Bahaya BoBoiBoy Api! merupakan episod keenam belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 29 Mac 2015.
Ringkasan[]
Ia menunjukkan bahawa Yaya, Ying, Fang, Gopal, Tok Aba, dan Ochobot cuba meletakkan BoBoiBoy ke tempat tidur dan mengawal BoBoiBoy Api kerana dia sudah tidak dapat dikawal lagi, dan ia berlaku pertarungan antara BoBoiBoy Api dan Fang.
Plot[]
Meneruskan episod sebelumnya, BoBoiBoy menyalahkan dirinya tentang kemalangan kebakaran yang termasuk dirinya sebagai suspek. Adu Du menyuruhnya untuk mengingati masa lalunya dan mengakui dirinya sebagai Penjenayah Api itu. Rakan-rakannya malah membidas pernyataan Adu Du yang mengada-adakan cerita palsu dan mencemarkan nama baik BoBoiBoy. Tetapi, Adu Du menyuruh mereka melihat sendiri BoBoiBoy Api pada waktu larut malam. Kemudian, Yaya mencadangkan satu idea yang bagus untuk mengetahuinya. Di rumah Tok Aba, apabila Ochobot mengimbas BoBoiBoy, dia mendapati ada kesan anomaly kuasa, tetapi dia tidak pasti kuasa apakah itu. Sementara itu, Gopal menyalahkan kawan baiknya kerana tidak memberitahu hal ini kepadanya, tetapi BoBoiBoy tidak tahu apa-apa tentang kuasa barunya. Pembelajaran kegagalan, wira perlu menunggu waktu malam untuk mengetahui tentang kewujudan BoBoiBoy Api. Tok Aba juga menasihati cucunya untuk belajar mengawal kuasa api kerana bimbang dia bermain dengan api.
Pada waktu malam di Markas Kotak, Adu Du dilihat sedang menyiapkan BoBoiBot. Kemudian, dia memanggil Probe untuk memberikan sampel kuasa-kuasa BoBoiBoy untuk dimasukkan ke dalam robot barunya. Dia memasukkan semua kuasa yang perlu dan tinggal kuasa api sahaja lagi sebagai pelengkap.
Pada malam itu, bertempat di padang bola sepak Sekolah Rendah Pulau Rintis, BoBoiBoy sedang cuba tidur tetapi agak sukar malah dia merungut tentang tempat tidurnya yang berada di tengah-tengah padang sekolah. Kata Gopal, tidak akan ada apa-apa yang boleh terbakar jika kuasa api BoBoiBoy keluar. Mereka mencuba banyak cara untuk memudahkan dia tidur: Ying menolak BoBoiBoy mengelilingi katil bersamaan 1000 km/jam pada masa yang singkat, tetapi ianya hanya membuatkan BoBoiBoy penat dan lagi sukar untuk tidur, lalu Yaya mencadangkan BoBoiBoy untuk makan supaya mudah tidur dan menawarkan biskutnya malah ditolak kerana terlalu kenyang, begitu juga dengan Gopal, Ying dan Fang. Dengan rasa kecewa Yaya menawarkan biskutnya kepada Ochobot, malah Ochobot menolak kerana robot tidak perlu makan.
Kemudian, Gopal menyanyikan lagu tidur kepada BoBoiBoy tetapi Ying menanya "Haiya! Apa punya lagu ni?!", lalu giliran Fang pula untuk menyanyikan lagu (Fang menyanyikan lagu tidur dalam bahasa Mandarin dan juga tidak masuk akal), tetapi membuatkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya rasa meluat, disebabkan maksud lagunya:
BoBoiBoy sudah letih
Jadi tutup matamu dan tidur
Ia baik untuk kesihatanmu untuk tidur awal
BoBoiBoy adalah bayi baik...
