Misteri Penjenayah Api merupakan episod kelima belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 dan MNCTV pada 1 Februari 2015.
Plot[]
Episod dimulakan dengan babak di mana Adu Du dan Probe terjumpa dengan satu lembaga misteri yang menyerang mereka dengan kuasa api di sebuah pembentung.
Dua hari sebelumnya di warung Tok Aba, Ying, Yaya dan Gopal sedang menonton siri animasi "Detektif Konon" di televisyen sementara Tok Aba dan Ochobot bekerja. Gopal teruja sekali menonton anime itu dan lantang meluahkan hasrat untuk mencontohi Detektif Konon.
Tiba-tiba, keluarnya berita tergempar di mana Ravi J. Jambul sedang membuat liputan kejadian kebakaran di lima tempat yang berasingan dalam waktu berdekatan. Salah satu di antaranya adalah Sekolah Rendah Pulau Rintis, di mana stor tempat menyimpan kertas jawapan matematik yang telah dijawab oleh murid-murid Cikgu Papa Zola sudah pun terbakar. Gopal berpendapat bahawa ini disebabkan oleh musim panas, tetapi Ying membetulkan bahawa waktu itu adalah musim hujan. Kebetulan pula langit cerah bertukar mendung.
Pada masa yang sama, munculnya BoBoiBoy dalam keadaan serba comot dan lesu, rebah di tengah-tengah jalan ke arah kedai datuknya. Mujur Tok Aba datang menolong cucunya dengan menghulurkan secawan air kokonya. Gopal cemburu melihat BoBoiBoy diberi air koko begitu sahaja dan merayu kepada Tok Aba untuk diberi air koko, tetapi ditolak kerana dia tidak membantu apa-apa pun. Maka Gopal merebut air koko dengan BoBoiBoy dan pada masa yang sama, Papa Zola muncul di skrin TV.
Ravi J. Jambul yang meliputi berita tersebut di Sekolah Rendah Pulau Rintis sempat menemubual Papa Zola yang sebak kerana kertas jawapan matematik telah terbakar. Menurut wartawan itu, Papa Zola telah terlihat seorang pemuda melarikan dari tempat kejadian ketika kebakaran itu berlaku. Gopal menyambut kegirangan atas kejadian itu, tetapi Papa Zola menyuruh para muridnya untuk menjawab semula ujian matematik pada hari akan datang, lalu perasaan Gopal yang berasa gembira tadi terus bertukar menjadi cemas.
Hal ini juga memang membangkitkan kemarahan Yaya dan Ying. Lantas BoBoiBoy cuba menenteramkan mereka dengan berkata yang mereka sukakan peperiksaan, maka Yaya dan Ying bertukar menjadi teruja kerana dapat belajar semula dan mereka dapat berlumba untuk mendapat nombor satu.
Kebetulan pula Fang datang bertanyakan apa yang terjadi, maka BoBoiBoy menerangkan tentang kebakaran di stor Papa Zola. Fang menyambut baik kejadian itu dengan alasan, pernah sekali dia menyemak semula kertas jawapannya dan dia mendapati ada soalan yang dijawabnya salah, maka dia ada peluang untuk merebut semula peluang menjadi "nombor satu". Hasrat Fang itu menaikkan rasa dengki Yaya dan Ying.
Setelah puas berbincang, BoBoiBoy bercadang untuk pergi ke sekolah untuk menyelidiki kejadian tersebut. Hal ini amat menggirangkan Gopal kerana dia dapat menjadi seperti Detektif Konon. Tanpa mereka sedari, Probe sedang mengintip perbualan mereka lalu pulang ke Markas Kotak untuk memberitahu kepada Adu Du mengenai hal itu. Adu Du mendakwa bahawa siri kebakaran berulang ini adalah disebabkan oleh sabotaj yang dilakukan oleh "orang jahat baru", bahkan dengan girang dia bercadang untuk mempelawa orang jahat itu untuk menyertai kumpulan gerombolannya.
Sementara itu, usaha menyiasat kejadian kebakaran bersiri bermula di rumah Makcik Kantin, di mana Gopal tiba-tiba mula berlagak sebagai "Inspektor Detektif Koperal Gopal". Dia melantik Ying dan Yaya sebagai Pakar Forensik, manakala BoBoiBoy dan Fang pula sebagai Penyiasat Pelatih lalu dia mengetuai kumpulan penyiasatan dengan memberikan arahan kepada mereka.
Gopal meminta Makcik Kantin untuk menceritakan kronologi kebakaran reban ayamnya, lalu dia terus bercerita; pada awal bulan, dalam pukul 7 pagi dia keluar dari rumahnya untuk memberikan ayam-ayamnya makan, tiba-tiba dia terdengar bunyi ayamnya riuh sekampung, dia pun lari ke arah reban dan terlihat akan kebakaran reban ayamnya. Gopal pula menyoal siasat makcik itu dengan menuduh dia sengaja membakar reban itu demi menuntut insurans, sehingga BoBoiBoy terpaksa memberhentikan soal siasat tersebut.
