BoBoiBot Bersedia merupakan episod ketujuh belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 7 Jun 2015.
Ringkasan[]
BoBoiBoy bertemu dengan BoBoiBot pada kali pertama.
Plot[]
Di Markas Kotak, Adu Du mengarahkan Probe untuk menjalankan ujian terakhir ke atas BoBoiBot. Lalu Probe bertukar menjadi Mega Probe dan menembak BoBoiBot secara bertalu-talu. Dengan pantas, BoBoiBot terbang ke atas dan menyerang balas Probe dengan Keris Petir 2.0 yang menumbangkan Mega Probe dengan mudah. Lalu dengan senang hati Adu Du memuji kehebatan BoBoiBot dan telah bersiap sedia untuk mengalahkan BoBoiBoy. Tetapi, pujian yang tuannya berikan itu menimbulkan rasa cemburu dan iri hati terhadap BoBoiBot kerana tangapan Adu Du bahawa dia adalah robot terbaik Adu Du.
Sementara itu di Sekolah Rendah Pulau Rintis, BoBoiBoy berjalan ke kelas dalam keadaan yang lemah. Sampai sahaja BoBoiBoy di hadapan pintu kelas, Gopal, Ying, dan Yaya mengucapkan selamat pagi kepada BoBoiBoy lalu BoBoiBoy membalas semula tetapi dengan suara yang lemah kerana dia terasa letih dan tidak dapat tidur nyenyak pada semalamnya kerana asyik tertukar menjadi BoBoiBoy Api, namun dihentikan oleh Ochobot dengan menyiram sebaldi air sehingga lima kali pada malam itu.
Ying menasihatinya agar bersabar dan jangan tertekan sangat. Jika tidak, BoBoiBoy tidak akan dapat mengawal kuasa api. Tetapi BoBoiBoy masih dihantui dengan kesalahannya tentang kes kebakaran yang dilakukan olehnya. Yaya bersependapat bahawa itu bukanlah salah BoBoiBoy. Tapi BoBoiBoy membantah kerana jika bukan salah dia, siapa pula yang bersalah. Tiba-tiba, Cikgu Papa muncul dan bertanya menyoalnya panjang-panjang. Renungan Cikgu Papa membuatkan BoBoiBoy berasa takut untuk memberitahu kepadanya. Mujur Yaya menamatkan mereka dengan mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu Papa. Lalu BoBoiBoy mengucapkan terima kasih kepada Yaya.
Lalu, Cikgu Papa memberitahu kepada anak-anak muridnya di dalam kelas, oleh kerana padang sekolah telah hangus terbakar, Papa Zola menggantikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dengan...! Namun belum selesai Cikgu Papa habis bercakap, Gopal mencelah dengan mencadangkan supaya diganti dengan kelas berehat di kantin, lalu disusuli oleh Fang yang juga mencadangkan kelas goyang kaki. Maka kedua-duanya dihukum mengangkat meja dan berdiri dia luar kelas.
Cikgu Papa menyambung percakapannya, kelas Pendidikan Jasmani akan digantikan dengan mata pelajaran matematik yang akan diadakan 10 kali seminggu. Maka semua pelajar menjerit "Tidak!" kecuali Yaya dan Ying yang gembira apabila mendengar tentang perkara itu. Sebelum Cikgu Papa menyambung lagi percakapannya, terlebih dahulu Papa menanya kepada anak-anak muridnya tentang kertas-kertas ujian yang telah terbakar pada tempoh hari. Dan, akhirnya Cikgu Papa berkata kepada anak-anak muridnya untuk duduki kertas ujian peperiksaan Matematik semula! Sekali-kali pelajar-pelajar yang lain menjerit, manakala Yaya dan Ying bertambah gembira.
Ketika dalam perjalanan pulang, mereka semua mengeluh tentang perbezaan soalan ujian yang tadinya dengan soalan ujian yang terbakar beberapa hari yang lalu kerana soalan kali ini lebih susah. Tiba-tiba sehelai kertas melayang ke arah muka Gopal dan melihat itu adalah sebuah poster. Kandungan poster itu menyatakan tetang identiti sebenar Si Penjenayah Api yang dibuat oleh Adu Du lalu mereka terdengar suara Probe yang mengajak semua penduduk Pulau Rintis untuk pergi ke tanah lapang sekitar pukul dua petang.
