Nurul A'liyah Faaiqah Shamsolnizam, atau lebih mesra dengan gelaran Ariieya merupakan salah seorang artis komik yang berkhidmat di Animonsta Studios. Beliau dikenali dengan stail lukisan comel dan dinamik di media sosialnya.
Biografi[]
Ariieya merupakan seorang graduan dalam jurusan Diploma Animasi 2D dari KRU Academy yang terletak di Cyberjaya, Malaysia. Beliau menghabiskan masa terluangnya untuk membuat animasi pendek dan sering memuat naik karya ilustrasinya berdasarkan siri animasi BoBoiBoy.
Kerjaya[]
Di syarikat Monsta, Ariieya menyumbangkan tenaganya sebagai seorang artis komik. Di samping menjadi artis CG tambahan bagi episod terakhir musim pertama siri animasi BoBoiBoy Galaxy, Sinaran Penamat, beliau merupakan antara artis komik yang terlibat dalam pembikinan komik crossover BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR serta berperanan sebagai artis komik yang mereka poster BoBoiBoy Movie 2 dan komik Mechamato Movie. Beliau turut menjadi artis konsep bagi iklan Kembali Aidilfitri pada tahun 2022.
Ariieya juga bertanggungjawab membuat ilustrasi kulit depan bagi Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2.
Karya seni[]
Trivia[]
- Artis komik kegemarannya ialah Keith, Pokcik Fingernailz dan Kawano Chihaya.
- Menurut profil artis komik Monsta dalam BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus, projek crossover tersebut merupakan pengalaman pertamanya untuk projek komik berskala penuh. Menurut Ariieya, cabarannya dalam menghasilkan komik itu ialah melukis karakter dengan stail yang berbeza daripada biasa, namun pada masa yang sama turut meluahkan rasa seronok apabila bereksperimen dengan pelbagai ekspresi karakter.