BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Nur Fathiah Diaz, atau lebih gemar dipanggil sebagai Thiah, lahir pada 20 Oktober 1999 merupakan seorang pelakon suara muda asal Malaysia yang terkenal menyumbangkan suaranya bagi watak BoBoiBoy dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy.

Biografi[]

Fathiah merupakan anak sulung kepada pasangan Diaz Mohd Bahauddin dan Azlina Mohd Alias. Fathiah mula berkarier sejak umur 8 tahun lagi. Di samping itu, adiknya, Muhammad Fathi Diaz turut mengisi suara bagi watak Ochobot, sebelum digantikan oleh Muhammad Abdurrahman Solahuddin.

Pada 21 Oktober 2023, Fathiah telahpun mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya.[1] Majlis perkahwinannya itu turut dihadiri oleh rakan-rakan sekerja Monsta seperti Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohammed Zakaria dan Wong Wai Kay.[2]

Kerjaya[]

Fathiah pernah membintangi suara watak kartun kembar Upin & Ipin selama tiga musim pertama siri animasinya dan juga filem Geng: Pengembaraan Bermula. Bermula musim ke-4 siri Upin & Ipin, Asyiela Putri telah menggantikan Fathiah sebagai pelakon suara bagi watak kembar dalam siri Upin & Ipin.

Setelah mengundurkan diri buat sementara waktu, Fathiah kembali ke bidang mengisi suara bagi watak BoBoiBoy dalam siri animasi Malaysia, BoBoiBoy. Dia juga mengisi suaranya untuk watak BoBoiBoy dalam filem BoBoiBoy: The Movie dan kesinambungannya, BoBoiBoy Galaxy.

Trivia[]

  • Biodatanya dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-70 mendedahkan bahawa Thiah:
    • Berasal dari Shah Alam, Selangor.
    • Makanan kegemarannya ialah fries.
    • Minuman kegemarannya ialah hot chocolate.
    • Tempat yang paling ingin dilawati olehnya ialah Seoul, Korea Selatan.
  • Dalam sesi temuramah bersama Fathiah dalam isu yang sama, beliau berkata jika diberi peluang untuk menyuarakan watak lain dalam siri BoBoiBoy, beliau mungkin akan memilih watak Yaya kerana beliau sangat teringin melakonkan suara perempuan.
  • Beliau merupakan lulusan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga kini berkhidmat sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Lembah Klang.
  • Nama beliau dieja secara berlainan mengikut syarikat tempat beliau berkhidmat.
    • Les' Copaque Production, syarikat yang menaungi Fathiah sewaktu menjadi pengisi suara bagi watak Upin dan Ipin mengeja nama beliau sebagai 'Nur Fathiah binti Diaz'.
    • Animonsta Studios, syarikat yang kini menaungi Fathiah pula mengeja nama beliau sebagai 'Nurfathiah binti Diaz'.
    • Walau bagaimanapun, nama beliau yang sebenar ialah Nur Fathiah binti Diaz.
  • Menurut Fathiah di akaun Instagram miliknya, selama berbelas tahun beliau berkhidmat sebagai seorang pelakon suara, episod keenam siri BoBoiBoy Galaxy Windara merupakan episod yang paling susah dan mencabar sekali untuk dihasilkan. Beliau yang ketika itu kandungannya telah berusia 34/35 minggu sering terasa ingin menangis ketika sesi rakaman suara dilaksanakan.[3]
    • Bagaimanapun beliau meluahkan ucapan terima kasih kepada seluruh barisan pelakon suara dan tenaga kerja Monsta atas hasil akhir bagi Windara dan berkata bahawa setiap jeritan dan tawa merupakan yang paling terbaik pernah didengari dalam hidupnya.

Galeri[]

Video[]

Rujukan[]

Pautan luar[]

Advertisement