BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Planet Ata Ta Tiga merupakan planet dan tempat tinggal asal bagi spesies Kubulus seperti Adu Du, Probe dan Komputer. Sesetengah penghuni planet Ata Ta Tiga berkulit hijau seperti zamrud, berantena di atas kepala yang berfungsi sebagai telinga, berkepala segi empat sama seperti bentuk kotak dan beranak mata segi empat seperti Bago Go dan Ejo Jo dan ada juga yang berkulit merah seperti Bora Ra.

Sejarah[]

Ata Ta Tiga ialah sebuah planet yang berbentuk kubus dan terletak di alam semesta yang amat jauh dari Planet Bumi. Menurut maklumat dalam Musim 1, Episod 10, tiga puluh ribu tahun dahulu, bangsa alien sekubus berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan sehingga seluruh Planet Ata Ta Tiga dipenuhi dengan bangunan dan kilang-kilang. Udara di sana turut penuh dengan bahan toksik sehinggakan tumbuhan seperti koko dan hidupan-hidupan lain pun mati.

Di Planet Ata Ta Tiga, Adu Du tergolong dalam kelas bawahan dan pernah bekerja sebagai pengutip sisa mineral yang terbuang di Sektor 42, iaitu sektor yang paling hina sekali di planet tersebut. Lebih-lebih lagi, Adu Du sering dibuli oleh Ejo Jo (yang lebih tinggi darjatnya) sejak kecil lagi sehingga perbuatan Ejo Jo telah menyebabkan Adu Du diusir daripada kampung halamannya (suku-sakat Ado Doi) dan kemudian dari Planet Ata Ta Tiga pula. Walau bagaimanapun, Adu Du telah berazam untuk menebus maruahnya kepada bangsa Ata Ta Tiga dengan menakluki Planet Bumi dan mengumpul semua koko sebagai bekalan tenaga cakerawala ibu pertiwinya.

Kaum Kubulus mendiami planet ini sehingga sekarang. Mereka pernah diserang oleh bangsa alien yang jahat, tetapi dengan penciptaan Klamkabot, mereka telah menyelamatkan planet dan kehidupan mereka. Selepas itu, banyak generasi Power Sphera turut dicipta. Ironinya, bangsa Kubulus akhirnya menjadi empayar penakluk baru dan mula menakluk banyak planet di seluruh galaksi. Dengan Klamkabot dan Power Sphera yang kini tersebar di seluruh galaksi, empayar Kubulus telah memerintahkan supaya semua Power Sphera diburu dan ditangkap, sehingga ke hari ini.

Golongan[]

Penduduk Ata Ta Tiga terdiri dari Golongan Elit (Maharaja Ata Ta Tiga), Golongan Kelas Pertama (Bago Go), Golongan Kelas Kedua (Ejo Jo), Golongan Pertengahan, Golongan Pekerja, Golongan Pembantu, Golongan Hamba, Golongan Pembantu Hamba dan Golongan Bawahan (Adu Du).

Trivia[]

  • Ata Ta Tiga sedikit maju dari perkembangan pengetahuan dan teknologi kerana mampu menghasilkan robot tempur versi terawal seperti Probe.
  • Sepasang antena yang berada di atas kepala penghuni Planet Ata Tiga berfungsi sebagai telinga. Penghuni Ata Ta Tiga tidak perlu bercakap di sebelah antena apabila ingin berkomunikasi, namun manusia perlu bercakap di sebelah antena.

Galeri[]

Advertisement