Sementara di lapangan, penduduk Pulau Rintis telah pun berkumpul dan mencari Adu Du untuk mempercepatkan pendedahan tersebut, namun Probe mengatakan bahawa mereka menunggu VIP dahulu iaitu BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang telah pun sampai dan acara pun telah dimulakan. Setelah Adu Du muncul, Adu Du mula mengatakan bahawa BoBoiBoy adalah Si Penjenayah Api itu, akan tetapi semua penduduk tidak percaya dan menginginkan bukti yang kukuh. Adu Du pun menunjukkan pertunjukkan slaid sebagai bukti dan mempertayangkan video BoBoiBoy sebagai BoBoiBoy Api yang memulakan kebakaran dan menyerang kawan-kawannya.
Setelah semua penduduk menyaksikan video yang ditayangkan oleh Adu Du, mereka berasa sungguh terkejut dan mula memandang BoBoiBoy dengan pandangan yang tajam. Maka BoBoiBoy berasa pasrah dan mengakui kesalahannya serta meminta maaf. Adu Du pun bersandiwara sekali lagi dengan mengatakan BoBoiBoy terlalu penat dan sedang mengalami tekanan yang menyebabkan BoBoiBoy Api muncul dengan nada kasihan. Dengan senang hati, Adu Du mengesyorkan hero yang baru kepada semua penduduk. Ying menyangka Adu Du ialah hero baru itu, rupanya bukan. Lantas Adu Du menyeru nama hero baru, dan muncullah BoBoiBot!
Kemudiannya, Adu Du memperkenalkan BoBoiBot yang lebih hebat daripada BoBoiBoy dan mampu menjaga keselamatan semua penduduk Pulau Rintis. Ia membuatkan Fang berasa sangat marah dan terus menyeru Harimau Bayang dan ia meluru ke arah Adu Du dengan serangan Cakaran Bayang. Namun, BoBoiBot menghalangnya dengan menjelmakan Tanah Pelindung 2.0 dan menyerang balas dengan serangan Keris Petir 2.0 dan melontarkannya ke arah Harimau Bayang milik Fang.
Kemudian, Gopal bercakap besar dengan menyatakan bahawa dia boleh menukarkan BoBoiBot menjadi makanan. Tetapi Adu Du dengan mudahnya mengalu-alukan Gopal untuk berbuat demikian. Gopal menganggap itu adalah cabaran daripada Adu Du, lalu Gopal pun segera menggunakan kuasanya untuk menyerang BoBoiBot iaitu dengan beberapa das Tembakan Makanan.
Kemudian BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Taufan dan menghasilkan Kokun Angin 2.0 yang membuatkan semua bola tukaran molekul terbang ke seluruh arah, dan menyababkan menukar kereta Cikgu Papa Zola. Kejadian itu menimbulkan rasa marah Papa Zola terhadap Gopal sehingga dia mengejarnya. Probe dengan lantasnya memberitahu yang kononnya seorang cikgu memerlukan bantuan. Setelah mendapat arahan lanjut, BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Halilintar lalu memecut dengan laju untuk mengejar Papa Zola dan Gopal. Papa Zola yang menyedari akan kehadiran BoBoiBot segera melarikan diri, dan disusuli dengan Gopal.
Namun, BoBoiBoy menghalangnya dengan menjelmakan Tanah Pelindung yang menghentikan serangan BoBoiBot Halilintar, tetapi BoBoiBot Halilintar tidak berputus asa lalu menyerang Tanah Pelindung milik BoBoiBoy dengan Tetakan Halilintar 2.0 dan menyebabkan BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola tercampak lalu berjaya menangkap Gopal. Adu Du pun bercakap untuk menambah keyakinan penduduk Pulau Rintis tentang khidmat superhero BoBoiBot.
BoBoiBot mendapat arahan selanjutnya dari Adu Du supaya menambahkan lagi kemarahan BoBoiBoy. Dengan itu, BoBoiBoy diperli oleh BoBoiBot kerana terlalu perlahan dalam membuat tugas. Hal itu membuatkan BoBoiBoy terasa seakan-akan terhina, yang bercampur dengan rasa marah lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan mengeluarkan Golem Tanah. Dengan segera, BoBoiBoy menggunakan serangan Tumbukan Pemenyek dari Golem Tanah untuk menyerang BoBoiBot.
