BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Bahagia Bersama BoBoiBot merupakan episod kelapan belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy. Ia disiarkan di TV3 pada 18 Jun 2015.

Plot[]

Di Pulau Rintis, kedengaran siren kereta polis yang sedang mengejar Tiga Rob di dalam sut perisai Robot Pango sedang berguling cuba melarikan diri daripada pihak polis tersebut kerana telah mencuri semua burger daripada seluruh gerai burger di Pulau Rintis termasuklah gerai Pakcik Mat/Burgerman. Setelah itu, kelihatan BoBoiBoy Taufan turut mengikuti aksi kejar-mengejar tersebut yang membuatkan Tiga Rob berasa panik, kemudian si ketua, Roberto Santana memberikan cadangan untuk menggunakan kuasa kelajuan maksima, tetapi Robert membantah dan mengingatkan bosnya bahawa enjin Robot Pango sudah tidak stabil selepas mereka dibelasah oleh BoBoiBoy dalam pertarungan pada tempoh hari dan tindakan itu boleh menyebabkan robot tersebut meletup, tetapi si ketua tetap berdegil lalu menggulingkan Robot Pango kepada kelajuan maksima. Ia tidak memberikan pilihan kepada BoBoiBoy Taufan selain bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu menggunakan teknik Gerakan Kilat untuk mengejar mereka. Akhirnya, BoBoiBoy Halilintar tidak dapat menjumpai Robot Pango kerana bersembunyi mengakibatkan Robot Pango terlepas di kawasan perumahan, namun disebabkan oleh perasaan yang gembira, ianya menyebabkan tempat persembunyian mereka dijumpai oleh anggota polis yang terlihat mereka dan sekali lagi aksi kejar-mengejar diteruskan.

Itu Adu Du, Kokomander Koko!

Kemunculan Adu Du/Kokomander Koko.

Namun, Tiga Rob terkejut melihat Adu Du/Kokomander Koko yang cuba menghalang mereka dengan berdiri di hujung lorong kawasan perumahan tersebut lalu berasa hairan dengan Adu Du kerana kejadian kecurian burger ini adalah arahan daripadanya. Adu Du pun memulakan sandiwaranya yang cuba menyakinkan pihak polis dengan dia berada di pihak mereka dan memanggil Tiga Rob itu dengan panggilan "durjana" yang membuatkan mereka bertiga berasa geram akan Adu Du yang sering mempergunakan mereka dan cuba melenyekkannya. Walau bagaimanapun, BoBoiBot muncul dan bertukar menjadi BoBoiBot Api dan menyerang Robot Pango dengan serangan Bebola Api 2.0 yang menyebabkan Tiga Rob tercampak keluar dari dalam Robot Pango dan berguling masuk ke trak polis.

Setelah itu, pihak polis dan penduduk Pulau Rintis memuji Adu Du dan BoBoiBot atas pertolongan mereka, Roberto Santana yang pening kepala mula sedar dan marah terhadap Adu Du yang mempergunakan dirinya serta meminta mereka menangkapnya, namun ianya tidak diendahkan pihak polis. Kemudiannya, BoBoiBoy Halilintar pun sampai ke tempat tersebut dalam keadaan kepenatan lalu Adu Du dan BoBoiBot mula memerli BoBoiBoy atas kelambatannya dan ianya menyebabkan BoBoiBoy berasa amat geram terhadap mereka namun, Adu Du mengugutnya apakah dia ingin bertukar menjadi BoBoiBoy Api. Hal itu tidak memberikan pilihan kepada BoBoiBoy lalu terus mengawal perasaannya. Setelah itu, BoBoiBot memberitahu kepada Adu Du yang sudah tiba masanya untuk mereka pulang ke markas kotaknya. Lalu, mereka pun terus pulang.

Pada masa yang sama, di Markas Kotak kelihatan Probe sedang membersihkan markas tersebut, namun ianya menjadi kotor semula apabila BoBoiBot mendarat di situ. Setelah mendarat, Adu Du kelihatan marah terhadap Probe kerana markasnya kotor dan dipenuhi banyak habuk yang dibawa oleh BoBoiBot lalu Probe mengacu semula pertanyaan bosnya yang markasnya sudah bersih, tetapi tiba-tiba BoBoiBot teleport di depan Adu Du dan menawarkan dirinya untuk membershikan kawasan markas itu, lalu terus bertukar menjadi BoBoiBot Taufan dan membersihkan markas tersebut untuk menarik perhatian bosnya. Dan akhirnya, Adu Du memuji BoBoiBot sebagai robot terbaiknya yang membuatkan Probe berasa cemburu dan cuba sabotaj BoBoiBot dengan menawarkan air untuk diminum, tetapi gagal. Lalu BoBoiBot dan Adu Du mula meninggalkan markas kotak untuk mencari orang yang boleh ditolong demi untuk membuatkan orang lebih sukakan BoBoiBot.

