BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Papan Luncur Udara Taufan atau Hoverboard Taufan merupakan sejenis kelengkapan yang digunakan untuk terbang ke udara oleh BoBoiBoy Taufan. Ia merupakan pengangkutan utama untuknya.

Ciri-ciri

Papan luncur udara ini sama dengan papan luncur yang biasa tetapi dengan warna biru, biru muda dan putih. Papan luncur ini juga dilengkapi dua kipas di bahagian bawah untuk pengguna memecut dengan pantas.

Sejarah

BoBoiBoy

Papan luncur ini pertama kali muncul bersama BoBoiBoy Taufan dalam Musim 1, Episod 11. Papan luncur seringkali muncul bersama BoBoiBoy Taufan apabila BoBoiBoy berpecah atau menggunakan kuasa taufan. Dalam Musim 2, Episod 6, BoBoiBoy menggunakan papan luncurnya untuk menyelamatkan Fang yang terjatuh dari Helang Bayang. Papan luncur juga membantu BoBoiBoy Taufan melakukan serangan kombo bersama BoBoiBoy lain dalam Musim 2, Episod 13 dan Musim 3, Episod 2.

BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy Taufan muncul bersama papan luncurnya setelah BoBoiBoy berpecah tiga untuk menyelamatkan seorang nenek dari dilanggar kereta dan kemudian membantu nenek itu mengejar dan memberkas Tiga Rob. BoBoiBoy juga menggunakan papan luncurnya untuk menyelamatkan Gopal yang terjatuh dari bakul besi ketika di Kilang Sfera Kuasa. Ia muncul lagi di akhir filem apabila BoBoiBoy berpecah kepada lima dan tujuh untuk menewaskan Bora Ra.

BoBoiBoy Movie 2

Papan luncur ini muncul bersama BoBoiBoy Taufan apabila BoBoiBoy berpecah kepada lima dalam pertempuran pertama menentang Retak'ka di Stesen Angkasa TAPOPS. Ia tercampak dan hilang apabila kuasa BoBoiBoy Taufan disedut oleh Retak'ka.

Pengguna

Kuasa

  • Luncuran Taufan
  • Hentakan Hoverboard Taufan

Galeri

Konsep seni

Gambar promosi

Cekupan skrin

BoBoiBoy
BoBoiBoy The Movie
BoBoiBoy Movie 2
Advertisement