BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Nyamuk Amok merupakan makhluk robotik dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Mereka merupakan sekumpulan nyamuk angkasa yang amat digeruni di angkasa kerana mereka mampu untuk menyedut tenaga mana-mana kapal angkasa yang melalui di kawasan Kubur Kapal Angkasa, iaitu kawasan nyamuk-nyamuk ini bersarang. Nyamuk-nyamuk ini juga akan menyerang secara berkelompok dan akan menyukarkan sesiapa sahaja yang ingin mempertahankan kapal angkasa mereka.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Nyamok Amok pertama kali muncul dalam Fang Penyelamat di mana seekor demi seekor datang ke kapal angkasa Cici Ko kerana melalui kawasan persarangan mereka. Memanggil saudara yang lain, nyamuk-nyamuk angkasa menjadi semakin ramai dan mereka mula menyedut tenaga kapal angkasa Cici Ko. Lalu BoBoiBoy dan rakan-rakannya bertindak dengan pemberian kenderaan angkasa daripada MotoBot dan menentang nyamuk-nyamuk angkasa di luar namun nyamuk-nyamuk ini tidak berhenti dan mereka terus menyerang pasukan wira itu. BoBoiBoy menyuruh kawan-kawannya untuk mengelak, kemudian terus berjuang melawan nyamuk-nyamuk angkasa.

Apabila kehadiran nyamuk-nyamuk angkasa itu semakin banyak, pada masa yang sama Fang tiba untuk memberikan bantuan. Dengan kenderaannya, Fang menggunakan teknik Jerangkap Jari Bayang dan berjaya mengalahkan sebahagian dari nyamuk angkasa itu. Tidak lama kemudian, sekumpulan nyamuk angkasa datang menyerang lagi. Kali ini nyamuk-nyamuk itu berwarna jingga dengan saiz yang lebih besar daripada sebelumnya maka BoBoiBoy mengajak Fang untuk menyerang nyamuk-nyamuk angkasa itu dan masing-masing menggunakan Kuasa Tiga dan menyeru Helang Bayang. Tetapi disebabkan semakin banyak lagi, BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Daun lalu bersama dengan Fang mereka menyeru Perangkap Keriuk Pera dan Insektivora Pokok Bayang untuk memakan nyamuk itu seekor demi seekor.

Akhirnya dengan kuasa BoBoiBoy Daun dan Fang telah berjaya mengalahkan nyamuk-nyamuk angkasa itu. Tetapi secara tiba-tiba muncul pula ketua nyamuk angkasa yang sangat besar lalu menyerang BoBoiBoy Daun, menyebabkan dia tercampak ke belakang dan berubah menjadi biasa semula. Dalam keadaan yang terdesak, ketua nyamuk angkasa itu semakin menghampiri BoBoiBoy, lalu Papa Zola mengambil kesempatan itu untuk menepuk-nepuk nyamuk itu bagaikan lalat sehingga tewas dengan Tamparan Kebenaran sehingga mengakibatkan sebuah letupan besar di situ.

Rupa

Kumpulan Nyamuk Amok memiliki tiga jenis saiz dan warna, iaitu saiz kecil yang berwarna hijau muda, saiz sederhana berwarna jingga dan saiz gergasi berwarna merah, iaitu pemimpin seluruh Nyamuk Amok. Mata mereka berwarna hijau muda dan memiliki bentuk seperti seekor lalat biasa dengan badan robotik.

Perwatakan

Kumpulan nyamuk-nyamuk angkasa amat digeruni di angkasa kerana mereka mampu untuk menyedut tenaga mana-mana kapal angkasa yang melalui di kawasan Kubur Kapal Angkasa, iaitu kawasan nyamuk-nyamuk ini bersarang. Nyamuk-nyamuk ini juga akan menyerang secara berkelompok dan akan menyukarkan sesiapa sahaja yang ingin mempertahankan kapal angkasa mereka.

Galeri

Advertisement