BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pipi Zola merupakan anak perempuan kepada Papa Zola dan Mama Zila. Pipi merupakan seorang yang comel dan periang. Dia membuat kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Movie 2.

Penerangan

"Pipi Zola adalah anak perempuan kepada Papa Zola dan Mama Zila, yang mempunyai perwatakan yang periang dan comel, juga banyak bercakap serta panjang akal. Walaupun di usia yang muda, Pipi Zola mempunyai kebolehan tinggi dalam matematik. Dan oleh kerana dia merupakan anak kepada seorang adiwira, Pipi Zola mempunyai semangat yang kuat untuk menegakkan kebenaran."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2


Sejarah

BoBoiBoy Movie 2

Pipi membuat kemunculan pertama dalam filem ini sebagai anak perempuan kepada Papa Zola. Dia tidak sengaja pergi ke kapal angkasa apabila BoBoiBoy dan kawan-kawan pergi ke Stesen Angkasa TAPOPS ketika mereka menerima mesej kecemasan daripada Koko Ci. Papa Zola takut ketika dia nampak Pipi berada di dalam kapal angkasa. Dia berkata bahawa bini kebenaran akan mengamuk nanti. Dia juga menolong dengan menggunakan EggaBot untuk menolong menyelamatkan Yaya, Ying dan Fang daripada Penggali Kristal.

Papa Pipi

Dia muncul dalam siri Papa Pipi bersama dengan bapanya Papa Zola untuk menunjukkan kehidupan seharian mereka bersama-sama.

Senjata dan Kebolehan

Serangan
1/5
Pertahanan
1/5
Ketangkasan
2/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
1/5


  • Power Sphera EggaBot
    • Mod: Pipi Kura Keras: Ketika mengawal EggaBot, Pipi Zola telah bertukar kepada Mod Kura Keras yang memberi perlindungan dan juga boleh berguling untuk menyerang musuh.
      • Gulingan Kura Keras

Rupa

Pipi mempunyai gaya yang comel dan suka memakai pakaian berwarna lembut seperti pink, biru muda, dan kuning.

Perwatakan

Pipi mempunyai perwatakan yang periang dan comel, juga banyak bercakap serta panjang akal. Walaupun di usia yang muda, Pipi Zola mempunyai kebolehan yang tinggi dalam matematik seperti Papa Zola. Oleh kerana dia merupakan anak kepada seorang adiwira, Pipi Zola mempunyai semangat yang kuat untuk menegakkan kebenaran.[1] Seperti bapanya, dia mempunyai perwatakan yang lawak seperti bapanya.

Keluarga

Pipi Zola mempunyai seorang bapa bernama Papa Zola dan ibu yang bernama Mama Zila. Kedua-dua ibu bapanya berasal dari dunia permainan video. Dia juga mempunyai seorang nenek bernama Nekpi yang tinggal berhadapan rumah mereka.

Trivia

  • Nama Pipi disebut dalam sebuah video di akaun Instagram rasmi Papa Zola.[2]
  • Dalam video Instagram, Pipi dulu memiliki beruang teddy. Namun, Pipi kini memiliki mainan plushy yang bernama Joya.
  • Slogan katanya serupa dengan bapanya.
  • Namanya "Pipi Zola" sebenarnya merupakan nama singkatan untuk nama penuhnya "Putri Intan Payung Indah Zulaikha Odelia Ladasyia Absyari".
  • Sebelum membuat kemunculan dalam BoBoiBoy Movie 2, Pipi telah membuat kemunculan kecil dalam iklan Kebenaran Raya.
  • Subjek kegemaran Pipi Zola ialah matematik.
  • Jenis lagu kegemaran Pipi Zola ialah lagu kanak-kanak.
  • Warna kegemaran Pipi Zola ialah biru dan pink.
  • Pipi suka berjenaka tentang perut Papa Zola yang besar.
  • Pipi pandai mengira sifir 12 tanpa bantuan kalkulator.

Petikan dialog

  • "Lawan Kejahatan, Anak Kebenaran!"
  • "Anak Kebenaran, Saudara Kecomelan!"

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Pipi Zola. Rujuk Pipi Zola/Galeri.

Video

Rujukan

Advertisement