BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pakcik Kumar merupakan watak kecil dalam francais BoBoiBoy. Beliau merupakan bapa kepada Gopal.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Sejak dari kecil lagi, Pakcik Kumar merupakan seorang kaki permainan video tegar dan juga peminat setia Papa Zola. Seperti anak lelakinya Gopal, semasa Kumar kecil dia gemar bermain permainan video tidak kira ketika dia makan, tidur dan bahkan juga apabila mengigau. Diperihalkan, Kumar adalah satu-satunya pemain yang pernah sampai ke stage boss dalam permainan video Papa Zola: Kekasih Terang Benderang, walaupun akhirnya kalah pada serangan pertama. Inilah sebabnya mengapa dia berhenti bermain permainan video.

BoBoiBoy[]

Pakcik Kumar melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 5 apabila dia memesan sekotak tin koko Tok Aba yang dihantar oleh BoBoiBoy Tanah, namun penghantaran itu sangat lambat dan kemudian dia hilang ingatan karena berpecah terlalu lama. Dalam Musim 1, Episod 7, Pakcik Kumar hanya muncul dalam imbas kembali oleh Yaya yang terkenang pada suatu masa dahulu, apabila Pakcik Kumar pengsan setelah termakan sebiji biskut Yaya lalu dikejarkan ke hospital, sehingga Yaya ditegur oleh Gopal. Pada Musim 1, Episod 11, Pakcik Kumar berasa sedih kerana dia mendapat untung yang banyak yang sebenarnya berpunca setelah dia makan biskit Yaya yang telah dicampurkan dengan Cecair Emosi X.

Pakcik Kumar meneruskan kemunculannya sebagai watak sampingan dalam musim kedua. Dalam Musim 2, Episod 2, Pakcik Kumar berada di warung Tok Aba, sedang menyangkal sangkalan Tok Aba dan mengaku bertembung dengan lembaga hitam yang boleh bertukar bentuk di rumah hantu dan bercerita tentang sejarah rumah itu selama berjam-jam biarpun itu juga cerita daripada Gopal. Seterusnya dalam Musim 2, Episod 3, Pakcik Kumar hanya muncul dalam imbas kembali oleh Gopal yang menceritakan pada suatu masa dahulu, sewaktu dia cukup umur untuk masuk sekolah, Kumar terlupa untuk membawa sijil kelahirannya, lebih teruk lagi, setelah bercakap besar di hadapan guru tentang kekuatan daya ingatannya, dia terlupa pula tahun kelahirannya. Dalam Musim 2, Episod 9 pula, Pakcik Kumar menjadi salah seorang penonton rancangan MKHIPI, tetapi sebenarnya dia tertidur dengan set TV itu masih terpasang.

Dalam Probe Dalam Ingatan, Pakcik Kumar sekali lagi muncul di warung Tok Aba dan merotan dan memarahi Gopal atas kegagalan peperiksaan lepas yang sebenarnya peperiksaan itu diganggu oleh Adu Du dan muncul lagi dalam Kerjasama BuBaDiBaKo ketika lagu BuBaDiBaKo sedang dimainkan di mana Adu Du, BoBoiBoy dan Gopal sedang mengecat semula motosikal aiskrim milik Pakcik Kumar sehingga nampak cantik lalu membayar kepada mereka. Dalam Papa Zola & Mama Zila dan Serangan Mama Zila, Pakcik Kumar bersama-sama BoBoiBoy dan Gopal membantu Papa Zola untuk menyelamatkan isterinya iaitu Mama Zila dengan memenangkan permainan Papa Zola: Kekasih Terang Benderang.

Dalam Ketibaan Ibu Adu Du, Pakcik Kumar mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya setelah mereka memadamkan api di gerai aiskrimnya. Gopal mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy sambil terbatuk-batuk, lalu Pakcik Kumar menasihati anaknya supaya memakai topeng seperti BoBoiBoy. Yaya turut menasihati Pakcik Kumar supaya selalu berhati-hati dan jangan sampai dapur api tidak terkawal, tetapi Pakcik Kumar menegaskan bahawa dia hanya menjual aiskrim.

