BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pedang Petir merupakan versi naik taraf bagi Keris Petir yang digunakan oleh BoBoiBoy Petir dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Ia merupakan senjata utama baginya.

Penggunaan[]

BoBoiBoy Petir menghasilkan keris petir sebagai sebilah pedang yang permukaannya lebih kepada logam yang berkilat dengan corak kuning dan tampak kilat sedikit percikan di sekitarnya. Walau bagaimanapun, pedang ini mudah patah dan ini boleh menyebabkan pedangnya menjadi tidak efektif untuk menahan dan menangkis serangan musuh.

Kuasa[]

  • Tetakan Pedang Petir: Dengan menggunakan sebilah atau lebih Pedang Petir, BoBoiBoy Petir melancarkan serangan terakhir dengan tetakan yang bertalu-talu ke arah musuhnya dan akan memberikan kejutan elektrik. Teknik ini juga digunakan oleh BoBoiBoy Petir untuk menangkis serangan musuh.
  • Tusukan Pedang Petir: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa.
  • Sambaran Pedang Petir: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa.
  • Balingan Pedang Petir: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa.
  • Pedang Petir Berganda: BoBoiBoy menggandakan bilangan Pedang Petirnya lebih banyak dan mengepung di sekeliling musuhnya dan juga bertujuan untuk mengelirukan musuhnya sebelum melancarkan serangan penamatnya.
    • Sambaran Petir: BoBoiBoy menggores sebilah pedang pada permukaan pedang yang lain sehingga ia menyalurkan tenaga kilat pada kesemua pedang di sekeliling musuhnya lalu memberikan renjatan yang dahsyat pada musuh.
  • Belahan Pedang Petir: Kuasa ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Pembongkaran Rahsia.
  • Tusukan Kilat: BoBoiBoy melemparkan pedang-pedangnya secara pantas ke arah musuh yang bertujuan untuk mematahkan pertahanan.

Trivia[]

  • Pedang Petir juga disebut sebagai Pedang Kilat apabila dia menyerang menggunakan Motor Elementalnya.

Galeri[]

Advertisement