BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Misteri Kekasih Terang Benderang

Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang merupakan salah satu permainan daripada siri Papa Zola. Ini merupakan permainan di mana Mama Zila terperangkap di dalamnya.

Sejarah[]

Gopal mengingati bahawa permainan berkenaan dikeluarkan pada 15 tahun dahulu, iaitu Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang, iaitu sebuah permainan yang dikhabarkannya tidak pernah dimenangi oleh sesiapa pun kerana terlalu susah. Mengikut riwayat, hanya ada seorang pemain yang telah mencapai tahap kemuncak (stage boss), tetapi dia tetap kalah kerana nyawanya tinggal satu sahaja. Disebabkan hal itu, permainan itu tidak mendapat sambutan yang hangat dan terpaksa dihentikan, malah mungkin tidak seorang pun yang masih menyimpan salinan yang elok. BoBoiBoy bertanya di mana untuk mencari permainan itu, lalu Gopal bercadangkan untuk mereka pergi ke Kedai Game Ah Beng & Sons.

BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot pun sampai ke Kedai Game Ah Beng & Sons dan bertemu dengan Uncle Yim. Gopal bertanya tentang permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang yang keluar 15 tahun dahulu, tetapi Uncle Yim tersalah faham apa dan mengherdik bahawa kedainya bukan kedai antik. Setelah BoBoiBoy menunjukkan gambar Papa Zola, barulah Uncle Yim faham dan membawa mereka bertiga masuk lalu mengunci pintu dan tingkap kedai untuk selamat bercerita tentang permainan berkenaan tanpa didengari pelanggan lain. Ochobot berkata bahawa di situ tiada seorang pelanggan pun, tetapi diugut akan dihalau keluar oleh Uncle Yim.

Kisah si Uncle Yim, permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang merupakan permainan legenda yang banyak dihebohkan sewaktu dia masih kanak-kanak, sehinggakan ramai orang berbondong-bondong untuk membelinya hinggakan ramai juga yang gagal membelinya, itupun menurut memorinya yang kuat. Ochobot membidas Uncle Yim kerana tadi lupa tetapi sekarang memori kuat, maka dia dihalau keluar dari kedai oleh Uncle Yim yang nyata tidak suka dibidas. Sambung ceritanya, seminggu kemudian, orang berbondong-bondong lagi tetapi kali ini untuk memulangkan permainan disebabkan betapa susahnya sehinggakan tidak ada seorang pun yang dapat memenanginya.

Gopal bertanya bukankah ada seorang yang hampir menang lalu Uncle Yim mengiyakannya dan mengeluarkan buku foto dari kabinet untuk menunjukkan gambar foto satu-satunya pemain yang mencapai stage boss – iaitu dengan memeranjatkan sekali, tidak lain tidak bukan bapa Gopal sendiri, Pakcik Kumar!

Setelah BoBoiBoy, Gopal, Ochobot dan Papa Zola pergi ke rumah Gopal untuk masuk ke bilik permainan dalam bilik stor tersebut, BoBoiBoy dan Ochobot akhirnya menemui apa yang mereka mencari, iaitu kartrij permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang! Papa Zola pun melekat pada kabinet kaca yang menyimpan kartrij itu, meraung akan kesejahteraan isterinya di dalam permainan. Gopal mengisahkan kepada bapanya apa hal dengan Papa Zola, tetapi Kumar berpesan bahawa permainan itu terlalu susah dan tidak pernah dimenangi. Tanyanya lagi, bagaimanakah caranya untuk memasuki ke dalam permainan itu?

Maka BoBoiBoy memanggil Adu Du dan Probe untuk pergi ke rumah Gopal untuk memasang sistem untuk memasukkan BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola ke dalam permainan berkenaan, masing-masing dikawal oleh Ochobot, Adu Du dan Kumar. Sebaik sahaja memasuki permainan, mereka bertiga beraksi dengan mudah dan bergaya mengalahkan musuh-musuh di sekeliling, lebih-lebih lagi Papa Zola yang menggunakan Rotan Keinsafan dan mendapat tingkatan kuasa di mana dia menguasai permainan dengan melontarkan Pinggan Mangkuk Berapi secara bertubi-tubi.

Adu Du bosan melihat Kumar membolot permainan dan meminta supaya dia bermain sekali. Kumar menyerahkan alat kawalan kepada Adu Du, tetapi Adu Du bermain dengan cuai sehingga menyebabkan Gopal terjatuh ke dalam lubang dan kehilangan satu nyawa. Hal ini membuatkan Probe geram dan merebut-rebut alat kawalan dengan Adu Du, membuatkan Gopal berlari lintang-pukang. Maka Papa Zola dan BoBoiBoy pergi menolong Gopal menepis musuh, BoBoiBoy menggunakan Keris Petir dan Taufan Pembalik untuk menyerang musuh manakala Papa Zola pula menggunakan Tendangan Kacak Berapi. Malangnya kelalaian pemain sekali lagi membuatkan Gopal jatuh ke dalam jurang dan hilang satu nyawa lagi.

Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal menghampiri hujung stage pertama. Ketika BoBoiBoy pergi mendekati bendera, dia ditimpa oleh batu bergolek dan hilang satu nyawa. Kemudian mereka bertiga bertembung dengan seekor raksasa gergasi berupa udang karang. Papa Zola menyergah kepada raksasa itu supaya memulangkan "bini kebenaran", maka raksasa itu membalas bahawa mereka harus mengalahkannya sebelum dapat memulangkan Mama Zila, iaitu nama buah hati Papa Zola.

Setelah puas bertukar kata cacian dan celaan, Papa Zola mengingatkan raksasa itu bahawa dia pernah sampai ke stage terakhir. Hal itu menyedarkan raksasa itu akan "budak hingusan" (iaitu Kumar) yang berjaya sampai ke tahap itu hingga cemas. Apa-apa pun, raksasa udang tetap mencabar Papa Zola dan teman-temannya untuk bertarung di ambang stage terakhir, lalu ia melarikan diri. Papa Zola berasa terkejut, lalu menjerit sekuat hatinya.

Pakcik Kumar, Adu Du dan Ochobot menghabiskan satu siang dengan bermain permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang. Masing-masing mengawal Papa Zola, Gopal dan BoBoiBoy meredah pelbagai rintangan sambil mengambil tingkatan kuasa dan isian nyawa baru sehinggalah mereka mencapai stage terakhir iaitu Mahligai Syahdu. Di depan pintu istana itu mereka bertembung semula dengan makhluk udang karang dari awal permainan yang bergelar Raksasa Gonohom. Dengan itu, Kumar menukar alat kawalan kepada pistol mainan.

Permainan Kumar rancak sekali, sentiasa melepaskan tembakan yang mengena musuh. Akan tetapi, Raksasa Gonohom melepaskan hembusan api yang kencang sehingga menyebabkan ketiga-tiga watak permainan kehilangan nyawa yang banyak. Maka Kumar menggunakan dua pucuk pistol mainan untuk memperhebatkan serangannya sehinggalah Gonohom dijatuhkan.

Setelah itu, Papa Zola dengan dua anak muridnya memasuki ke dalam Mahligai Syahdu dengan begitu mudah. BoBoiBoy berasa teruja apabila melihat suasana istana yang serba kemas. Tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan. Rupa-rupanya, dia ialah Mama Zila, iaitu isteri Papa Zola yang dicari-carinya, maka berlakunya satu pertemuan semula yang menyayat hati di depan BoBoiBoy, Gopal dan mereka yang menyaksikan di alam nyata. Babak cinta Papa dan Mama membuat BoBoiBoy dan Gopal akan muntah manakala Adu Du merasa jijik daripada Probe yang terharu melihat mereka.

Pada masa yang sama, munculnya seekor raksasa besar berupa ketam yang difikir-fikirkan sebagai bos terakhir, tetapi ia terus melompat keluar melalui tingkap dengan rasa cemas, membuatkan BoBoiBoy berasa hairan. Kemenangan yang "mudah" ini diraikan oleh Kumar sementara Mama Zila berkenalan dengan BoBoiBoy dan Gopal yang menemani Papa Zola sambil berbangga akan pencapaian Papa Zola menjadi guru sekolah. Selepas Papa Zola menutup mata isterinya dengan sehelai kain sebagai membuat kejutan, BoBoiBoy menyuruh Adu Du untuk mengeluarkan mereka semua.

Setelah BoBoiBoy dan kawan-kawan membuat Mama Zila penat hingga rebah, maka dapatlah Adu Du menyedut raksasa itu bersama Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal ke dalam permainan. Mereka berempat mendarat di Mahligai Syahdu, lantas wira bertiga segera menyepahkan biliknya untuk menaikkan kemarahan Mama Zila.

Malangnya, Gopal tersandung dan jatuh ke dalam permainan, lalu dia dipijak oleh Mama Zila lalu tersingkir daripada permainan. Papa Zola meratapi bangkai Gopal dalam permainan tetapi ditumbuk dan disingkir juga. Kerana itu, BoBoiBoy mengingatkan mereka untuk bermain betul-betul. Maka tinggal BoBoiBoy sahaja dalam permainan ini untuk melawan raksasa itu, tetapi dengan cuainya dia telanggar pasu di belakang hingga pecah, membuatkan Mama Zila bertambah berang. Ochobot bertindak pantas dengan menggunakan Kuasa Tiga terhadap BoBoiBoy, maka BoBoiBoy melancarkan serangan bertubi-tubi untuk menghabiskan tenaga Mama Zila.

Raksasa Mama Zila ditamatkan dengan BoBoiBoy Taufan yang sengaja menjatuhkan pasu bunga dengan hanya sejentik tangan. Setelah bekalan tenaganya habis, maka raksasa itu berubah kembali ke bentuk Mama Zila yang asal. Lalu BoBoiBoy dan Mama Zila selamat dikeluarkan daripada permainan.

Trivia[]

Galeri[]

Video[]

Advertisement