Setelah itu, kelihatan Cikgu Papa Zola berada di padang sekolah yang sedang menuju ke stor sukan untuk memulakan sesi pendidikan jasmani, tetapi Cikgu Papa dikejutkan oleh BoBoiBoy lalu terjatuh dihadapannya. Tujuan BoBoiBoy berjumpa dengan Cikgu Papa adalah untuk meminta maaf atas kejadian kebakaran tempoh hari dan kemaafannya diterima oleh Cikgu Papa. Seterusnya, BoBoiBoy menawarkan dirinya untuk menolong Cikgu Papa membersihkan dan membaik pulih stor sukan namun ditolak olehnya kerana BoBoiBot sudah muncul lebih awal dan menolong Cikgu Papa. Kemudian, BoBoiBot menunjukkan stor sukan yang baru kepada Cikgu Papa. Kekemasan stor sukan yang baru telah menyebabkan Cikgu Papa berasa kagum dan teruja. Adu Du yang berada di situ juga mula memerli BoBoiBoy dengan mengatakan bahawa BoBoiBot adalah jauh lebih baik daripada dirinya dengan menunjukkan perbandingan kepopularitian antara BoBoiBoy dan BoBoiBot di android-nya. Hal ini menyebabkan BoBoiBoy berasa sangat marah dan mula mengeluarkan kuasa api ditangannya tetapi sempat dihentikan oleh Cikgu Papa dan keadaan kembali reda. Hal ini menyebabkan Cikgu Papa berasa geram terhadap BoBoiBoy dan Adu Du yang bermula antara konflik mereka berdua. Cikgu Papa mencadangkan jalan penyelesaian atas masalah mereka dengan membuat satu pertandingan iaitu Pertandingan Populariti Perwira Pulau Rintis (P.P.P.P.R) dan mereka berdua bersetuju.

Setelah pertandingan itu dimulakan, program TV P.P.P.P.R ditayangkan yang memperlihatkan Papa Zola dan isterinya Mama Zila yang menonton rancangan itu berasa bangga dengan suaminya. Papa Zola dan Ravi J. Jambul sebagai hos dan acara pertama dimulakan dengan:

  • BoBoiBoy Halilintar dengan pantas memadam papan putih dan mendapat 20 markah atas usahanya, namun ditentang hebat oleh BoBoiBot dengan memadam 5 papan putih, mengelap tingkap dan membersihkan rak buku dan mendapat 50 markah.
SMPR

Sekolah Menengah Pulau Rintis.

  • Kemudian BoBoiBoy yang gusar bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan dan membersihkan bilik darjah dalam sekelip mata dan mendapat 50 markah, akan tetapi BoBoiBot mula menandinginya dengan menjadi BoBoiBot Taufan dan mengeluarkan Bola Taufan 2.0 yang membesar menjadi puting beliung lalu mula membersihkan kawasan padang, seluruh kawasan sekolah termasuklah sekolah yang disebelah dan mendapat 60 markah.
  • Pertandingan bertambah sengit dengan BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dan mula membantu Makcik Kantin menguruskan kantin secara serentak dan mendapat 50 markah namun keputusannya lebih memihak kepada BoBoiBot dengan berpecah kepada tiga dan membantu bukan setakat Makcik Kantin, bahkan termasuk juga Pakcik Kantin dan Anak Kantin dan mendapat 150 markah.
  • Seterusnya, BoBoiBoy membantu orang melintas jalan namun, BoBoiBot membina jejantas yang diperbuat daripada logam untuk memudahkan orang melintas jalan.
  • BoBoiBoy membantu kucing yang tersangkut di pokok tetapi, BoBoiBot menolong ikan paus daripada pupus.

