BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Nur Sarah Alisya Zainal Rashid merupakan pelakon suara perempuan muda yang berasal dari Malaysia. Beliau menyuarakan watak Yaya dalam siri animasi BoBoiBoy, kemudian BoBoiBoy: The Movie dan kesinambungannya, BoBoiBoy Galaxy.

Alisya juga menyuarakan Yaya dalam siri sampingan BoBoiBoy iaitu Apa Kata Yaya.

Trivia

  • Biodatanya dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-71 mendedahkan bahawa:
    • Nama panggilannya ialah Alisya.
    • Berasal dari Kuala Lumpur.
    • Mempunyai hobi untuk menonton televisyen, menulis dan melukis.
    • Makanan kegemarannya ialah soto ayam.
    • Minuman kegemarannya ialah jus epal yang ditambah dengan asam boi.
    • Tempat yang paling ingin dilawati olehnya ialah Tokyo, Jepun.
  • Alisya reti memasak, khususnya cupcake.


Galeri

Video

Advertisement