"Musuh Kejahatan, Kekasih Kebenaran!" |
Papa Zola ialah watak penolong dalam siri BoBoiBoy. Beliau merupakan seorang adiwira lagenda dalam francais yang bertajuk namanya sendiri. Dia telah ditarik keluar daripada permainan videonya sendiri ke dunia nyata dalam musim pertama. Akibat kejadian itu, Papa Zola telah mengambil kerja sebagai guru bagi mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Pulau Rintis.
Penerangan[]
"Papa Zola adalah seorang adiwira lagenda dalam siri televisyen bertajuk dirinya sendiri. Dia ditarik keluar dari permainan ke dunia sebenar apabila BoBoiBoy dan Gopal keluar. |
"Papa Zola adalah mentor kepada BoBoiBoy, dan juga Cikgu Matematik di sekolahnya. Papa Zola menggelar dirinya sebagai Kebenaran, dan mempunya personaliti yang menyerlah walaupun sebenarnya dia adalah seorang penakut. Sejak menyertai BoBoiBoy dalam misinya di serata galaksi, Papa Zola telah dianugerahkan pangkat Kapten dan menjadi juruterbang kepada kapal angkasa mereka. Papa Zola sebenarnya berasal dari sebuah permainan video, namun begitu dia tidak mempunyai sebarang kuasa." |
Sejarah[]
Sejarah awal[]
Sewaktu kecil, Papa Zola mempunyai banyak cita-cita yang tinggi. Dia ingin menjadi banyak perkara, seperti yang dilihat dalam imbas kembali. Dia berkata dia mahu menjadi seorang guru Matematik, guru Pendidikan Jasmani, pengadil bola sepak, dan juga adiwira, yang semuanya seolah-olah telah dicapai pada masa dewasa. Ia juga dinyatakan dalam Apa Kata Yaya mengatakan bahawa dia juga mahu menjadi tukang masak.
Pada suatu masa, Papa Zola telah berkahwin dengan Mama Zila.
BoBoiBoy[]
Musim 1[]
Papa Zola pertama kali muncul dalam sebuah animasi, iaitu semasa dia sedang berdepan dengan musuh ketatnya, Raksasa Tidur yang datang ke Bumi dan memusnahkan kecantikannya. Kemudian, dia masuk ke rumah Tok Aba pada masa BoBoiBoy dan Gopal dikeluarkan daripada sebuah permainan video dalam Musim 1, Episod 8. Dia mendapati bahawa Raksasa Tidur turut terkeluar dan bersama-sama dengan Adu Du dan Probe, mereka menyerang kawan-kawan BoBoiBoy.
Dalam Musim 1, Episod 9, BoBoiBoy, Gopal dan Papa memasuki ke dalam dunia mimpi Raksasa Tidur dan apabila Papa Zola dan Raksasa Tidur saling bertikam lidah, BoBoiBoy sempat menghalang mereka daripada bergaduh. Lalu Gopal mencabar Raksasa Tidur bermain dam haji. Namun, Papa Zola tewas kerana dalam pusingan pertama kerana dia langsung tidak tahu bermain. Dalam pusingan kedua, Papa telah digantikan oleh Tok Aba yang pandai bermain dam haji, maka dia menang pusingan itu. Dalam pusingan ketiga, kedua-dua Tok Aba dan Raksasa Tidur menggunakan taktik-taktik mereka sendiri untuk berlawan tetapi apabila Raksasa Tidur kalah dalam permainan dam haji, dia telah mengangkat papan dam ke udara dengan kencang dan menyebabkan kaki Papa Zola tersepit dan terbaring di situ. BoBoiBoy kemudian meminjam kuasa Papa Zola untuk membesarkan saiz dirinya lalu mengalahkan Raksasa Tidur dengan gerakan kombo.
Musim 2[]
Setelah keluar dari dunia permainan, Papa Zola mencari pekerjaan di dunia nyata tetapi sentiasa gagal dalam temuduga, sehingga dia mengeluarkan sebuah buku motivasi bertajuk "1001 Sebab Gagal Temuduga". Antara petua dalam buku ini adalah "Jangan pandai memandai-mandai" dan "Jangan salah mengaku bersalah" dalam beberapa temu bual untuk mendapatkan pekerjaan. Akhirnya, Papa Zola mendapat pekerjaan sebagai guru bagi mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Pulau Rintis, yang mana telah mengejutkan BoBoiBoy dan kawan-kawan sekelasnya.
Musim 3[]
Dalam pertarungan Musim 3, Episod 2, Papa Zola telah meminjam Jam Kuasa kepunyaan Yaya kerana berwarna pink untuk mengganggu Ejo Jo dari mengeluarkan Naga Bayang dan menelan wira-wira. Ia dikembalikan semula kepada Yaya selepas dia dibebaskan dari Kokun Bayang.
Dalam Musim 3, Episod 10, Papa bersama-sama dengan BoBoiBoy dan Gopal memasuki dunia permainan sekali lagi untuk menyelamatkan isteri Papa iaitu Mama Zila.
BoBoiBoy: The Movie[]
Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Papa Zola bersama anak-anak muridnya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa. Apabila dia ditinggalkan oleh murid-muridnya, dia memaksa Adu Du dan Probe untuk membantunya untuk mencari anak murid kebenaran.
Kredit akhir menunjukkan kepulangan Papa Zola ke Pulau Rintis disambut oleh Mama Zila.
BoBoiBoy Galaxy[]
Selepas peristiwa yang berlaku dalam filem, Papa Zola masih lagi meneruskan kerjayanya sebagai cikgu di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dalam Musim 1, Episod 5, Papa Zola sedang memancing di Jeti Pulau Rintis bersama dengan Pakcik Mat. Berkat pertolongan cangkuk kepunyaan alien, Papa telah mendapat beberapa ekor ikan yang diletakkan di dalam bakul. Papa kemudian bertemu semula dengan anak-anak muridnya, BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal di sana apabila mereka membawa Cattus untuk mencari makanan untuknya.
Dalam Musim 1, Episod 6, Papa mengekori pengembaraan anak-anak muridnya di angkasa dengan berpaut pada kapal angkasa Koko Ci selepas mereka berlepas. Kemudian Papa Zola telah dilantik oleh Koko Ci untuk menjadi Kapten TAPOPS atas daya pemikirannya yang kreatif dalam mengalahkan Nyamuk Amok.
Kebolehan dan Senjata[]
Serangan |
|
3/5 | |||
Pertahanan |
|
2/5 | |||
Ketangkasan |
|
3/5 | |||
Keberanian |
|
2/5 | |||
Kelajuan |
|
3/5 |
Apabila Papa Zola berada di dunia nyata dan dunia mimpi, kuasa Papa Zola tidak akan aktif. Apabila berada di dalam dunia mimpi, Papa Zola dapat membesarkan dirinya dengan menggunakan tali pinggangnya. Walau bagaimanapun, kuasa Papa Zola akan aktif apabila berada di dalam dunia permainan dan berupaya untuk meningkatkan kuasanya.
- Kuasa Pembesaran: Membolehkan Papa Zola menjadi gergasi dengan mengenakan Tali Pinggang Pembesaran. Kuasa ini hanya boleh digunakan dalam dunia mimpi. Kuasa ini juga pernah digunakan oleh Gopal dan BoBoiBoy.
- Tendangan Kematangan: Tendangan yang digunakan untuk menyerang musuh dengan serangan kematangan.
- Tendangan Kehenseman: Tendangan kuat yang dilepaskan oleh Papa Zola.
- Rotan Keinsafan: Serangan rotan yang dibilas untuk menginsafkan musuh apabila memukulnya.
- Silauan Kehenseman: Teknik ini digunakan dengan tubuhnya untuk menyilaukan musuhnya.
- Tendangan Keinsafan: Tendangan ini dapat membuatkan musuhnya merasa insaf. Ia hanya digunakan terhadap Raksasa Bengkok, tetapi dihentikan dengan kakinya dipegang.
- Pembaris P Papa Zola: Senjata khas yang digunakan oleh Papa Zola. Ia digunakan terhadap Raksasa Bengkok untuk menukarkannya menjadi Raksasa Lurus.
- Tingkatan Kuasa: Tingkatan kuasa bagi Papa Zola yang menggunakan kuasa api.
- Pinggan Mangkuk Berapi: Beberapa keping pinggan dan mangkuk yang penuh dengan api.
- Tendangan Kacak Berapi: Tendangan kuat yang penuh dengan api yang ditendang dengan pantas.
Kuasa Manipulasi Graviti[]
Dalam Musim 3, Episod 2, Papa Zola secara sementara menggunakan Jam Kuasa milik Yaya dan mempunyai kebolehan untuk menggunakan kuasa gravitinya.
- Kuasa Tendangan Graviti: Dengan menggunakan kuasa Yaya, Papa Zola dapat menggunakan teknik tendangan yang hebat untuk menghalang Ejo Jo tetapi tendangannya tidak menjadi maka Papa meneruskan jenakanya supaya konsentrasi Ejo Jo terganggu.
- Tendangan Kehenseman: Dengan menggabungkan teknik tendangannya dengan kuasa graviti Yaya, Papa Zola melepaskan satu tendangan yang kuat dan pantas ke arah Ejo Jo.
