Bangkit BoBoiBoy Air merupakan episod kedua puluh dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang hanya disiarkan di MNCTV iaitu pada 1 Januari 2016.
Ringkasan[]
Ia menunjukkan kesinambungan pertarungan besar antara BoBoiBot dan BoBoiBoy Air dari episod sebelumnya.
Plot[]
Bersambung daripada episod sebelumnya, BoBoiBoy Air mencuba berpecah tetapi dihalang oleh BoBoiBot Gempa menggunakan Tanah Pengikat. Rakan-rakan BoBoiBoy memanggil-manggil nama BoBoiBoy. Adu Du ketawakan dan mengejek BoBoiBoy yang dia tidak akan dapat berpecah kepada tiga. BoBoiBoy Air cuba melepaskan diri tetapi gagal. BoBoiBot Gempa mengejek BoBoiBoy Air yang dia tidaklah sehebat mana. BoBoiBoy Air hampir-hampir sahaja berputus asa. Tetapi, mujurlah Papa Zola datang memanggil-manggil BoBoiBoy supaya jangan mudah mengalah. Lantas Papa Zola mula menyanyikan lagu Bangkit Anak Muda! dan disambut dengan nyanyian penduduk yang lain. Jadi, BoBoiBoy Air berasa bersemangat semula. Lantas BoBoiBot Gempa menyerang musuhnya dengan Golem Tanah 2.0 lalu menyerang BoBoiBoy.
Tanpa membuang masa, BoBoiBoy Air menggunakan serangan Ketenangan Maksima dan Pusaran Air lalu menyerang BoBoiBot Gempa lalu menghempap Adu Du dan terjadinya satu letupan. BoBoiBoy Air mencabar BoBoiBot yang lain supaya mereka menyerang balas. BoBoiBot Taufan menyerang dengan Gerudi Taufan 2.0. Lantas BoBoiBoy Air melompat dan menyerang semula dengan serangan Tamparan Ombak dan mengenai BoBoiBot Taufan. Kemudian, BoBoiBoy Air menggunakan Tembakan Air untuk menyerang BoBoiBot Halilintar tetapi dia mengelak menggunakan Gerakan Kilat 2.0. BoBoiBoy Air terus menyerang sehinggalah terkena BoBoiBot Halilintar. Setelah itu, BoBoiBoy Air menggunakan Letupan Air untuk menghancurkan BoBoiBot Halilintar. Dan akhirnya, BoBoiBot bercantum semula dan BoBoiBot seperti tidak percaya yang dia dikalahkan dengan begitu mudah sekali.
Kawan-kawan BoBoiBoy berasa gembira melihat kejayaan BoBoiBoy. Adu Du merasa takut bahawa dia akan kalah. Tetapi, tanpa disedari sesiapa Adu Du mengambil sampel air secara diam untuk dimasukkan ke dalam BoBoiBot. Papa Zola berasa sangat terharu melihat kejayaan anak muridnya itu. BoBoiBoy Air ingin menghabiskan BoBoiBot, tetapi tiba-tiba Adu Du datang berpura-pura mengaku kalah. Yaya dan Ying menyuruh BoBoiBoy supaya jangan mudah terpedaya terhadap tipu helah Adu Du, lantas dia berpura-pura memuji kehebatan BoBoiBoy Air. Malangnya, semua penduduk termasuk BoBoiBoy Air dan Gopal termakan tipu daya musuhnya itu dengan membelanja mereka minum air kecuali Yaya, Ying dan Fang masih berasa curiga. Mereka mula terleka kerana minum air yang sangat sedap.
Apabila Adu Du merasakan masanya sudah tiba, dia terus memasukkan sampel kuasa air ke dalam BoBoiBot. BoBoiBot mula bertukar menjadi BoBoiBot Air. BoBoiBoy Air pula berasa terkejut dan cemas melihat musuhnya itu. Kemudian, Fang menyuruh BoBoiBoy Air menyerang BoBoiBot, dan dia menyerang dengan menggunakan Bebola Paus Air. Namun, serangan itu hanya terkena pada Adu Du, dan akhirnya BoBoiBot berjaya bertukar menjadi BoBoiBot Air.
BoBoiBot Air menggayakan dirinya tetapi orang lain terlopong melihat BoBoiBot Air. Rupa-rupanya, BoBoiBot Air bertukar dengan bentuk badannya yang berbentuk bulat dan gemuk, sama seperti ketika pertukaran BoBoiBoy Air. BoBoiBot Air cuba menunjukkan kuasanya iaitu Bebola Air tetapi terjatuh dan tidak dapat mengawalnya lalu Gopal menggelakkan BoBoiBot Air yang bulat itu.
