BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Mohd Nizam Abdul Razak merupakan seorang pengasas bersama pemilik dan pengarah pengurusan Animonsta Studios Sdn. Bhd., syarikat animasi yang menerbitkan siri animasi BoBoiBoy, semenjak syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 2009. Dahulunya, beliau merupakan pengarah eksekutif Les' Copaque Production.

Sejarah[]

Selaku siswazah Universiti Multimedia, Nizam Razak mula-mula menceburi bidang animasi dengan menyertai sebuah studio animasi di Damansara bersama Safwan Abd Karim sekitar tahun 2005, tetapi tidak lama kemudian mereka berdua meletak jawatan dan berjumpa dengan seorang bekas usahawan petrol, Burhanuddin Radzi, untuk membuka sebuah studio animasi baru, iaitu Les' Copaque Production. Sepanjang kerjayanya di Les' Copaque, Nizam Razak memegang peranan sebagai pengarah siri Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang berjaya mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

Akan tetapi, pada pertengahan tahun 2009, Nizam dan Safwan bersama beberapa orang lagi teman di Les' Copaque meninggalkan studio itu untuk membentuk satu lagi studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios dan menerbitkan siri BoBoiBoy. Nizam Razak tidak ketinggalan meminjamkan suaranya kepada beberapa watak dalam siri animasi ini.

Sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Nizam Razak dipilih sebagai Tokoh Negara atas sumbangannya kepada industri daya cipta dan multimedia Malaysia.[1]

Beliau juga merupakan pengarah dan penyunting bagi filem BoBoiBoy: The Movie.

Trivia[]

  • Dalam sesi temubual bersama barisan pelakon suara BoBoiBoy: The Movie dalam Majalah Komik BoBoiBoy, Nizam Razak berkongsi pengalaman menariknya sewaktu membuat rakaman suara di mana beliau telah bersusah payah membuat rakaman suara tetapi apabila sudah selesai rupanya ia telah dipotong dan tidak termasuk dalam filem tersebut.
  • Beberapa biodata Nizam Razak didedahkan dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-78, iaitu:
    • Berasal dari Melaka.
    • Mempunyai hobi untuk bermain Pokémon Go.
    • Makanan kegemarannya ialah nasi lemak.
    • Minuman kegemarannya ialah teh O ais limau.
    • Tempat yang paling ingin dilawati olehnya ialah Istanbul, Turkey.

Galeri[]

Video[]

Rujukan[]

Pautan luar[]

Advertisement