BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Ochobot ialah sebuah Power Sphera generasi kesembilan yang telah dinaik taraf dalam BoBoiBoy: The Movie. Dia mula menjadi kawan rapat BoBoiBoy setelah dia 'diselamatkan' oleh BoBoiBoy secara tidak sengaja. Ochobot kini membawa Kuasa Teleportasi yang dipindahkan dari Power Sphera generasi pertama, Klamkabot.

Penerangan

"Ochobot adalah sebuah robot kepunyaan BoBoiBoy, dan juga merupakan rakan karibnya. Ochobot merupakan sebuah Power Sphera yang telah memberi kuasa kepada BoBoiBoy dan rakan-rakan, dan mempunyai kuasa teleportasi yang sering digunakan untuk membantu BoBoiBoy dalam misi-misinya. Ochobot meluangkan masa lapangnya dengan membantu Tok Aba di Kokotiam."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2


Sejarah

Sejarah awal

Seperti semua Power Sphera, Ochobot dicipta di Lab Power Sphera oleh bangsa Kubulus. Disebabkan oleh ramai alien jahat yang ingin menggunakan kuasa-kuasa Power Sphera yang luar biasa untuk kepentingan mereka sendiri, Ochobot telah melarikan diri dari pemburu Power Sphera supaya kuasanya selamat dan tidak jatuh ke tangan mereka.

Hang Kasa mengeluarkan Ochobot.

100 tahun dahulu, Ochobot digunakan oleh Hang Kasa untuk menyedut semua Kuasa Elemental Retak'ka. Retak'ka dalam keadaan sedang dibekukan dengan Serombong Kristal menghalang menggunakan Tembakan Gamma dan serangan itu menyebabkan skrin LED Ochobot retak sedikit demi sedikit. Akhirnya, Retak'ka dibekukan dalam kristal dan Ochobot dan Hang Kasa menjunam di angkasa akibat serangan kuat Retak'ka. Disebabkan oleh itu, Ochobot akhirnya diturun tarafkan.

Pada suatu masa, Adu Du menemui Ochobot di suatu tempat sebelum mereka tiba di Planet Bumi.

BoBoiBoy

Ochobot pertama kali muncul setelah BoBoiBoy mengekori Probe selepas dia mencuri tin koko dari kedai koko Tok Aba. Ochobot yang telah diaktifkan dan menganggap BoBoiBoy sebagai tuannya berlari mengikuti BoBoiBoy dan menyamar menjadi bola semasa di kedai Tok Aba. Malamnya di bilik BoBoiBoy, Ochobot mendedahkan dirinya kepada BoBoiBoy, memperkenalkan dirinya lalu memberikannya Jam Kuasa yang mengandungi Kuasa Elemental kepada BoBoiBoy. Apabila BoBoiBoy menghadapi masalah untuk melindungi Ochobot dari Adu Du yang ingin mengambil alih kuasanya untuk menghancurkan Bumi, Ochobot memberikan kuasa kepada kawan-kawan BoBoiBoy: Yaya, Ying dan Gopal. Tok Aba yang mendapati bahawa Ochobot diaktifkan dengan kokonya telah menjadikannya sebagai pembantu percuma di kedai kokonya.

Ochobot memberikan Kuasa Bayang kepada Fang.

Sepanjang siri, Ochobot sentiasa memberikan nasihat dan membantu BoBoiBoy. Dalam suatu insiden pada waktu tengah malam, Ochobot telah memberikan kuasa kepada Fang selepas cemas melihat Adu Du dan Probe ingin menangkapnya.

