BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Papileon ialah watak dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Dia adalah ketua individu yang tinggal di Lembah Kepaku apabila orang dewasa diambil.

Sejarah

Ketika BoBoiBoy dan Fang terkandas di Windara, budak-budak kampung itu akhirnya menyambut baik kedatangan mereka; ketuanya memperkenalkan diri sebagai Papileon dan mengalu-alukan kedatangan BoBoiBoy dan Fang ke Kampung Kepaku, pusat pelancongan tersohor di Windara. BoBoiBoy bertanya ke mana perginya semua orang tua; jawabnya, semua penduduk dewasa ditangkap oleh Tentera Kelkatoa ke suatu kuari tidak jauh dari sini, maka tinggal sahaja budak-budak yang terpaksa menyamar untuk mempertahankan kampung. BoBoiBoy dan Fang bersedia untuk meninggalkan kampung, tetapi dikenakan bayaran mahal atas makanan yang mereka terima; Papileon menjelaskan bahawa mereka telah mengambil bekalan makanan kampung untuk seminggu. Setelah mereka mengaku tidak mampu bayar, Papileon sudi memaafkan mereka asalkan dapat membantunya.

BoBoiBoy dan Fang bersama Papileon menuju ke perkarangan Kuari Lembah Kepaku, di mana penduduk dewasa dari Kampung Kepaku ditangkap untuk menjadi buruh paksa dengan layanan yang sangat kejam. Dengan senyap mereka menyelinap masuk ke dalam kuari melalui jalan rahsia yang diketahui oleh Papileon, sehingga mereka tiba di ruang simpanan hasil galian dan bertemu dengan datuk Papileon iaitu Papiliam, tukang besi terhandal di planet Windara.

Pada masa yang sama, kapal Muskida telah mendarat di bangunan kuari. BoBoiBoy, Fang, Papileon dan Papiliam mengambil kesempatan untuk mengintai aktiviti Muskida yang mendapat pesanan bahawa Kuputeri sudah dibawa ke Istana Kupuri. Kemudian, mereka menyaksikan Muskida seorang tahanan yang tersungkur dalam kerja dan merayu belas kasihan daripada Muskida, kemudian Muskida membebaskan ikatan tahanan itu kemudian melepaskan kerumunan mata-mata lalatnya untuk membahamnya dari belakang. Kekejaman ini mencetuskan BoBoiBoy dan Fang untuk bertindak.

Setelah pertarungan selesai dan kemenangan diraikan oleh tahanan-tahanan dalam kuari, Papiliam mengecam Fang sebagai anak kepada Gabenor Gogobugi dan adik kepada Kaizo, malah dia mengatakan bahawa dia pernah mendengar khabar tentang ibu bapa Fang, malah mereka pasti bangga dengan bakti Fang; kata-kata ini membuat Fang sangat sedih. Pada masa yang sama, Muskida tampil dengan badan robotnya dan terbang melarikan diri. Sebagai tanda penghargaan, Papiliam memberikan Fang satu kunci ke bilik yang penuh dengan barang berharga di Istana Kupuri. Akhirnya, BoBoiBoy dan Fang dihubungi dari Yaya yang memberi mereka koordinat seterusnya untuk berkumpul untuk merancang tindakan seterusnya.

Rupa

Perwatakan

Galeri

Advertisement