BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Pakcik Kumar merupakan bapa kepada Gopal.

Sejarah

Sejarah awal

Sejak dari kecil lagi, Pakcik Kumar merupakan seorang kaki permainan video tegar dan juga peminat setia Papa Zola. Seperti anak lelakinya Gopal, semasa Kumar kecil dia gemar bermain permainan video tidak kira ketika dia makan, tidur dan bahkan juga apabila mengigau. Diperihalkan, Kumar adalah satu-satunya pemain yang pernah sampai ke stage boss dalam permainan video Papa Zola: Kekasih Terang Benderang, walaupun akhirnya kalah pada serangan pertama. Inilah sebabnya mengapa dia berhenti bermain permainan video.

BoBoiBoy

Pakcik Kumar melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 5 apabila dia memesan sekotak tin koko Tok Aba yang dihantar oleh BoBoiBoy Tanah, namun penghantaran itu sangat lambat dan kemudian dia hilang ingatan karena berpecah terlalu lama. Dalam Musim 1, Episod 7, Pakcik Kumar hanya muncul dalam imbas kembali oleh Yaya yang terkenang pada suatu masa dahulu, apabila Pakcik Kumar pengsan setelah termakan sebiji biskut Yaya lalu dikejarkan ke hospital, sehingga Yaya ditegur oleh Gopal. Pada Musim 1, Episod 11, Pakcik Kumar berasa sedih kerana dia mendapat untung yang banyak yang sebenarnya berpunca setelah dia makan biskit Yaya yang telah dicampurkan dengan Cecair Emosi X.

Pakcik Kumar meneruskan kemunculannya sebagai watak sampingan dalam musim kedua. Dalam Musim 2, Episod 2, Pakcik Kumar berada di warung Tok Aba, sedang menyangkal sangkalan Tok Aba dan mengaku bertembung dengan lembaga hitam yang boleh bertukar bentuk di rumah hantu dan bercerita tentang sejarah rumah itu selama berjam-jam biarpun itu juga cerita daripada Gopal. Seterusnya dalam Musim 2, Episod 3, Pakcik Kumar hanya muncul dalam imbas kembali oleh Gopal yang menceritakan pada suatu masa dahulu, sewaktu dia cukup umur untuk masuk sekolah, Kumar terlupa untuk membawa sijil kelahirannya, lebih teruk lagi, setelah bercakap besar di hadapan guru tentang kekuatan daya ingatannya, dia terlupa pula tahun kelahirannya. Dalam Musim 2, Episod 9 pula, Pakcik Kumar menjadi salah seorang penonton rancangan MKHIPI, tetapi sebenarnya dia tertidur dengan set TV itu masih terpasang.

Dalam Musim 3, Episod 3, Pakcik Kumar sekali lagi muncul di warung Tok Aba dan merotan dan memarahi Gopal atas kegagalan peperiksaan lepas yang sebenarnya peperiksaan itu diganggu oleh Adu Du dan muncul lagi dalam Musim 3, Episod 4 ketika lagu BuBaDiBaKo sedang dimainkan di mana Adu Du, BoBoiBoy dan Gopal sedang mengecat semula motosikal aiskrim milik Pakcik Kumar sehingga nampak cantik lalu membayar kepada mereka. Dalam Musim 3, Episod 10 dan Musim 3, Episod 11, Pakcik Kumar bersama-sama BoBoiBoy dan Gopal membantu Papa Zola untuk menyelamatkan isterinya iaitu Mama Zila dengan memenangkan permainan Papa Zola: Kekasih Terang Benderang.

Dalam Musim 3, Episod 12, Pakcik Kumar mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya setelah mereka memadamkan api di gerai aiskrimnya. Gopal mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy sambil terbatuk-batuk, lalu Pakcik Kumar menasihati anaknya supaya memakai topeng seperti BoBoiBoy. Yaya turut menasihati Pakcik Kumar supaya selalu berhati-hati dan jangan sampai dapur api tidak terkawal, tetapi Pakcik Kumar menegaskan bahawa dia hanya menjual aiskrim.