Adu Du begitu marah sekali melihat BoBoiBot Air kerana kena air tidak boleh dan guna kuasa air pun tidak boleh, Adu Du telah menganggapnya sebagai "robot sampah". BoBoiBot mempertahankan dirinya bahawa dia adalah robot terbaik Adu Du. Probe membantah kata-kata BoBoiBot, lalu dia marah Probe semula. Adu Du mempertahankan Probe, walaupun kepalanya telah dimasuki air, namun dia masih boleh berlawan.
BoBoiBot Air terasa tercabar lalu menggunakan Tembakan Air Pembanjir untuk mengumpulkan awan dan membuat hujan lebat. BoBoiBot berkata dia akan membuatkan seluruh Pulau Rintis banjir dan melemaskan semua orang. Lantas Adu Du memuji kehebatan BoBoiBot Air, tetapi dia sedar bahawa dia juga akan tenggelam nanti. Tetapi BoBoiBot Air tidak lagi peduli dengan Adu Du kerana dia telah menghinanya dan terus menyerang tuannya itu. Adu Du meminta Probe untuk menyelamatkannya. Di kawasan penjara yang diduduki oleh kawan-kawan BoBoiBoy, air sudah mula naik. BoBoiBoy Air menggunakan Pukulan Ombak untuk menyerang BoBoiBot Air namun tiada kesan terhadapnya kerana dia sudah menjadi kalis air.
BoBoiBot Air mengatakan yang dia sudah pun menjadi kalis air, dan tiada apa-apa serangan pun yang dapat menghentikannya. BoBoiBoy Air terus menembak tetapi tiada kesan. Gopal meminta BoBoiBoy Air supaya berhenti bermain air. Lantas Makcik Kantin memanjat tiang elektrik dan meminta tolong kerana dia tidak pandai berenang. Pakcik Kumar menyuruh BoBoiBoy supaya menghentikan BoBoiBot Air. Papa Zola pula risau akan dimarahi isterinya Mama Zila kerana kain ampaian belum diangkat. Semua orang memandangnya dengan dengan muka yang tidak puas hati. BoBoiBot Air meminta BoBoiBoy agar menerima sahaja kekalahannya.
Tiba-tiba, BoBoiBoy terpandang sesuatu dan mengatakan bahawa dia sudah tahu kelemahan BoBoiBot Air. Lantas BoBoiBoy Air menyuruh Yaya menolak penjara itu ke atas udara. Gopal menukarkannya kepada muruku. Apabila Yaya mula dapat mengangkat muruku itu, kawan-kawan BoBoiBoy termasuk Papa Zola berpaut pada muruku tersebut. BoBoiBoy Air mula menenangkan diri dan fokus untuk menyerang. Adu Du menyuruh Probe untuk menyelamatkannya sekali lagi. Lalu BoBoiBoy Air menjelmakan Belut Air Berkembar dan menyuruh mereka menyerang BoBoiBot, tetapi BoBoiBot berlagak dan ingin menunjukkan kehebatannya menghancurkan belut tersebut. Lantas BoBoiBot Air menyerang belut tersebut dengan menjelmakan Geiser Air tetapi BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan melakukan kuasa kombo dengan melontarkan dua bilah Pedang Halilintar ke arah belut tadi lalu ia bertukar menjadi Belut Air Halilintar. Belut tersebut dengan mudah menembusi serangan BoBoiBot dan akhirnya BoBoiBot terkena renjatan elektrik.
Rakan-rakan BoBoiBoy berasa gembira sekali atas kejayaannya. Probe juga terlalu gembira sehingga terlepaskan Adu Du dari pegangannya kerana dia bakal menjadi robot terbaik Adu Du semula. Adu Du terjatuh dan terkena renjatan elektrik, membuat Probe merasa takut atas kelakuannya. Kemudian, air banjir semakin surut. BoBoiBoy turun ke tanah dan menjadi BoBoiBoy biasa lalu memberitahu bahawa BoBoiBot sudah kalah dan akhirnya BoBoiBot kehabisan tenaganya. Yaya datang kepada BoBoiBoy dan memuji kehebatannya. Semua penduduk yang berada di situ pergi ke arah BoBoiBoy dan mengucapkan terima kasih kepada dia. Papa Zola selaku jurulatihnya mengucapkan syabas kepada BoBoiBoy.
BoBoiBoy berkata bahawa dia tidak berani lagi untuk menggunakan kuasa api dan air ini kerana takut tidak dapat mengawalnya. Papa Zola menawarkan diri untuk terus membantu BoBoiBoy melatih menggunakan kuasa api dan air. BoBoiBoy bersetuju asalkan tidak dikenakan bayaran. Papa Zola berkata dia tidak akan mengenakan bayaran, cuma perlu beli single terbaru Papa Zola Bangkit Anak Muda yang berharga USD 150 sahaja. BoBoiBoy yang mendengar hanya mampu mengujar "terbalik". Gopal pula tertanya-tanya ke mana Adu Du dan Probe pergi.