Kemudiannya, Tok Aba mencadangkan supaya dia membaca buku cerita khas untuk cucunya, lalu dia terus membaca cerita mengenai "Sejarah Penubuhan Kedai Kokotiam Tok Aba": Pada tahun 1997, Encik Aba berhasrat untuk membuka bisnes restorannya sendiri... Cerita ini telah membuatkan semua adiwira tertidur. Dalam tidur BoBoiBoy, dia mula bermimpi buruk dan menukarkan dirinya kepada BoBoiBoy Api dan membuka kunci kuasa barunya. Kekuatannya membangunkan semua sahabatnya. Secara tiba-tiba, dari perasaan marah bertukar menjadi orang yang ceria dan baik kepada semua sahabatnya. Yaya bertanya mengapakah dia melakukan semua kebakaran di kawasan Pulau Rintis, tetapi BoBoiBoy Api menceritakan sebuah kisah tentang kemalangan api:
- Di reban ayam Makcik Kantin, dia menunjukkan pertunjukan bebola api kepada ayam-ayam itu. Selepas mempersembahkannya, secara tidak sengaja dia telah menjatuhkan sebiji Bebola Api lalu ia membakar reban ayam itu.
- Seterusnya, ketika di Stor Kebenaran, BoBoiBoy Api tidak sabar untuk mengetahui keputusan ujian matematik, tetapi secara tidak sengaja dia menyentuh pintu stor dan menyebabkan kebakaran lalu melarikan diri dari situ.
- Selanjutnya, pada malam itu BoBoiBoy Api berjalan keseorangan sehinggalah dia terlihat gerai aiskrim Pakcik Kumar lalu dia mencampakkan Bebola Api dan ia bergolek dan membakar pokok yang berdekatan lalu apinya menjalar sampai membakar gerai Pakcik Kumar.
- Malam berikutnya di stor sukan sekolah, BoBoiBoy Api berasa teruja apabila dia melihat pelbagai alatan sukan dan memilihnya sehingga dia terpegang Bebola Api kemudian mencampakkannya ke belakang lalu ia membakar seluruh stor sukan.
BoBoiBoy Api juga berkata bahawa dia berasa bosan dan tertekan mengenai kerjanya sebagai superhero dan pelajar. Kemudian, Gopal bersependapat bahawa BoBoiBoy Halilintar muncul kerana terlalu marah, BoBoiBoy Taufan muncul kerana gelak tidak henti-henti, dan BoBoiBoy Gempa muncul kerana ingin mempertahankan kawan-kawannya. Jadi, BoBoiBoy Api pula muncul kerana tertekan sangat. Yaya meminta supaya dia kembali kepada biasa tetapi dia tidak termakan kerana dia hanya mahu melepaskan tekanan sahaja.
Oleh itu, Gopal menggunakan pemadam api untuk meredahkan kemarahnnya tetapi perbuatan itu hanya menambahkan kemarahannya lalu dia menyerang Gopal berulang-ulang kali dengan Serangan Bebola Api, lalu Fang melindungi Gopal dengan Kokun Bayang. Fang bertanyakan apakah masalahnya, tetapi dia membalas merekalah yang cari gaduh dahulu. BoBoiBoy Api kemudiannya menghasilkan Bola Tampar Berapi lalu menampar ke arah Fang. Fang segera menghasilkan Tusukan Jari Bayang untuk menghalang daripada mencederakan sesiapa. Dengan ini, Fang menyangka yang dia telah berjaya, tetapi...
BoBoiBoy Api telah berada di belakangnya dan segera melancarkan Serangan Bebola Api, Bertalu-talu ke arah mereka lalu Fang melindungi dirinya dan Ying memperlahankan masa untuk melindungi semua wira, tetapi gagal kerana Ying mempunyai masa yang terhad. BoBoiBoy Api ternampak Gopal bangun lalu menyerangnya dengan serangan Sepakan Penalti Bebola Api, tetapi Gopal menukarkannya menjadi cekodok pisang yang panas dan menyebabkan Gopal tidak tahan untuk memegangnya lalu akhirnya dia menelan dengan gaya yang terbaik dan membuatkan BoBoiBoy Api berasa kagum dan teruja.