BoBoiBoy: The Movie

Dalam filem ini, Ochobot teruja untuk pergi berkhemah bersama BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Namun, akibat satu kes rompakan BoBoiBoy membantu pihak polis dan langsung lupa untuk pergi ke perkhemahan, menyebabkan Ochobot kecewa dengan BoBoiBoy. Pada malamnya, Ochobot tiba-tiba dihubungi oleh Klamkabot, Power Sphera yang sedang diburu oleh Tengkotak. Keesokannya, Bora Ra telah menangkap Ochobot dan menjurus BoBoiBoy dan kawan-kawannya merancang satu ekspedisi menyelamatkan Ochobot bersama Papa Zola. Ochobot berjaya melarikan diri atas bantuan Klamkabot dan akhirnya dapat bertemu dengan BoBoiBoy semula. Selepas Klamkabot ditangkap oleh Bora Ra, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mengikut Ochobot ke Lab Sfera Kuasa, di mana Ochobot telah dinaik taraf dan memperoleh Kuasa Teleportasi Klamkabot yang akan digunakannya untuk melarikan diri.

BoBoiBoy Galaxy

Beberapa ketika setelah peristiwa dalam filem, Ochobot bersama kawan-kawannya menyertai pasukan TAPOPS untuk melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di angkasa sebelum mereka ditangkap oleh alien-alien jahat.

BoBoiBoy Movie 2

Atas kejayaan Ochobot bersama kawan-kawannya menyelamatkan EggaBot, mereka diberikan kelulusan untuk pulang ke Bumi. Apabila di Bumi, mereka menerima mesej kecemasan daripada Komander Koko Ci yang memberikan amaran bahawa Retak'ka telah kembali, dan mengarahkan mereka pergi ke Planet Quabaq.

Kuasa

Serangan
1/5
Pertahanan
2/5
Ketangkasan
2/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
1/5


Ochobot akan memberikan kuasa kepada orang-orang yang dia anggap layak untuk memegang kuasa itu seperti BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

  • Pemberian Kuasa: Ochobot memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada orang yang mengaktifkannya, biasanya dalam bentuk Jam Kuasa. Selain pengaktifnya, Ochobot juga boleh memberikan kuasa kepada orang lain sebelum merasakan bahawa seseorang itu patut mempunyai kuasa ataupun tidak.
    • BoBoiBoy - Kuasa Memanipulasi Elemental
    • Yaya - Kuasa Memanipulasi Graviti
    • Ying - Kuasa Memanipulasi Masa
    • Gopal - Kuasa Memanipulasi Molekul
    • Fang - Kuasa Memanipulasi Bayang
  • Penyamaran: Ochobot boleh menukarkan struktur warna badannya kepada struktur warna yang lain yang berbentuk sfera. Oleh itu, Ochobot mampu berubah warna seperti warna bola untuk menyamar.
  • Terbang: Ochobot mempunyai sepasang kepak mekanikal di atas kedua tangannya yang digunakan untuk menerapung tubuhnya di atas udara.
  • Imbasan: Ochobot boleh mengimbas seseorang itu menggunakan matanya untuk mendapatkan maklumat orang itu ataupun boleh digunakan untuk menggodam sesuatu sistem.
  • Bola Elektrik: Ochobot membentuk bebola berwarna kuning dalam keadaan darurat untuk merenjatkan seseorang. Digunakan terhadap Fang dalam Musim 2, Episod 8.
Naik taraf

Sejak diupgradekan dalam filem BoBoiBoy: The Movie, Ochobot mendapat kebolehan untuk teleport dan upgrade kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawan yang lain.

  • Kuasa Teleportasi: Kuasa istimewa Ochobot yang boleh digunakan selepas Ochobot dinaik taraf sepenuhnya.
    • Teleportal: Kuasa sampingan Ochobot yang membolehkan dia membuka portal ke planet yang jauh yang perlu disertakan dengan koordinat yang benar.
  • Penyamaran Sebagai Mainan: Ochobot menyamar sebagai mainan bagi mengelirukan musuhnya.
  • Sedutan Elemental: Dengan mengaktifkan kuasa sedutan pada Ochobot, BoBoiBoy menggunakan Ochobot untuk menyedut Kuasa Elemental milik Retak'ka.

