BoBoiBoy. Oleh kerana itu, penduduk di planet ini mendapatkan sumber air dari pokok-pokok kaktus (Gergasi Cattus).

Di planet ini terdapat penduduk yang menyerupai seperti pokok kaktus yang hidup di kampung Kaktoi, seperti Waibi yang tinggal bersama keluarganya. Di samping dia dan keluarganya, terdapat juga makhluk lain di sana seperti Raksasa Gurunda, Cattus dan BellBot.

Selain padang pasir yang luas, terdapat juga sebuah oasis yang mana merupakan kampung kepada Cattus dan keluarganya. Ia mempunyai kolam besar yang dipenuhi dengan air sejuk yang segar. Oleh kerana terdapat air, terdapat tumbuhan berwarna-warni selain kaktus yang boleh tumbuh dengan segar.

Tempat[]

  • Kampung Kaktoi: Kampung asal bagi para penghuni Gurunda seperti Waibi menetap. Mereka memilih kawasan berbukit sebagai tempat kediaman mereka kerana ia merupakan tempat yang strategik dari segi keselamatan dan sesuai untuk dihuni. Bangunan yang dibina menyerupai bentuk kaktus sesuai dengan rupa penghuninya.
  • Kampung Cattus: Kampung asal bagi Cattus dan kucing berspesieskan kaktus hibrid yang lain.

Trivia[]

  • Nama Gurunda berasal dari perkataan "gurun", yang bermaksud padang pasir, sesuai dengan keadaan di planet ini.

Galeri[]

Konsep seni[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement