BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Papiliam ialah watak dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Dia adalah tukang besi yang tertua di Lembah Kepaku dari Planet Windara.

Sejarah

Setelah pertarungan antara Muskida, Fang dan BoBoiBoy selesai dan kemenangan diraikan oleh tahanan-tahanan dalam kuari, Papiliam mengecam Fang sebagai anak kepada Gabenor Gogobugi dan adik kepada Kaizo, malah dia mengatakan bahawa dia pernah mendengar khabar tentang ibu bapa Fang, malah mereka pasti bangga dengan bakti Fang; kata-kata ini membuat Fang sangat sedih. Pada masa yang sama, Muskida tampil dengan badan robotnya dan terbang melarikan diri. Sebagai tanda penghargaan, Papiliam memberikan Fang satu kunci ke bilik yang penuh dengan barang berharga di Istana Kupuri. Akhirnya, BoBoiBoy dan Fang dihubungi dari Yaya yang memberi mereka koordinat seterusnya untuk berkumpul untuk merancang tindakan seterusnya.

Galeri

Advertisement