Penggali Kristal merupakan pembantu kepada Retak'ka dan sekumpulan antagonis sekunder dalam filem BoBoiBoy Movie 2. Mereka menolong Retak'ka menjelajah sekitar galaksi untuk mencari BoBoiBoy.
Sejarah[]
BoBoiBoy Movie 2[]
Mereka menggali kristal di sekeliling galaksi untuk kekayaan. Mereka kemudian menjumpai Retak'ka yang beku di dalam kristal semasa mereka menggali. Retak'ka kemudian melepaskan diri dari kristal dan meminta kuasa elementalnya semula. Gogobi, ketua penggali kristal memberitahu bahawa BoBoiBoy sekarang mempunyai kuasa tersebut. Oleh itu, Retak'ka menggunakan kapal angkasa mereka untuk menjelajah sekitar galaksi dan mencari BoBoiBoy.
Ahli-ahli[]
Pangkalan[]
Pangkalan Penggali Kristal merupakan markas bagi Penggali Kristal, di mana mereka menyimpan kristal-kristal yang dikumpulkan di pangkalan itu. Di pangkalan mereka, terdapat teknologi untuk mengukur jumlah tan kristal yang mereka peroleh.
Kapal angkasa[]
Kapal angkasa Penggali Kristal.
Menjadi pengangkutan utama untuk Penggali Kristal mencari kristal-kristal. Menggunakannya, mereka mengangkut semua kristal yang mereka kumpulkan di dalam kapal sebelum dibawa ke pangkalan. Kapal angkasa ini dikemudikan oleh Ayu Yu. Apabila tidak digunakan, ia ditempatkan di pangkalan mereka.












