BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Noriman Saffian merupakan seorang kakitangan dalam syarikat Animonsta Studios yang berkhidmat sebagai juruanimasi dan pelakon suara.

Biografi[]

Noriman merupakan seorang lulusan dari Multimedia University (MMU) dalam jurusan Sarjana Muda Seni.

Kerjaya[]

Noriman Saffian sangat terkenal sebagai Ketua Monsta MetaLabs yang merupakan bahagian permainan/metaverse di bawah Monsta dan beliau banyak terlibat dalam pembangunan perniagaan, jenama dan strategi pemasaran serta penghasilan pengalaman digital daripada IP Monsta sedia ada di syarikat tersebut.

Bermula sebagai seorang juruanimasi muda dalam syarikat, Noriman telah terlibat dalam pelbagai projek sejak penubuhan syarikat Monsta pada tahun 2009. Daripada mengetuai pasukan animasi dengan filem pertama Monsta, BoBoiBoy: The Movie pada tahun 2016 kepada mengarahkan pelbagai projek kerjasama dengan Oldtown White Coffee, Colgate, Yakult dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Noriman turut menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon suara di mana beliau melantunkan watak Ernie, Encik Biskut dan Ejo Jo dalam siri animasi BoBoiBoy serta Pengacara Perlumbaan Angkasa Nova Prix dalam siri BoBoiBoy Galaxy.

Pada tahun 2018, Noriman telah mengetuai pasukan dalam menghasilkan sebuah rancangan CGI hibrid, Fly With Yaya yang mana fokus utamanya ialah untuk mempromosikan pelancongan rakan Muslim di Jepun. Dengan sokongan daripada Yakult, JNTO dan pelbagai syarikat Jepun yang lain, Monsta berjaya mendapatkan dana kementerian Jepun untuk mempromosikan wilayah Tohoku, Jepun kepada penonton Malaysia melalui watak animasi Yaya. Siri itu berjaya dicalonkan untuk Anugerah Kecemerlangan Pelesenan di Pameran Pelesenan Antarabangsa di Amerika Syarikat.

Kepakaran Noriman dalam perniagaan, jualan dan pemasaran telah membawa filem cereka kedua Monsta, BoBoiBoy Movie 2 pada tahun 2019 mencecah kutipan pecah panggung sebanyak RM29 juta dan memperoleh pelbagai anugerah di Anugerah Filem Animasi New York 2020 (NYAFA) dan Anugerah Filem Florence 2020 di Itali.

Dengan peningkatan pasaran permainan digital, metaverse, blockchain dan NFT pada tahun 2022, Noriman telah mengalihkan portfolionya kepada mengurus bahagian permainan dan pengalaman digital san menawarkan pengalaman mengasyikkan dalam bentuk permainan digital dengan kerjasama Roblox dan pembina metaverse The Sandbox, anak syarikat Animoca Brands.

Sebelum ini, Noriman telah berkhidmat sebagai pelatih juruanimasi 3D di Les' Copaque Production Sdn. Bhd. selama 5 bulan iaitu dari Jun 2009 sehingga Oktober 2009.

Galeri[]

Pautan luar[]

Advertisement