BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Panglima Yanaari ialah ketua Puak Bara dari Planet Baraju. Dia pertama kali muncul dalam Sehangat Bara Sedingin Salju.

Sejarah[]

Panglima Yanaari memegang kedudukan selaku ketua Puak Bara yang diwarisi turun-temurun, dan oleh itu juga mewarisi perang berlarutan menentang Puak Salju yang dimulakan pada zaman datuknya, Panglima Pyrapi.

Yanaari dipertemukan dengan BoBoiBoy Blaze, Yaya dan Gopal oleh askar-askar suruhannya di tengah-tengah medan perang sekitar Talistiwa. Setelah mendapati wira muda bertiga menggunakan kuasa masing-masing untuk menepis serangan batu ais dari Puak Salju, Yanaari membawa mereka menginap di penempatan Kaum Bara di mana dia menyuruh anak-anak buah melayan mereka dengan mesra sebagai tanda penghargaan.

Ketika bersantap dengan tetamu kehormat bertiga, Yanaari menceritakan tentang permusuhan antara kaumnya dan Kaum Salju yang didakwa disebabkan oleh Mas Mawais, datuk kepada Mas Gardu, yang menggagalkan usaha Panglima Pyrapi menentang Retak'ka.

Setelah memperoleh dan menguji senjata istimewa daripada sumber tidak diketahui, Yanaari hendak turun berperang semula. Tanpa menyedari, dia terjebak dalam helah yang dirancang oleh Blaze, Gopal dan Yaya sebagai bersama BoBoiBoy Ais, Ying dan Qually (melalui alat komunikasi jauh) dan dibawa ke puncak Gunung Bakar Beku di mana dia bertembung dengan Mas Gardu seorang-orang.

Rimas kerana terperdaya dan diberitahu bahawa mereka dipertemukan untuk berunding, kedua-dua ketua puak enggan bersenang diri dan mahu berlawan. Mereka dihalang oleh Yaya dan Ying dengan kuasa masing-masing, di mana Yanaari dikenakan Graviti Pemberat. Akan tetapi, BoBoiBoy Blaze dan Ais yang makin hilang ingatan ketika ini mengganti kedua-dua ketua puak berkelahi dengan begitu sengit sehingga menyebabkan kemusnahan persekitaran, sehingga Fang datang mematahkan pergaduhan dengan kuasa Kurita Bayang.

Yanaari kembali bergaduh dengan Mas Gardu, maka BoBoiBoy Sopan melakukan penjelmaan sulungnya dan berjaya menggunakan kuasanya untuk memujuk kedua-dua ketua puak duduk berunding. Datangnya angkatan robot askar yang menyerupai ahli-ahli kedua-dua puak, dipimpin oleh Pak Pato yang mengaku masuk campur dalam perang dengan menjual senjata khas kepada kedua-dua pihak.

Menyedari bahawa mereka berdua menjadi mangsa kepada penjahat yang sama, Yanaari dan Mas Gardu bersetuju untuk berdamai dan bersama-sama membasmi robot-robot dengan bantuan Sopan dan sahabat-sahabatnya. Digemparkan lagi oleh terciptanya robot elemental berkuasa tinggi yang menyerupai datuknya, Yanaari bersama Mas Gardu dibawa berlindung oleh Fang sementara Sopan bertungkus-lumus menewaskan robot berkenaan. Walaupun dalangnya Pak Pato melarikan diri setelah kalah, Yanaari berterima kasih kepada BoBoiBoy kerana mempercayai dirinya dan memperakui kehadiran semangat Pyrapi dan Mawais di dalam diri wira muda tersebut.

Kebolehan dan senjata[]

  • Pedang Bara (?)
  • Senjata Rahsia

Rupa[]

Panglima Yanaari merupakan makhluk perempuan yang berbadan ramping dengan kulit berwarna ungu pucat dan mata besar dan hitam legam, menyerupai makhluk asing "Roswell Grey" yang timbul dari khabar-khabar angin kedatangan UFO pada pertengahan abad ke-20 lalu menjadi reka bentuk misali untuk segala makhluk berakal bukan manusia dalam karya-karya fiksyen sains. Tangannya berjari empat dan kakinya berjari tiga.

Pakaiannya terdiri daripada baju kuning atau emas yang dihiasi kain selempang merah ungu, dan seluar panjang biru dilitupi kain sarung dwi lapis merah ungu. Alas kepalanya berupa kain serban merah dengan plat emas di hadapan. Yanaari juga beralaskan kain balut di kedua-dua belah lengan dan kaki, tali pinggang untuk menyarung pedangnya, dan plat-plat emas pada bahu kanan (untuk dihinggapi Tobi peliharaannya) dan kedua-dua kaki. Dia berjalan tanpa memakai kasut.

Perwatakan[]

Yanaari mempunyai personaliti yang kuat dan tegas. Dia tegas dan berdedikasi kepada cita-citanya dan memujuk datuknya, Pyrapi. Dia lembut di dalam dan dengan tulus berterima kasih kepada BoBoiBoy kerana telah membebaskan mereka daripada kutukan perang berabad-abad.

Advertisement