BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

PasuBot merupakan sebuah Power Sphera yang membuat kemunculan dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy Musim 2[]

Dahulu kala, apabila Planet Kadruax mengalami kemarau, PasuBot telah dibawa ke sana oleh kaum Kubulus untuk menyuburkan semula planet ini. Selepas memenuhi tujuannya, PlanterBot diletakkan di Piramid Baja yang dibuat oleh Puak Baja sebagai penghormatan kepada Kubulus, inilah sebabnya mengapa Adu Du dan Probe mengambil kesempatan mereka untuk mendapatkan kuasa daripada Power Sphera tersebut.

Rupa[]

PasuBot mempunyai muka berwarna keruh dengan corak di sekelilingnya. Bahagian belakangnya berwarna batu pasir dan bahagian atasnya boleh dibuka untuk menanam benih.

Trivia[]

  • Nama PasuBot diambil dari perkataan "pasu" yang menunjukkan kebolehan menanamnya.
  • Dia adalah Power Sphera pertama yang muncul dalam musim kedua.

Galeri[]

Advertisement