Seminggu kemudian, BoBoiBoy dan Ochobot sedang menonton televisyen dan ingin mengetahui keputusan P.P.P.P.R.. Namun, jelas sekali pertandingan itu tidak lain tidak bukan telah dimenangi oleh BoBoiBot! Perkara itu membuatkan Cikgu Papa mula menyukai BoBoiBot sehinggakan BoBoiBot dianggap anak muridnya yang baru lalu menyebabkan BoBoiBoy terasa malas untuk menonton dan terus menutup televisyen. Sejurus berita itu, Gopal menelefon dan memberitahukan tentang populariti BoBoiBot lalu Ochobot meminta Gopal datang dan bermain permainan video bersama BoBoiBoy untuk menghiburkan hati mereka, namun Gopal menolaknya dan cuba mencari alasan tetapi secara tiba-tiba BoBoiBot muncul di hadapan skrin yang membuatkan BoBoiBoy bertambah marah akan Gopal yang ingin bermain dengan BoBoiBot dan bukannya dia lalu terus memutuskan talian dan memasuki biliknya dengan perasaan yang kecewa.

Di rumah Gopal, Pakcik Kumar memuji BoBoiBot telah membaiki bumbung rumahnya yang disebabkan kerosakan oleh Mama Zila dan menyiapkan kerja sekolah Gopal tetapi dirahsiakan oleh Gopal kerana tidak ingin perkara ini tidak diketahui oleh bapanya. Seterusnya, Pakcik Kumar berterima kasih kerana memberikan perkhidmatan perwira secara percuma, tetapi perkataan "percuma" itu dibidas semula oleh BoBoiBoy kerana perkhidmatannya bukannya percuma lalu mengeluarkan resit pembayarannya serta memaksa mereka untuk membayarnya namun Pakcik Kumar dan Gopal berkeras untuk tidak membayarnya lalu perkara itu menyebabkan BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api dan menyerang mereka.

BoBoiBoy yang termenung pada waktu hujan menyebabkan dia tidak mahu makan dan mengendahkan permintaan Ochobot supaya makan lalu menerima panggilan sekali lagi daripada Gopal. Pada mulanya BoBoiBoy begitu malas melayannya, tetapi ia adalah satu panggilan kecemasan daripadanya iaitu BoBoiBot Api mengamuk di rumahnya kerana keengganan Gopal dan Pakcik Kumar membayar perkhidmatannya, lalu BoBoiBoy mendapat tiga lagi panggilan kecemasan secara serentak daripada Yaya, Ying dan Fang yang mengatakan Adu Du telah menjalankan rancangan sebenarnya yang menunjukkan Adu Du dan BoBoiBot memaksa orang menggunakan perkhidmatannya dan membayar sehingga mencecah beribu ringgit. Telah ramai penduduk Pulau Rintis terkena dengan rancangan Adu Du. Setelah itu, BoBoiBoy bersependapat yang dia harus melakukan sesuatu untuk menghalang rancangan Adu Du, tak lama itu Probe muncul di hadapan tingkap biliknya dengan mengenakan pakaian ala-ala inspektor dan bermisai untuk menyembunyikan identiti namun gagal kerana Ochobot dan BoBoiBoy mengenalinya, kemudian dia menawarkan pertolongan dan maklumat tentang kelemahan BoBoiBot.

2 minggu kemudian, Adu Du dan BoBoiBot sedang memungut duit perkhidmatan perwira BoBoiBot di tanah lapang, Adu Du dengan senang hati dengan duit tersebut diganggu oleh BoBoiBoy yang memanggil-manggil namanya, Adu Du lebih senang hati melihat kehadiran BoBoiBoy lalu BoBoiBoy meminta supaya menghentikan perbuatannya namun tidak diendahkan oleh Adu Du. Lalu dia memaksa perasaan marah BoBoiBoy untuk menghentikan perbuatannya dan BoBoiBoy dengan perasaan tenang dan yakin mula mengumpulkan elemen air yang ada di sekelilingnya, ikon jam kuasanya bertukar menjadi ikon air, gelembung air berkumpul di seluruh badannya dan membentuk kubah air lalu BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Air!

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini merupakan kemunculan pertama BoBoiBoy Air.
  • Untuk kali pertamanya, Probe membantu BoBoiBoy dengan memberitahunya tentang kelemahan BoBoiBot. Hal ini kerana Probe merasakan dia disisihkan oleh tuannya Adu Du selepas BoBoiBot dicipta.
  • Ia ditunjukkan bahawa BoBoiBot boleh bertukar menjadi empat variasi elemen, sama seperti BoBoiBoy.
  • Episod ini merupakan kemunculan ketiga Robot Pango dan kemunculan kedua Mama Zila.
  • Episod ini merupakan kali pertama di mana Ravi J. Jambul tidak mengatakan slogannya, "Di mana ada bahaya, di situ ada saya" di akhir siaran televisyen. Ia juga wajar kerana siaran di televisyen dalam episod ini bukan mengenai serangan makhluk asing.

Galeri[]

Video[]

Advertisement