Kebolehan Lawan Kad[]
- Kad Kanak-kanak Kebenaran: Merupakan koleksi anak-anak murid Papa Zola iaitu kad BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang.
- Kad Gopal: Merupakan kad yang mempunyai gambar Gopal.
- Tukaran Makanan: Merupakan teknik utama Gopal iaitu menukarkan Naga Rangka menjadi berbagai jenis makanan dengan sekali tembakan.
- Kad Ying dan Yaya: Merupakan dua kad yang mempunyai gambar Yaya dan Ying.
- Serangan Kad Kombo Y & Y: Kuasa kombo di antara Yaya dan Ying dengan menggabungkan kedua-dua kuasa graviti dan kuasa masa untuk membentuk sebuah bulatan lalu ia melepaskan satu tembakan gabungan yang padu yang mampu menghapuskan musuhnya iaitu Naga Rangka yang telah ditukarkan menjadi makanan dalam sekelip mata.
- Kad Fang: Merupakan kad yang mempunyai gambar Fang.
- Tarian Bayang: Fang menari dengan pelbagai gaya yang tetap dengan teknik 'teleport', namun gagal setelah dihapuskan oleh Kembar Naga Tembaga.
- Kad BoBoiBoy: Merupakan kad yang mempunyai gambar BoBoiBoy dan merupakan kad anak murid kegemaran Papa.
- Kuasa Elemental - BoBoiBoy Petir: BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Petir.
- Pedang Petir: BoBoiBoy Petir melemparkan dua bilah Pedang Petir ke arah Kembar Naga Tembaga lalu menghasilkan renjatan.
- BoBoiBoy Kuasa Tiga: BoBoiBoy dalam bentuk kad, berpecah menjadi tiga iaitu Petir, Angin dan Tanah.
- BoBoiBoy Kepala Tiga: Kuasa kombo ketiga-tiga BoBoiBoy, dengan Angin melemparkan pusaran angin mini dari berbagai arah menuju ke Naga Kepala Dua, lalu Tanah meninggikan aras tanah dari bawah Naga Kepala Dua yang menyebabkan ia tercampak lebih tinggi dan akhirnya Petir mengakhiri musuhnya itu dengan melemparkan beberapa bilah Keris Petir untuk memberikannya renjatan.
- Kuasa Elemental - BoBoiBoy Petir: BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Petir.
- Kad Gopal: Merupakan kad yang mempunyai gambar Gopal.
Lain-lain[]
- Tamparan Kebenaran: Ketika mengendali kapal angkasa TAPOPS, Papa menggunakan panel tenaga solar untuk menepuk Nyamuk Amok Gergasi secara bertalu-talu sehingga menyebabkan kekalahannya.
- Hempapan Kebenaran: Papa Zola melompat dan menghempap kad yang mengandungi Jokertu supaya ia tidak terlepas.
- Power Sphera EggaBot
- Mod Telur: Papayam
- Cakaran Patukan Papayam
- Kuasa Papayam Bertelur Riuh Sekampung
- Letupan Telur Tembelang
- Mod Telur: Papayam
Rupa[]
Papa Zola memakai sut biru ala superman, lengkap dengan topeng mata merah dan tali pinggang emas yang mempunyai lambang seakan pelekat kereta "P" pada kancingnya. Badannya sasa tetapi pinggangnya agak langsing hingga boleh menyebabkan tali pinggangnya terjatuh.
Perwatakan[]
Papa Zola terkenal dengan gaya adiwira "kebapaan". Tujuannya menjadi adiwira adalah untuk "menegakkan kebenaran". Dia juga menunjukkan kebijaksanaannya ketika melatih Gopal. Papa Zola sentiasa mementingkan kebenaran dan gemar sekali menggunakan perkataan "kebenaran" di dalam apa jua keadaan.
Walaupun serius menjalankan tugas sebagai perwira, namun dia memiliki sifat yang keanak-anakan dan kadang-kadang mementingkan diri sendiri. Ini menunjukkan bahawa perwatakannya tetap lawak bagi orang yang memandang dan juga menjadi pelepasan komik daripada keseluruhan siri dan francais. Namun, Papa Zola juga mempunyai satu kelemahan utama: terlalu terburu-buru dan kurang membuat persediaan rapi untuk berdepan dengan musuh. Khususnya apabila mencabar Raksasa Tidur untuk bermain dam haji dalam dunia mimpi.
Setelah Papa Zola keluar daripada dunia permainannya, Papa Zola berusaha mencari kerja baru bagi menyara hidupnya dengan menemuduga setiap peniaga yang berniaga di Pulau Rintis. Setelah lama mencuba, Papa Zola akhirnya menjadi seorang guru Matematik yang tegas dan gemar mengajukan soalan ujian yang rumit dalam kelas 5 Jujur. Selain itu, Papa Zola turut menjadi guru Pendidikan Jasmani dan pengadil dalam permainan bola sepak.
