BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Nut merupakan salah seorang jurutera yang ditugaskan untuk membaiki dan menyelenggara peralatan serta jentera TAPOPS.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Nut melakukan kemunculan sulungnya dalam Ancaman Armada bersama dengan Sai dan Shielda di Stesen Angkasa TAPOPS. Selepas BoBoiBoy dan kawan-kawannya kembali ke stesen TAPOPS selepas menyelinap masuk Koloni Lanun Angkasa dengan Kapten Kaizo untuk mengambil StealthBot, Nut di sana menyambut mereka bersama dengan Sai dan Shielda. Dia sangat teruja untuk melihat StealthBot. Setelah meletakkan StealthBot di bilik kebal Power Sphera, dia perasan terdapat alat pengesan pada StealthBot. Ketika Kapten Vargoba menyerang stesen TAPOPS, Nut bersembunyi dalam bayangan Fang untuk mengisi semula kuasa Ochobot.

Kebolehan[]

Serangan
1/5
Pertahanan
1/5
Ketangkasan
2/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
1/5


Nut amat mahir dan bijak dalam bidang mekanikal dan elektronik, oleh sebab itu dia sering dipanggil oleh anggota yang menghuni Stesen Angkasa TAPOPS, sama ada untuk membaiki alatan yang rosak, ataupun mengubah suai peralatan yang sedia ada untuk menjadi lebih baik.

  • Pembaikian: Nut tidak mempunyai sebarang kuasa, namun kemahirannya dalam bidang mekanikal dan elektronik membolehkannya untuk membaiki alatan atau jentera yang ada di Stesen Angkasa TAPOPS.

Rupa[]

Nut mengenakan uniform jurutera TAPOPS dan sentiasa memakai gogal keselamatan sebagai langkah untuk bersiap sedia jika ada peralatan yang perlu dibaiki dengan segera. Dia juga adalah spesies alien yang mempunyai empat jari seperti Kubulus dan mempunyai rambut berwarna hijau secara semula jadi yang lebat.

Perwatakan[]

Nut ditunjukkan adalah seorang jurutera yang sentiasa bersemangat dan ceria, lebih-lebih lagi ketika melakukan tugasnya. Nut juga gemar menolong yang lain. Semasa waktu lapangnya pula, Nut gemar mencipta gajet-gajet hebat untuk memudahkan tugasan ahli yang tinggal di Stesen Angkasa TAPOPS.

Trivia[]

  • Nut merupakan watak yang membuat kemunculan dalam sebuah komik pendek bertajuk "Raya Bersama TAPOPS" dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-62 dahulu sebelum muncul dalam siri animasi BoBoiBoy Galaxy.
  • Gaya TAPOPS yang dibuat oleh Nut telah menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang kidal, menjadi watak kedua selepas Mama Zila.
  • Slogan kata Nut, iaitu "Nut-a-problem!" merupakan mainan kata (pun) bagi frasa "Not a problem!".
  • Makanan kegemaran Nut ialah edamame (kacang soya hijau muda) manakala minuman kegemarannya ialah air tebu.
  • Jenis lagu kegemaran Nut ialah lagu lo-fi.
  • Warna kegemaran Nut ialah hijau muda.
  • Menurut Majalah Komik BoBoiBoy, semasa di stesen TAPOPS, BoBoiBoy dan Gopal sering berkunjung ke bilik Nut pada waktu rehat dan mempelajari tentang ilmu elektronik darinya.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Movie 2

Lain-lain[]

Video[]

Advertisement