BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Papa Pipi adalah siri animasi pendek berorientasi keluarga mengenai telatah Papa Zola, guru sekolah yang disayangi, dan anak perempuannya yang cantik dan comel Pipi Zola. Bersama-sama mereka melakukan pengembaraan kecil yang kadang-kadang menjadi lebih besar daripada kehidupan."
— Penerangan rasmi (diterjemahkan) dalam laman web Monsta



Papa Pipi, juga dikenali sebagai Pesanan Papa Pipi ialah sebuah rancangan animasi kekeluargaan yang mengisahkan tentang Papa Zola dan anak perempuannya, Pipi Zola. Bersama-sama mereka menjalani pengembaraan cilik yang kadangkala menjadi lebih mencabar dalam kehidupan mereka.

Episod

Video Tajuk Tarikh dimuat naik Ringkasan
Buai Laju-Laju 15 November 2019 Papa Zola meluangkan masa bermain dengan Pipi di taman permainan. Luangkanlah masa bersama anak anda walaupun untuk sekejap sahaja!
Tudung Ninja! 22 November 2019 Papa dan Pipi bertukar menjadi ninja ketika makan malam gara-gara sebuah tudung saji. Tetapi ada ninja yang lebih hebat muncul selepas huru-hara yang terjadi. Agaknya, siapakah ninja itu dan apakah yang berlaku?
ToPipi Keledar 29 November 2019 Papa kena keluar pergi kedai dekat je dengan rumah. Tapi si Pipi ni sibuk nak ikut...
Cinta 30 Meter 5 Disember 2019 Kebenaran ni, asyik dengan telefon bimbit dia saja. Sampai Pipi hilang pun, dia tak perasan. Kalau Mama Zila tahu, habislah!!!
Alamak Joya! 12 Disember 2019 Banyaknya barang yang Papa dan Pipi ni bawa! Sampai ke bumbung. Nak travel satu dunia ke, nak pindah rumah ni?
Jom tengok dua beranak ni nak pergi ke mana!
PENAMPAKAN NENEK KEBAYAN! 20 Disember 2019 Bila ada nenek kebayan yang muncul tiba-tiba di dalam gelap, ayuhlah kita jerit sampai tercabut anak tekak macam Kebenaran.
WARNA WARNI PERSEKOLAHAN! 27 Disember 2019 Siapa yang pernah rasa anak baru masuk sekolah/tadika mesti terciduk dengan episod ni. Baik mengaku yang korang pun nangis tepi bucu sofa kat rumah sebab rindu anak dekat sekolah kan?
KBAT-NARAN! 2 Januari 2020 Jangan pandang rendah dengan kerja sekolah budak-budak sekarang. Walaupun ketadikaan, tapi Kebenaran pun boleh bertukar menjadi Kesalahan! Muahaha!
Pakcik Yang Tak Dikenali 6 Mac 2020 Papa sanggup datang sekolah demi melepaskan rindu dia pada Pipi. Tapi, Cikgu Warni dah pesan, jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali lah! Bahaya! Boleh kena culik tau! Patutlah budak-budak lain habis gelabah...
Demam Kebenaran 13 Mac 2020 Kesian Pipi! Jatuh sakit sebab berjangkit dari orang yang degil tak nak pergi jumpa doktor. Musim wabak ni, kena extra jaga diri.
Cegah Covid-19, Bukan David-19! 19 Mac 2020 Kebenaran berpakaian pelik, untuk melawan David. Eh, siapa David? Bukan Covid ke?
Perintah Kawalan Pergerakan 27 Mac 2020 Betapa pentingnya kita duduk rumah. Kerajaan pun nak bantu kita walaupun kita cuma perlu duduk rumah. Tapi, kalau kena keluar juga, patuhi dan dengarlah 3 pesanan Papa Pipi ni.

Kang Papa nangis kang sebab korang tak nak dengar cakap.
Cucukan Cik D 2 April 2020 Dah kena pergi klinik, kena duduk atas kerusi seksaan, lepas tu kena cucuk pulak! Bertabahlah.
Rumah AEDES! 10 April 2020 Mana datangnya nyamuk Aedes ni? Janganlah gigit Kebenaran! Kebenaran tak nak kena cucuk... TOLONG~
Persiapan Puasa 17 April 2020 Papa dan Pipi teruja Ramadhan dah semakin hampir! Jom tengok persiapan apa yang Papa Pipi buat untuk menyambut ketangan bulan puasa tahun ni!
Selera Sahur 24 April 2020 Chef Papa menunjukkan skill memasaknya. Jom tengok rupa Kebenaran rasa masakan yang dia masak untuk sahur. Tapi, sempat ke rasa?
D FOR DUGAAN~ 8 Mei 2020 Pipi baru je nak puasa penuh tahun ni. Tapi, banyak betul dugaan yang Pipi kena lalui :P
SHOPPING RAYA 3 SUKU 15 Mei 2020 Bila ajak orang lelaki pergi shopping, mesti nak cepat jer! Lepas tu, semua warna dia cakap sama. Apa lah~
Lebaran Tahun Ini! 23 Mei 2020 Tahun ni raya disambut dengan sedikit berbeza, tetapi kemeriahannya masih sama kan? Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada Kebenaran sekeluarga. Hello, bombaaaa~
SERI_MUKA_MAMA_Episod_Baru_PapaPipi

SERI MUKA MAMA Episod Baru PapaPipi

SERI MUKA MAMA 10 Julai 2020 Kalau lupa apa nak beli, kena beli untuk satu taman ke? Nak buat apa dengan makanan banyak-banyak ni.
BEKAL 5 RINGGIT 17 Julai 2020 Kesian Pipi! Hampir-hampir kelaparan kerana Papa. Nasib baik ada kawan-kawan yang baik hati.
NEKPI-ROBIK 23 Julai 2020 Pipi cakap lemak perut Kebenaran dah melimpah-limpah. Jadi, kena lah jumpa GURU SENAM KEBENARAN! Tak sangka masa tengah bersenam, ada kejutan menanti Kebenaran!!
Sungai Nadi Kehidupan Kita 28 September 2020 Niat Kebenaran nak tangkap ikan segar untuk Pipi terbantut gara-gara dua pemuda di tepi sungai. Ish ish ish...
Hargai Nikmat 12 April 2022 Sampai begitu sekali hasutan peti ais~~~~~~~ Sedapnya air sejuuuuuk~~~~~~~
Kemaafan Kebenaran 29 April 2022 Segalanya telah terungkap. Sampai hati Kanda rahsiakan dari dinda! 😭🤯🔥

Watak

Trivia

  • Siri Pesanan Papa Pipi disiarkan menerusi di saluran YouTube Monsta dan telah mencatat lebih 15 juta tontonan pada November 2019.[1]
  • Nizam Razak berkata di akaun Facebooknya bahawa siri Pesanan Papa Pipi adalah projek baharu yang dirangka secara serius dan bukan spin off kepada siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy. Dalam siri ini, mereka menerapkan banyak ilmu dan pengajaran dengan harapan dapat dimanfaatkan seisi keluarga.[2]

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Papa Pipi. Rujuk Papa Pipi/Galeri.

Video

Video Pendek

Video Muzik

Kompilasi

Rujukan

Pautan luar

Advertisement