Keluarga[]
Papa Zola mempunyai seorang isteri, Mama Zila, yang juga berasal dari dunia permainan video. Mereka mempunyai seorang anak bernama Pipi Zola, dan nenek Pipi bernama Nekpi yang tinggal berhadapan rumah mereka.
Trivia[]
- Walaupun Papa Zola gagal dalam temuduga, ia masih tidak diketahui bagaimana dia diterima oleh Pengetua Sekolah Rendah Pulau Rintis untuk menjadi cikgu.
- Dalam musim pertama, Papa Zola telah berjaya mengeluarkan buku motivasi yang berjudul "1001 Sebab Gagal Temuduga" yang amat laris di pasaran dalam musim kedua. Buku-buku tersebut menyatakan antara 1001 sebab mengapa ramai calon yang baru tamat universiti gagal dalam temuduga mereka.
- Dia juga muncul dalam Komik Papa Zola di mana beliau menemui Raksasa Bengkok.
- Papa Zola juga dianggap sebagai tokoh bapa kepada BoBoiBoy selain Ochobot.
- Selain Gopal, Probe juga adalah peminat kepada Papa Zola. Terdapat mainan kecil yang berbentuk kepala Papa Zola yang digantung pada atas topinya.
- Papa Zola telah memberitahu umurnya pada 25 Februari 2013 (tarikh dalam Musim 2, Episod 11) bahawa umurnya ialah 37 tahun, 8 bulan dan 18 hari. Maka, tarikh lahirnya adalah pada 7 Jun 1975 (tarikh dalam siri BoBoiBoy).
- Dalam Musim 3, Episod 2, ia ditunjukkan bahawa Papa Zola merupakan peminat warna pink, seperti yang dia ditunjukkan apabila dia memakai jam kuasa Yaya.
- Satu-satunya kelemahannya adalah tidak boleh bermain dam haji, seperti yang ditunjukkan dalam Musim 1, Episod 9.
- Dia adalah watak kedua yang boleh jerit seperti seorang gadis seperti yang dilihat dalam Musim 2, Episod 12. Yang pertama adalah Fang dalam Musim 2, Episod 8, yang ketiga adalah Iwan manakala yang keempat ialah Adu Du dalam Musim 3, Episod 5, Nurasyikin Abdul Khalit memberikan suara jeritannya.
- Seperti yang ditunjukkan dalam BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Galaxy, Papa Zola gemar berswafoto.
- Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 7, dia mendakwa dirinya sebagai Jaguh Kampung dalam lawan kad.
- Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 19, dia mendakwa dirinya sebagai idola BoBoiBoy kerana kepopularitiannya.
- Nama Papa Zola kadangkala dieja sebagai "Papazola".
- Papa Zola mempunyai akaun Instagram rasmi bersama-sama dengan BoBoiBoy dan Yaya.[1]
- Menurut Pipi, Papa pernah disuruh untuk tidur di luar rumah oleh Mama Zila.
- Nizam Razak, pengarah animasi ini dan juga pelakon suara Papa Zola telah menyatakan suara jeritan Papa Zola bukanlah suara yang dibuat olehnya.
- Papa dan Pipi telah tampil dalam siri ringkas tentang pengembaraan kekeluargaan iaitu Papa Pipi sebagai watak utama.
- Uniform TAPOPS Papa Zola dalam BoBoiBoy Galaxy diinspirasi dari warna Jalur Gemilang.
- Bahagian bahu sehingga lengan berwarna merah.
- Bahagian hadapan baju berwarna putih.
- Seluarnya berwarna biru.
- Kasutnya berwarna kuning.
- Papa Zola berasal dari dunia permainan video, Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan.
- Dia tidak pernah menanggalkan topeng merahnya, walaupun di rumah.
- Menurut Majalah Komik BoBoiBoy Isu #92, warna kegemaran Papa Zola ialah warna bendera Malaysia iaitu merah, putih, kuning dan biru.
- Dia kini bersara dari TAPOPS sebagai kapten kerana alasan: khidmatnya tidak diperlukan lagi dan isterinya menyuruhnya menjaga anak.[2]
- Menurut Nizam Razak, Papa Zola telah berhenti dari menjadi seorang guru disebabkan oleh sikapnya dahulu yang kerap ke luar angkasa dan tidak dapat ditutupi lagi oleh guru besar, sehinggakan isu tersebut telah sampai ke peringkat Kementerian Pulau Rintis. Disebabkan itu, beliau hanya mampu menjadi guru kelas tambahan di samping melakukan pelbagai kerja sambilan.[3]