Rupa

Ochobot berwarna kuning dan berbentuk sfera ketika dalam keadaan menguncup. Ochobot mempunyai lima kompartmen bertudung yang menyimpan tangan dan rodanya yang boleh dikeluarkan apabila Ochobot hendak menggunakannya. Ochobot juga boleh menyamar seperti bola untuk mengelakkan dia dikesan oleh orang lain.

Setelah Ochobot dimodifikasi dan dinaik taraf di Lab Sfera Kuasa, mini rupa Ochobot berubah dari bentuk asalnya tetapi masih mengekalkan identiti sebagai sebuah Sfera Kuasa yang berwarna kuning. Sayap dan tangannya dilengkapi dengan sepasang mata berwarna biru muda. Muka Ochobot bukan skrin LED, ianya merupakan teknologi alien canggih. Dalam bentuk ini, Ochobot mempunyai Kuasa Teleportasi yang dipindahkan oleh Klamkabot.

Perwatakan

Ochobot merupakan sebuah robot yang sentiasa ceria apabila dia bersama dengan BoBoiBoy atau kawan-kawannya. Dia suka meluangkan masanya dengan BoBoiBoy seperti berkhemah di pondok bas. Tetapi, Ochobot akan berasa sedih dan kecewa apabila BoBoiBoy tidak menepati janjinya untuk berkhemah.

Trivia

  • Ochobot sendiri tidak sedar akan potensi sebenar daripada setiap Jam Kuasa yang digunakan oleh BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal. Kemungkinan ini juga berpunca daripada insiden yang sama di mana ketika Ochobot lupa jenis kuasa Gopal kerana ditendang oleh BoBoiBoy untuk menyelamatkannya daripada ditangkap oleh Super Probe.
  • Ochobot merupakan Sfera Kuasa generasi kesembilan seperti yang didedahkan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Ochobot mempunyai akrofibia iaitu takut tinggi seperti yang ditunjukkan dalam Musim 1, Episod 2.
  • Walaupun dia merupakan Power Sphera yang paling rapat dengan BoBoiBoy, namun dia bukanlah Power Sphera pertama yang ditemui oleh BoBoiBoy. Sebaliknya, MechaBot merupakan Power Sphera pertama yang ditemui oleh BoBoiBoy.
  • Ochobot telah dimusnahkan oleh Bora Ra menggunakan Mampatan Lohong Hitam. Walau bagaimanapun, Klamkabot mengorbankan dirinya dan memberikan semua tenaga terakhirnya kepada Ochobot dan menghidupkannya semula.
  • Dari majalah BoBoiBoy rasmi, ia dinyatakan bahawa Adu Du tidak membuat Ochobot. Dia menemuinya di suatu tempat dan menangkapnya sebelum tiba di Planet Bumi.
  • Ochobot mendapat peningkatan bentuk dalam filem dari Sistem Lab Sfera Kuasa seperti yang diprogramkan oleh Klamkabot dan kini membawa Kuasa Teleportasi yang diberikan oleh Klamkabot.
  • Dalam komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa, ia dinyatakan bahawa Ochobot dicipta oleh Kubulus dan disebarkan ke galaksi oleh Klamkabot sebelum Ochobot ditemui oleh Adu Du.
  • Dalam filem, Sistem Lab Sfera Kuasa telah mendedahkan bahawa misi Ochobot yang sebenarnya adalah untuk melarikan diri dengan menggunakan Kuasa Teleportasinya.
  • Walaupun Ochobot mengalami kerosakan yang teruk di akhir filem, dia ditunjukkan kembali normal yang ditunjukkan di gambar kredit akhir. Ini adalah kerana Ochobot boleh menyembuhkan dirinya sendiri sebagai Power Sphera kerana mereka dicipta dengan teknologi alien seperti yang dinyatakan dalam surat peminat.
  • Seperti yang dinyatakan dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #55, Ochobot merupakan Power Sphera generasi yang terakhir, menunjukkan dia merupakan Power Sphera yang paling muda.
  • Nama Ochobot juga kadangkala dieja sebagai OchoBot.
  • Ochobot adalah Sfera Kuasa pertama yang mengubah penampilannya.
  • Ochobot mempunyai kusyen bersama-sama dengan BoBoiBoy, Yaya dan Cattus.
  • Ochobot ibaratkan 'mentor' kepada BoBoiBoy, kerana ia yang sering menjaga dan memberikan nasihat kepadanya di samping Tok Aba.
  • Ia telah didedahkan oleh DataBot dalam kredit akhir BoBoiBoy Galaxy Episod 24 bahawa Ochobot bukanlah Power Sphera elemental yang asal. Setiap Kuasa Elementalnya berasal daripada tujuh Power Sphera yang berbeza.
    • Ini menjelaskan Kuasa Elemental cahaya adalah berasal daripada SinarBot manakala Kuasa Elemental api mungkin berasal daripada ApiBot.
  • Menurut surat peminat dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #75, Ochobot merupakan robot alien dari planet lain yang bahasa mereka amat berbeza daripada bahasa-bahasa di Planet Bumi.
  • Ochobot pernah menjadi salah seorang pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis selama seminggu kerana dia bosan di rumah. Akhirnya, dia mendapati sekolah di Bumi tidak cukup mencabar baginya.
  • Sebelum dinaik taraf, Ochobot mempunyai set roda. Ia digunakan apabila Ochobot berada di planet yang mempunyai graviti berat atau masih belum membiasakan diri di planet yang baharu.
  • Minuman kegemaran Ochobot ialah minuman koko.
    • Ochobot menyukai koko kerana ia menjadi cecair penyejukan dalam badannya.
  • Ramai pelanggan di warung Tok Aba suka dengan cara Ochobot membancuh koko.
  • Ochobot tidak mempunyai rasa takut dengan cerita seram.[1]
  • Seperti kebanyakan Power Sphera, Ochobot perlu mengecas 2 kali seminggu.
  • Subjek kegemaran Ochobot ialah litar bersepadu dan get logik.
  • Jenis lagu kegemaran Ochobot ialah Electronica.
  • Warna kegemaran Ochobot ialah kuning, sesuai dengan tema warnanya.