Seterusnya dalam Bahagia Bersama BoBoiBot, di rumah Gopal, Pakcik Kumar memuji BoBoiBot selepas dia membaiki bumbung rumahnya yang mengalami kerosakan oleh Mama Zila. Kemudian, Pakcik Kumar berterima kasih kepadanya kerana memberikan perkhidmatan perwira secara percuma kepada penduduk, namun dibidas semula oleh BoBoiBot kerana perkhidmatannya bukannya percuma lalu mengeluarkan resit pembayarannya serta memaksa mereka untuk membayarnya namun Pakcik Kumar dan Gopal berkeras untuk tidak membayarnya. Maka BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api dan merosakkan semula bumbung rumah mereka.

BoBoiBoy: The Movie[]

Kumar muncul dalam filem ini sebagai watak sampingan, di mana dia bersama Papa Zola dan Uncle Yim sedang mendengar cerita Pakcik Mat tentang kejadian Pulau Terapung di warung Tok Aba. Bagaimanapun Kumar, Papa dan Yim masing-masing tidak mempercayai ceritanya lalu terus beredar dari situ.

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam episod MotoBot!, Pakcik Kumar menjadi salah seorang mangsa yang terhidu gas tidur di warung Tok Aba yang disebarkan oleh Adu Du. Dalam Loopa Lupa?, Pakcik Kumar muncul bersama Makcik Wawa dan Aunty Yang, sedang menunggu ketibaan anak masing-masing di warung Tok Aba. Dalam Gelora BoBoiBoy Air, Kumar bersama-sama dengan Uncle Yim dan Pakcik Mat singgah ke warung Tok Aba untuk menjamu minuman koko sebelum mereka bersama pelanggan-pelanggan bertempiaran lari setelah melihat asteroid berapi sedang menjunam.

Dalam Jagara Si Jaga, Pakcik Kumar tidak muncul dalam episod ini tetapi suaranya kedengaran dalam talian telefon setelah anaknya Gopal menghubunginya untuk bertanyakan tentang jawapan untuk soalan kepandaian.

BoBoiBoy Movie 2[]

Pakcik Kumar membuat kemunculan dalam filem ini bersama yang lain untuk menyambut kepulangan anak-anak mereka di Bumi.

Senjata[]

  • Rotan: Senjata utama bagi Pakcik Kumar. Ia digunakan untuk memukul seseorang, termasuk anaknya Gopal yang dia gunakan untuk menghukumnya jika dia melakukan kesalahan seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah.
    • Hikmat Rotan Membelah Gunung: Digunakan untuk menghentikan anaknya Gopal daripada bermain permainan video dalam Papa Zola & Mama Zila.

Rupa[]

Pakcik Kumar mempunyai badan yang kurus berbanding dengan anak lelakinya, Gopal. Mempunyai kulit yang sedikit gelap dan berambut agak kemas dengan menghala rambutnya ke kiri. Dia mempunyai dua misai yang panjang serta hidung yang besar dan iris matanya berwarna perang. Sentiasa memakai baju kemeja T yang berwarna putih dan memakai vest berwarna jingga serta memakai seluar panjang berwarna biru muda dan berkasut perang.

Penampilan Pakcik Kumar tidak banyak berubah dalam BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Galaxy di samping warna kulitnya semakin gelap berbanding dalam musim pertama.

Perwatakan[]

Pakcik Kumar sentiasa ceria dan mesra dengan orang di sekelilingnya. Semua kenalan Pakcik Kumar sentiasa menyukai apabila dia bercerita tidak kira tentang apa sekalipun. Walau bagaimanapun, kadangkala Pakcik Kumar menjadi serius, garang dan tegas apabila mendapati Gopal melupakan pelajarannya, sentiasa bermain permainan video atau terkena masalah. Walau bagaimanapun, Pakcik Kumar masih menyayangi anaknya.

Trivia[]

  • Seperti anaknya Gopal, dia memiliki kebiasaan untuk berkata perkataan "Dey".
  • Seperti yang dinyatakan dalam Papa Zola & Mama Zila, Pakcik Kumar juga sama seperti Gopal ketika dia masih kecil, membuang masa dengan bermain permainan video.
  • Nombor telefon Pakcik Kumar adalah 230195, seperti yang ditunjukkan dalam Jagara Si Jaga.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Pakcik Kumar

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
Musim 1
Musim 2
Musim 3
BoBoiBoy The Movie
Lain-lain
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1
BoBoiBoy Movie 2

Video[]

Advertisement