BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Panto merupakan salah seorang rakan jenayah Jokertu dari kumpulan Bad Dudes. Dia ditugaskan oleh Jugglenaut untuk mencuri Power Sphera yang berada di Stesen Angkasa TAPOPS sewaktu Jokertu mengalih perhatian mereka.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Panto melakukan kemunculan sulungnya dalam Si Penceroboh Panto apabila dia menyelinap masuk ke dalam Stesen Angkasa TAPOPS dengan menjadikan Jokertu sebagai pengalih perhatian dalam Joe Ker tu?. Dia melalui dalam lubang udara untuk menyelinap masuk ke dalam Bilik Kebal Power Sphera dan membawa keluar Power Sphera ApiBot, BebelonBot dan SimenBot bersamanya. Walau bagaimanapun, dia ditemui oleh Papa Zola apabila dia keluar ke dalam biliknya.

Menurut Papa Zola, dia melarikan ke arah bilik dobi. Kemudian dia memasukkan Power-Power Sphera ke dalam pod dan menghantar mereka ke Planet Sarkas. Kemudian Panto ditemui oleh wira dan cuba dikejar oleh mereka. Kemudian Panto menggunakan berbagai kuasa dan senjata halimunan untuk berlawan dengan BoBoiBoy dan Gopal. Panto akhirnya dikalahkan oleh mereka yang menggunakan kuasa dari Power Spheranya sendiri dan kemudian dia menjadi banduan di stesen TAPOPS.

Kuasa dan Senjata

Dengan bantuan daripada Power Sphera miliknya, InviBot, Panto dapat menghasilkan apa sahaja benda-benda halimunan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dengan syarat Power Sphera miliknya perlu berada berdekatan dengannya. Ia terbukti tiada kesan dengan Kuasa Manipulasi Molekul milik Gopal.

  • Beg Halimunan: Beg yang digunakan untuk meletakkan ApiBot, BebelonBot dan SimenBot yang dicuri oleh Panto.
  • Tali Halimunan: Tali panjang yang digunakan untuk meletakkan ApiBot, BebelonBot dan SimenBot ke dalam sebuah pod angkasa.
  • Dinding Halimunan: Dinding besar yang boleh melindungi diri Panto dan mengelakkan musuhnya mendekati dirinya.
  • Kereta Halimunan: Kereta halimunan yang digunakan oleh Panto untuk melarikan diri daripada BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
  • Tangga Halimunan: Panto menggunakan tangga lut sinar untuk memanjat ke tempat yang lebih tinggi.
  • Bazooka Halimunan: Senjata berapi yang digunakan untuk menyerang BoBoiBoy.
  • Sniper Halimunan: Senapang halimunan yang boleh melepaskan tembakan padu secara bertalu-talu ke arah musuhnya.
  • Pelindung Halimunan: Teknik pertahanan bagi Panto dengan menghasilkan pelindung berbentuk bulatan di hadapannya.
  • Kokun Halimunan: Sebuah kokun besar yang digunakan untuk memerangkap BoBoiBoy dan Gopal. Kokoun ini amat keras dan kukuh, sehinggakan teknik Tumbukan Padu Yaya juga tidak dapat memecahkannya.
  • Gergaji Halimunan: Panto menggunakan gergaji enjin untuk menyerang Gopal dari jarak dekat, namun dapat dipatahkan oleh pelindung halimunan Gopal.
  • Robot Besar Halimunan: Panto mengawal sebuah robot gergasi sebagai serangan terkuat di antara yang lain.

Rupa

Sebagai seorang budak sarkas, Panto berpakaian seperti banduan-banduan dalam penjara iaitu baju belang yang berwarna putih hitam dan baju kocek kecil di bahagian perut sehingga ke kakinya. Mengenakan topi hitam kecil di tepi kepalanya. Dia mempunyai kulit yang berwarna putih dengan dua tompok merah jambu di kedua pipinya. Kasutnya pula berwarna perang.

Perwatakan

Panto memiliki personaliti yang sedikit gementar dan pendiam, namun dia boleh bertukar menjadi seorang yang paling jahat ketika di dalam pertarungan dengan kelebihan daripada kuasa benda halimunannya. Panto juga nampaknya mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Power Sphera miliknya, InviBot, hinggakan kedua-dua mereka menangis dalam pelukan terakhir setelah InviBot ditangkap oleh BoBoiBoy.

Trivia

  • Rupa dan kebolehannya mirip dengan mime.
  • Nama Panto mungkin diambil dari perkataan "pantomim", iaitu sejenis hiburan untuk kanak-kanak yang berkaitan dengan mime.
  • Walaupun Panto hanya seorang budak kecil, namun dia memiliki banyak cara jahat untuk bertempur dengan BoBoiBoy dan Gopal.
  • Panto merupakan penjahat ketiga yang mendapat simpati daripada BoBoiBoy dan kawan-kawannya, didahului oleh Adu Du dan Probe.

Galeri

Konsep seni

Gambar promosi

Cekupan skrin

Lain-lain

Video

Advertisement