Fang menjelmakan Harimau Bayang untuk melompat ke dalam Gegelung Api untuk membuat BoBoiBoy lebih gembira. Fang menukarkan Harimau Bayang kepada Helang Bayang lalu terbang ke arah Lingkaran Api yang berganda di udara. Gopal juga membaling botol-botol kosong dan menukarkannya menjadi ayam goreng dan Ying pula memperlahankan masa di dalam kubah yang kecil. Tiba-tiba, datangnya Adu Du dan Probe yang menyerang sahabat-sahabat BoBoiBoy.
Masa yang diperlahankan oleh Ying terus terbatal apabila diserang Mega Probe. BoBoiBoy Api yang terlihat perkara itu membuatkan dia berasa sangat marah lalu menjelmakan bebola api yang besar dan melontarkannya ke arah Adu Du dan Mega Probe. Mega Probe cuba menahannya, tetapi tidak berjaya malah mereka terpelanting ke langit. BoBoiBoy Api jatuh ke tanah lalu kembali kepada biasa semula. Fang memberitahunya tentang kuasa barunya.
Sekembalinya Adu Du dan Probe ke Markas Kotak, Adu Du mengambil sampel kuasa api dari kepala Probe dan memasukkannya ke dalam BoBoiBot. Kemudian, Adu Du menjerit "Tunggulah kemunculan BoBoiBot!" dengan hati yang gelakannya yang begitu licik sekali.
Keesokan harinya di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Papa Zola dengan hati yang gembira membawa alatan-alatan sukan yang baru menuju ke padang. Tetapi, kegembiraannya terhenti apabila dia melihat keadaan padang sekolah yang hangus terbakar.
Watak[]
- BoBoiBoy
- BoBoiBoy Halilintar (imbas kembali)
- BoBoiBoy Taufan (imbas kembali)
- BoBoiBoy Gempa (imbas kembali)
- BoBoiBoy Api
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Fang
- Tok Aba
- Ochobot
- Adu Du
- Probe
- BoBoiBot (sampingan)
Trivia[]
- Ini menunjukkan kali pertama Fang bermain gitar.
- Ini merupakan episod ketiga di mana pertarungan dimula dengan menggunakan kuasa antara BoBoiBoy dan Fang. Yang pertama ialah Musim 2, Episod 2 dan kedua ialah Musim 2, Episod 3.
- Ia didedahkan bahawa Tok Aba menubuhkan kedai kokonya pada tahun 1967.
- Ini menandakan kali kedua Fang bercakap dalam bahasa Cina. Yang pertama ialah Selamat Tahun Baru Cina 2015, ketiga ialah Selamat Tahun Baru Cina 2016, keempat ialah BoBoiBoy: The Movie dan kelima ialah BoBoiBoy Galaxy: Gong Xi Fa Cai! 恭喜发财!新年快乐!.
- Ini menandakan kali kedua seseorang selain Gopal mengatakan bahawa dia adalah kawan baik BoBoiBoy.
- Ini juga menandakan kali pertama BoBoiBoy memanggil Gopal sebagai kawan baiknya.
- Terdapat kesilapan dalam episod ini. Apabila BoBoiBoy tersedar selepas bertarung dengan Adu Du dan Mega Probe, pada 19:32 topinya berubah menjadi merah dan tidak mempunyai bintik-bintik kuning. Warna topinya berubah menjadi jingga semula dalam babak seterusnya.
- Semasa BoBoiBoy baring di atas katil dan Tok Aba membacakan bukunya, BoBoiBoy memakai kasut, tetapi dalam adegan seterusnya apabila kuasa api keluar dia tidak memakainya.
- Babak di mana Gopal menyembur ke arah BoBoiBoy Api dengan pemadam api sehingga membuatnya naik berang ialah serupa dengan babak di mana Gopal memukul kepala BoBoiBoy Halilintar dengan kuali leper untuk cuba membuat ingatannya pulih semula sehingga menyerangnya dalam Musim 1, Episod 6.
Video[]
|