Petikan dialog

  • "Tuan..."
  • "Nama aku Ochobot-lah!"
  • "Aku nak bagi kau kuasalah!
  • "Itulah Power Band kuasa!"
  • "Wah! Kuasa elemen! Kau boleh gunakan kuasa-kuasa yang ada di planet ni!"
  • "Untuk menggunakan kuasa ini, kau kena banyak berlatih. Sebab ianya antara kuasa yang paling sukar."
  • "Aku diprogramkan untuk ikut siapa yang aktifkan aku."
  • "Janganlah tinggalkan aku..."
  • "Tolong aku, BoBoiBoy!"
  • "Nampaknya, aku terpaksa kawal keadaan ni!"
  • "Ayuh!"
  • "Ada kesan anomali kuasa, tapi aku tak pasti kuasa apa."
  • "Aku robot, mana perlu makan."
  • "Dah berapa lama aku tunggu waktu ni!"
  • "Tapi... Kau dah janji BoBoiBoy..."
  • "Tak apa, BoBoiBoy... Semuanya akan okey..."
  • "Ini tenaga terakhir aku, BoBoiBoy..."
  • "Salah korang berdua, terdesak sangat nak laga super."
  • "Okey, berikan aku koordinatnya."
  • "Teleportal akan dibuka sekarang."
  • "Itu adalah Power Sphera!"
  • "Jangan BoBoiBoy! Kuasa kau masih tak stabil!"
  • "Kuasa dia dah mula tak stabil!"
  • "Biar aku periksa Jam Kuasa kau."
  • "Kau tak ada pilihan lain! Kalau tak, Jam Kuasa kau akan rosak macam dulu."
  • "Korang berjaya selamatkan Power Sphera yang diculik tu!"

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Ochobot. Rujuk Ochobot/Galeri.

Video

Rujukan

Advertisement