Seterusnya dalam Musim 3, Episod 18 di rumah Gopal, Pakcik Kumar memuji BoBoiBot selepas dia membaiki bumbung rumahnya yang mengalami kerosakan oleh Mama Zila. Kemudian, Pakcik Kumar berterima kasih kepadanya kerana memberikan perkhidmatan perwira secara percuma kepada penduduk, namun dibidas semula oleh BoBoiBot kerana perkhidmatannya bukannya percuma lalu mengeluarkan resit pembayarannya serta memaksa mereka untuk membayarnya namun Pakcik Kumar dan Gopal berkeras untuk tidak membayarnya. Maka BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api dan merosakkan semula bumbung rumah mereka.

BoBoiBoy: The Movie

Kumar muncul dalam filem ini sebagai watak sampingan, di mana dia bersama Papa Zola dan Uncle Yim sedang mendengar cerita Pakcik Mat tentang kejadian Pulau Terapung di warung Tok Aba. Bagaimanapun Kumar, Papa dan Yim masing-masing tidak mempercayai ceritanya lalu terus beredar dari situ.

BoBoiBoy Galaxy

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang berlaku dalam filem, Kumar muncul kembali dalam siri ini. Dalam Musim 1, Episod 2, Pakcik Kumar menjadi salah seorang mangsa yang terhidu gas tidur di warung Tok Aba yang disebarkan oleh Adu Du. Dalam Musim 1, Episod 16, Pakcik Kumar muncul bersama Makcik Wawa dan Aunty Yang, sedang menunggu ketibaan anak masing-masing di warung Tok Aba. Dalam Musim 1, Episod 17, Kumar bersama-sama dengan Uncle Yim dan Pakcik Mat singgah ke warung Tok Aba untuk menjamu minuman koko sebelum mereka bersama pelanggan-pelanggan bertempiaran lari setelah melihat asteroid berapi sedang menjunam. Dalam Musim 1, Episod 21, walaupun Pakcik Kumar tidak muncul dalam episod ini kerana dia berada di Planet Bumi, tetapi suaranya kedengaran dalam telefon setelah anaknya Gopal menghubunginya untuk bertanyakan tentang jawapan untuk soalan kepandaian.

Rupa

Kumar

Pakcik Kumar dalam siri BoBoiBoy.

Pakcik Kumar mempunyai badan yang kurus berbanding dengan anak lelakinya, Gopal. Mempunyai kulit yang sedikit gelap dan berambut agak kemas dengan menghala rambutnya ke kiri. Dia mempunyai dua misai yang panjang serta hidung yang besar dan iris matanya berwarna perang. Sentiasa memakai baju kemeja T yang berwarna putih dan memakai vest berwarna jingga serta memakai seluar panjang berwarna biru muda dan berkasut perang.

Penampilan Pakcik Kumar tidak banyak berubah dalam BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Galaxy.

Perwatakan

Pakcik Kumar sentiasa ceria dan mesra dengan orang di sekelilingnya. Semua kenalan Pakcik Kumar sentiasa menyukai apabila dia bercerita tidak kira tentang apa sekalipun. Walau bagaimanapun, kadangkala Pakcik Kumar menjadi serius, garang dan tegas apabila mendapati Gopal melupakan pelajarannya, sentiasa bermain permainan video atau berbuat kesilapan.

Trivia

  • Seperti anaknya Gopal, dia memiliki kebiasaan untuk berkata perkataan "Dey".
  • Dalam Musim 3, Episod 4, ini didedahkan bahawa beliau memiliki kedai ais krim.
  • Seperti yang dinyatakan dalam Musim 3, Episod 10, Pakcik Kumar adalah sama seperti Gopal ketika dia masih kecil, membuang masa dengan bermain permainan video.
    • Ini juga memungkinkan mengapa dia berhenti bermain permainan video kerana mungkin dia kalah dalam stage bos terakhir daripada game Papa Zola: Kekasih Terang Benderang, ataupun dia tidak mahu anaknya Gopal jadi macam dia pada dulu.
  • Nombor telefon Pakcik Kumar adalah 230195, seperti yang ditunjukkan dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 21.

Galeri

Gambar rasmi

BoBoiBoy Galaxy

Cekupan skrin

BoBoiBoy

Musim 1
Musim 2
Musim 3

BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy Galaxy

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement