BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Probe Dalam Ingatan merupakan episod ketiga dalam musim ketiga siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 19 Januari 2014.

Plot[]

Adudubaikiprobe

Adu Du sedang cuba memulihkan Probe.

Di Markas Kotak, Adu Du sedang cuba membaiki dan memulihkan Probe, si robot pembantunya yang teruk dimusnahkan oleh Ejo Jo. Perbuatan Adu Du itu disaksikan oleh Komputer dan Kambing S8000. Adu Du memasukkan kor tenaga Robot PETAI ke dalam bangkai Probe. Namun usahanya tidak berhasil. Ulas Komputer, kor tenaga PETAI tidak serasi dengan Probe. Maka Adu Du dengan rasa sebak bercampur marah terus meratapi kehilangan Probe kerana dia telah kehilangan seorang teman yang menghiburkan. Komputer cuba memujuk tuannya bahawa ia masih ada, tetapi dibalas dengan balingan mag besi dan ujaran Adu Du bahawa Komputer tidak mampu menghiburkannya seperti Probe.

Hancurmasadepan

Cikgu Papa kelihatan kecewa dengan prestasi murid-muridnya.

Sementara itu di Sekolah Rendah Pulau Rintis, setelah membuat murid-murid gemuruh dan tertanya-tanya dengan tersengih selama setengah jam, Papa Zola, si guru matematik dengan tergemparnya mengumumkan keputusan peperiksaan matematik yang diganggu oleh serangan Ejo Jo tempoh hari. Seluruh kelas gugup terdengar khabar, kecuali Yaya dan Ying selaku lawan ketat dalam peperiksaan yang berlumba-lumba menggelar diri sebagai pelajar nombor satu.

Tanpa disangka-sangka, Papa Zola mengumumkan Gopal sebagai "nombor satu" dengan puji-pujian yang melebih-lebih, tetapi rupanya itu sekadar usikan kerana Gopal sebenarnya "nombor satu dari belakang"! Setelah itu, Papa Zola mengumumkan Fang sebagai pelajar nombor satu! Sementara Fang meraikan kejayaan dengan berlagak di depan BoBoiBoy, Yaya dan Ying cepat naik berang terhadap Fang kerana merampas kedudukan terunggul mereka, tetapi Papa Zola sempat menjelaskan bahawa Fang mendapat nombor satu hanya dengan 39 peratus sahaja! Itu bermaksud dia gagal dalam ujian.

Yayayingdengkifang

Ditaruhnya kedengkian.

Memandangkan seluruh murid kelas 5 Jujur gagal dalam peperiksaan, Papa Zola dengan melulu mengecam mereka dengan berkata "Korang semua ni tak pandai, kecik-kecik tak nak pergi sekolah!", kemudian mengumumkan markah murid-murid lain satu per satu. BoBoiBoy mendapat 29 peratus (sekali lagi diejek oleh Fang), Yaya dan Ying mendapat 38.9 peratus (maka dengkilah mereka berdua terhadap Fang), manakala Gopal pula mendapat negatif 17 peratus. Malahan Papa Zola menelefon bapa Gopal untuk memberitahu keputusan anak muridnya, lalu bapa Gopal memintanya untuk merotan pelajar yang paling corot itu, kemudian Papa Zola menyampaikan sebatang rotan kepada Gopal bagi pihak bapanya.

Seluruh kelas gamat dengan kehampaan. Papa Zola turut mengumumkan keputusan markah Abdul Du Dul (Adu Du), iaitu 20 peratus dan tetap diambil kira kerana makhluk asing itu telah menduduki peperiksaan. Lantas Yaya dan Ying mengatakan bahawa mereka gagal kerana peperiksaan itu diganggu oleh Adu Du; tetapi Papa Zola menegaskan bahawa dia tidak menerima sebarang alasan kerana gagal tetap gagal!

Cikgupapaganggufangmengira

Cikgu Papa mengganggu Fang yang sedang menyahut cabarannya.

Fang sekali lagi bercakap besar di hadapan BoBoiBoy dengan markahnya, maka Papa Zola mengambil kesempatan untuk mencabar Fang dengan menyuruhnya mengira nombor satu hingga tiga puluh tanpa tersekat-sekat. Fang dengan yakinnya menyahut cabaran itu, tetapi diganggu di tengah-tengah jalan oleh kebisingan Papa Zola yang kemudian menggagalkan Fang. Perbuatan Papa Zola dikecam oleh BoBoiBoy.

Apa-apa pun, Papa Zola bertegas untuk mengadakan kelas tambahan Matematik pada setiap hari Rabu untuk semua murid kelas 5 Jujur. Dia menginginkan semua murid hadir, termasuklah Abdul Du Dul. Seandainya tidak, Papa Zola mengugut, dia akan menggagalkan mereka seumur hidup.

Terimakasihtuankambing

Mbek mbek mbek...

Kembali di Markas Kotak, Adu Du dikejutkan oleh panggilan daripada Bago Go yang muncul di skrin Komputer menerusi talian sidang video. Setelah ditanya oleh Adu Du dengan rasa jengkel bagaimana dia dapat menghubunginya, jelas Bago Go, dia dihubungi oleh S8000 sendiri, malah fasih dalam 'bahasa kambing'. Bago Go menawarkan pertolongan untuk membaiki Probe, itu pun dengan menyuruhnya membeli robot baru iaitu "Robot Robey XL 9000". Adu Du dengan geram menuntut supaya Probe dibaiki, bukan digantikan, maka Bago Go akur dengan alasan sekadar menguji.

Bagogomenelitiprobe

Bago Go memeriksa kerosakan Probe.

Tawaran membaiki Probe itu disambut baik oleh Adu Du, tetapi Bago Go terlebih dahulu meminta supaya bangkai Probe dengan alat gantinya dihadapkan untuk diteliti. Seperti yang diduga, kor tenaga PETAI tidak serasi dengan Probe kerana kedua-dua robot tempur tersebut lain model dan lain zaman, malah Bago Go menerangkan dengan analogi bahawa PETAI kepada Probe bagaikan jet pejuang kepada pisang. Kenyataan itu membuatkan Adu Du rasa tersinggung, tetapi jelas dengan apa yang disampaikan.

Convertertenagasx7650

Tawaran terbaik Bago Go untuk Adu Du.

Dengan itu, Bago Go menawarkan alat "Konverter Tenaga Jet Pejuang ke Pisang SX7650" sebagai penawar duka Adu Du itu, tetapi S8000 memujuk tuannya bahawa jurujual itu sedang menipu. Bago Go terasa kecil hati dengan ulasan kambing itu lalu beralih kepada menawarkan konverter biasa. Sekali lagi Adu Du menyanggah, maka Bago Go terasa hendak menamatkan urusniaga.

Enggan berputus asa demi Probe, Adu Du sempat menghalang dan merayu kepada Bago Go sekali lagi supaya memberinya ikhtiar untuk menghidupkan semula Probe. Bago Go akhirnya akur lalu meminta supaya kor tenaga asal Probe dikeluarkan. Bago Go mencadangkan konverter berkenaan untuk menyalurkan tenaga kor PETAI kepada kor Probe, tetapi tidak menjualnya sebelum membincangkan "ongkosnya".

Setelah tamat waktu persekolahan, BoBoiBoy dan Gopal datang ke warung Tok Aba dengan rasa cemas akan apa yang akan diperkatakan oleh orang tua masing-masing tentang kegagalan mereka dalam peperiksaan. Tok Aba memujuk mereka usah cemas kerana dia sudah mendapat tahu daripada Papa Zola yang turut ada di gerainya.

Kumardgnrotan

Bapa Gopal datang mengganas.

Tiba-tiba, muncul Pakcik Kumar entah dari mana untuk merotan dan memarahi Gopal atas kegagalan peperiksaan lepas. Tok Aba cuba memujuk Kumar kerana BoBoiBoy turut gagal, maka Kumar mengugut BoBoiBoy dengan rotannya. Tok Aba memujuk Kumar supaya jangan marah kerana anak-anak itu gagal disebabkan peperiksaan diganggu oleh Adu Du, namun Kumar tidak peduli dengan alasan itu.

Tok Aba turut memujuk Kumar dengan kelas tambahan Matematik akan datang yang dianjurkan oleh Papa Zola. Papa Zola berjanji kepada Kumar agar peperiksaan akan datang tidak akan ada sebarang kegagalan dengan kelas tambahannya, asalkan Abdul Du Dul itu dapat datang juga. BoBoiBoy dan Gopal mengeluh akan betapa sukarnya untuk mencari semula Adu Du, tetapi Kumar dengan bengisnya menuntut supaya mereka mencari "makhluk halus" itu.

Gopalrayuadudu

Tolong, Adu Du...

Sebentar kemudian, sedang BoBoiBoy dan Gopal mengeluh-ngeluh bagaimana hendak berdepan dengan Adu Du, tiba-tiba Adu Du muncul di kedai Tok Aba dengan sepasang pistol untuk cuba merampas koko, tetapi BoBoiBoy dan Gopal gembira menyambutnya kerana tuntutan Papa Zola untuk kelas tambahan Matematik. Adu Du menyanggah rayuan mereka serta menuntut koko Tok Aba untuk memulihkan Probe. Jelasnya, dia telah berurus dengan Bago Go untuk menggadaikan koko untuk alat yang diperlukan setelah enggan menerima ongkos sejumlah 79 juta 79 sen yang tetap mahal walaupun mendapat diskaun yang banyak, sungguhpun dikhabarkan bahawa koko sudah lapuk sebagai sumber tenaga.

Kokojumbo

Munculnya Koko Jumbo!

Seperti yang dijangka, BoBoiBoy dan Gopal enggan menunaikan tuntutan koko Adu Du. Maka Adu Du memperkuatkan ugutannya dengan menyeru raksasa Koko Jumbo keluar. Raksasa itu dengan bengisnya muncul atas seruan Adu Du sehingga membuatkan BoBoiBoy, Gopal, Tok Aba dan Ochobot terperanjat.

Watak[]

Trivia[]

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Probe Dalam Ingatan

Video[]

Advertisement