Di Markas Kotak, Probe membawa air kepada Adu Du dalam keadaan gementar. Probe tahu dia akan dimarahi Adu Du. Probe memberikan air kepada Adu Du dan berpura-pura menjadi lembut. Kemudian, dia membaling cawan ke arah Probe dan memarahinya. Probe menerangkan bahawa dia hanya ingin menjadi robot terbaik tuannya itu. Lalu Adu Du faham dan tidak lagi memarahinya. Adu Du menyuruh Probe untuk memikirkan cara mengalahkan BoBoiBoy dan Probe membalasnya dengan senang hati dengan berkata "Bago Go kan ado!".
Di koridor berdekatan dengan hospital Bago Go, dia berborak dengan seorang lelaki misteri. Bago Go menceritakan bahawa dahulu dia adalah seorang penjual senjata haram, tetapi sekarang dia sudah insaf dan serik. Lelaki itu bertanya mengapakah dia serik, dan Bago Go berkata "senjata makan tuan", habis dia dipijak dan dilenyekkan oleh robotnya sendiri. Kemudian, imbasan di skrin Komputer yang menunjukkan MegaBot ScamBot memijak Lima Panglima Scammer yang berlaku dalam Pertarungan Di Bulan. Kemudian, dia menceritakan lagi bahawa dia terlantar di hospital selama 7 bulan 7 minggu 7 malam 6 hari.
Lelaki itu meneka bahawa semasa 7 bulan itulah Bago Go terfikirkan idea itu. Lalu Bago Go berkata "tak sia-sia kaya raya tak ingat dunia". Bago Go menunjukkan idea bisnes proposal untuk Hospital Alien Really Amazing Marvellous, atau lebih dikenali sebagai H.A.R.A.M. Lelaki itu bertanya apa yang istimewanya hospital itu. Bago Go memberitahu bahawa hospital itu "specialist in genetik magnetik cybernatik bombastik fotosintetik". Bago Go meminta izin untuk mempersembahkan Super Ejo Jojojo. Bago Go menceritakan bahawa Ejo Jo dahulunya seperti cicak kubing tetapi sekarang sudah seperti badak sumbu Sumatera. Lelaki itu berasa kagum tetapi dia ingin melihat sendiri kehebatan Ejo Jo sebelum dia membuat keputusan.
Kemudian, Bago Go bersetuju untuk melakukan demonstrasi kehebatan Ejo Jo. Dia mengaktifkan sesuatu dengan menekan butang pada papan kekunci dan buih-buih mula memenuhi ruang Ejo Jo. Ejo Jo tersedar, dan mula melakukan aksi yang lain. Bago Go terkejut dan akhirnya Ejo Jo memecahkan kaca dengan kekuatan barunya dan membasahi Bago Go. Ejo Jo keluar dengan perisai barunya dan melaungkan "Aku kembali BoBoiBoy!".
Watak[]
- BoBoiBoy
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Fang
- Ochobot
- Papa Zola
- Pakcik Kumar
- Pakcik Mat
- Makcik Kantin
- Uncle Yim
- Adu Du
- Probe
- Bago Go
- Ejo Jo
- Lima Panglima Scammer (imbas kembali)
- BoBoiBot
- BoBoiBot Halilintar
- BoBoiBot Taufan
- BoBoiBot Gempa
- BoBoiBot Air (Kemunculan sulung)
- Kapten Kaizo (Kemunculan sulung)
Trivia[]
- Lelaki yang tidak dikenali dalam episod ini membuat kemunculannya yang utama dalam Musim 3, Episod 24. Nama beliau dinyatakan sebagai Kapten Kaizo.
- Bunyi dan bunga api elektrik yang berasal dari tiang elektrik disebabkan oleh banjir yang disebabkan oleh BoBoiBot Air hanya ditunjukkan dalam versi TV3, bukan dalam versi YouTube.
- Ia menerangkan bagaimana BoBoiBoy Air cari tahu kelemahan BoBoiBot, dan mengalahkannya dengan menggunakan "Belut Air Halilintar".
- Majalah komik BoBoiBoy #53 tersedia pada 5 Oktober 2016.
- VCD Papa Zola berharga 150USD, yang berharga RM600, yang paling mungkin untuk membeli melalui membeli-belah dalam talian.
- Apabila kamera beralih ke BoBoiBoy Air sementara Papa Zola berbisik di Tok Aba, mereka hilang selama satu milisaat, rumah-rumah, serta pokok-pokok dan langit bergerak ke kiri.
- Nama "Super Ejo Jojojo" milik Ejo Jo ialah serupa dengan nama "Super Adu Dudududu" milik Adu Du.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Bangkit BoBoiBoy Air
Video[]
|