Kemudian, BoBoiBot Halilintar bertukar menjadi BoBoiBot Gempa dan mengeluarkan Golem Tanah 2.0 dan mula beradu kekuatan, tetapi tampaknya Golem Tanah milik BoBoiBoy Gempa amatlah lemah dan Golem Tanah dia hancur diserang musuhnya. BoBoiBoy mula berasa sangat tertekan dan dia akan bertukar menjadi BoBoiBoy Api. Kemudian, Adu Du memerintahkan BoBoiBot untuk menambahkan lagi perasaan tertekan BoBoiBoy dengan mengatakan bahawa dia "lebih terbaik" daripada BoBoiBoy dan akhirnya BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Api. Lantas dia terus menyerang Adu Du dan Probe dengan serangan Bebola Api.
Lalu Adu Du bersandiwara dengan mengarahkan BoBoiBot untuk menyelamatkan semua penduduk di Pulau Rintis kerana BoBoiBoy telah hilang kawalan. Kemudian, BoBoiBoy Api menyerang BoBoiBot dengan Bebola Api secara bertalu-talu. Tetapi, serangannya menjadi tidak terkawal, jadi Bebola Api dilontarkannya ke segala arah, sehingga hampir terkena semua penduduk sekitar. Kemudian, BoBoiBoy Api menghancurkan BoBoiBot dengan Gegelung Api pula dan ia berhasil melilit BoBoiBot, maka BoBoiBoy Api menambahkan kehancuran BoBoiBot dengan menggunakan Pemanasan Maksima, lalu semua penduduk juga dapat terasa bahangnya.
Cubaan BoBoiBoy Api tidak berhasil apabila BoBoiBot bertukar menjadi "BoBoiBot Api 2.0", membuatkan BoBoiBoy Api berasa terkejut. Lantas BoBoiBot Api mengeluarkan Bebola Api 2.0 yang lebih besar daripada versi BoBoiBoy Api. Serangan itu memberikan kesan terhadap BoBoiBoy sehingga dia bertukar menjadi biasa semula. Oleh kerana terlalu panas, Adu Du mengarahkan BoBoiBot untuk mengawal kepanasannya dan arahannya diterima setelah mengawal kuasa apinya.
BoBoiBot ingin menyerang BoBoiBoy, namun dihentikan oleh Adu Du dan arahan diterimanya sekali lagi. BoBoiBoy yang menganggap dia akan kalah bertanya kepada Adu Du mengapa disuruh berhenti, lalu Adu Du menjawab dia hanya ingin menunjukkan BoBoiBot adalah lebih selamat berbanding dengan BoBoiBoy. Dan akhirnya, penduduk Pulau Rintis mengambil keputusan untuk mengistiharkan BoBoiBot sebagai superhero baru yang akan menggantikan BoBoiBoy.
Watak[]
- BoBoiBoy
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Fang
- Ochobot (imbas kembali)
- Papa Zola
- Pakcik Kumar
- Pakcik Mat
- Makcik Kantin
- Adu Du
- Probe
- Mega Probe (sampingan)
- BoBoiBot
- BoBoiBot Halilintar (Kemunculan sulung)
- BoBoiBot Taufan (Kemunculan sulung)
- BoBoiBot Gempa (Kemunculan sulung)
- BoBoiBot Api (Kemunculan sulung)
Trivia[]
- Episod dimuat naik 1 hari sebelum ulang tahun ke-14 BoBoiBoy.
- Ini kali ketiga BoBoiBoy Api tidak dapat mengawal kuasanya.
- Ini merupakan kemunculan pertama pengaktifan BoBoiBot. Dia dilihat masih dalam pembinaan dalam Musim 3, Episod 14.
- BoBoiBot mempunyai kuasa yang sama seperti BoBoiBoy, tetapi dia menambah nama 2.0 selepas setiap langkah untuk menunjukkan versi yang lebih baru dan lebih baik.
- Ini merupakan episod ketiga di mana Adu Du dan Probe merancang rancangan yang jahat untuk memberi kesan dalam kehidupan BoBoiBoy. Yang pertama ialah Musim 1, Episod 10 dan kedua ialah Musim 2, Episod 9. Tidak seperti kedua-dua episod sebelumnya, mereka berjaya memberinya kesan kepada BoBoiBoy.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar BoBoiBot Bersedia
Video[]
|