Usaha penyiasatan diteruskan dengan pencarian di dua lagi tempat kejadian kebakaran iaitu stor sekolah dan seterusnya gerai ais krim milik Pakcik Kumar, sekali lagi menyiasat bapanya dan Pakcik Mat secara berlebihan. Kedua-dua mereka mengaku tidak bertemu dengan penyebab kebakaran. Kembali ke sekolah, mereka menyoal siasat Cikgu Papa pula tetapi mereka disuruh pulang ke rumah dengan garangnya.
Yaya cuba menduga bahawa kebakaran yang berlaku bukanlah disebabkan oleh kemalangan biasa. Seperti gas bocor atau kerosakan alatan elektrik dan seperti ada seseorang yang sengaja membakar stor itu. Tetapi, kalau dilihatkan tidak ada pula kesan-kesan bahan pembakar seperti mancis atau minyak.
Maka Gopal membentangkan peta yang bertanda tempat-tempat kebakaran di seluruh Pulau Rintis. Yaya menerangkan bahawa kebakaran berlaku pada waktu malam atau awal pagi. Fang bertanya berapakah jarak antara setiap tempat kebakaran; Ying berkata "sehari mesti ada sekali" kebakaran. BoBoiBoy membuat kesimpulan bahawa penjenayah api mesti akan muncul sekali lagi pada "malam ini" dan bercadang untuk membuat rondaan bergilir-gilir mulai malam itu.
Pada masa yang sama di Markas Kotak, Adu Du sedang mencipta alat pengesan kebakaran dengan bantuan Probe. Sebaik sahaja siap dipasang, alat itu tiba-tiba berbunyi dan menyala. Maka tanpa membuang masa, mereka berdua keluar mencari kejadian kebakaran dan pelakunya yang mungkin akan menjadi sekutu baru mereka.
Pada malam harinya, BoBoiBoy bermimpi tentang kejadian kebakaran di seluruh Pulau Rintis. Di dalam mimpinya dia melihat sebuah lembaga serba hitam yang merupakan dalang di sebalik semua kebakaran di tempat-tempat tersebut. Begitu seram dia mengigau dan akhirnya dia terjaga dari tidurnya dan baru teringat bahawa dia sepatutnya membuat rondaan pada malam itu namun Ochobot menyuruh untuk tidur kembali kerana waktu sudah hampir pagi.
Pada pagi itu, BoBoiBoy menerima panggilan kecemasan daripada Yaya dan suruh dia datang ke lokasi kebakaran terkini yang berlaku di stor alatan sukan sekolah. Di sana, Ying menemukan jejak kasut yang diduga milik si penjenayah itu. Jejak kasut ini digunakan sebagai alat bukti dengan memeriksa kesamaan saiz kasut itu dengan semua orang yang pernah datang ke sekolah, tetapi tiada satu pun jejak kasut yang sama. Saat Gopal ingin mengukur saiz jejak kasut itu dengan kasut BoBoiBoy, Cikgu Papa pergi merosakkan bukti tersebut. Namun, nasib keberadaan kamera CCTV di stor sukan dapat membantu penyiasatan mereka. Setelah diperiksa, selain menampakkan si penjenayah api yang terlihat sebagai bola api, Adu Du dan Probe juga turut berada di dalam tayangan kamera CCTV tersebut setelah diperlambatkan.
Adu Du dan Probe yang di soal siasat oleh BoBoiBoy dan rakan-rakannya berkeras bahawa bukan mereka yang menyebabkan kebakaran. Namun, Adu Du telah mengaku bahawa dia telah kembali menjadi jahat setelah insiden perlanggaran BoBoiBoy kepada Ibu Bu. BoBoiBoy cuba menjelaskan bahawa dia tidak sengaja, tetapi Adu Du tidak percaya. Dia juga mengaku telah menubuhkan di kumpulan gerombolan kejahatan untuk membalas dendam. BoBoiBoy dan rakan-rakannya tampak kelihatan terkejut kerana nama "Kokomander Koko" yang sempat disebut oleh Raksasa Bawang tempoh hari ialah Adu Du.
Sebelum melarikan diri daripada soal siasatan itu, Adu Du mendedahkan si penjenayah itu setelah menceritakan insiden yang berlaku di pembentung apabila mendedahkan bayangan hitam adalah BoBoiBoy Api dan punah harapan Adu Du untuk memujuknya untuk menyertai kumpulan gerombolannya. BoBoiBoy Api malah tertawa dan menyerang Adu Du dengan kuasanya. Setelah mendengar cerita itu, BoBoiBoy terkilan dan terasa tidak percaya kerana dialah penjenayah api itu namun kelihatan mereka masih tidak percaya tetapi Adu Du memberitahu mereka supaya menunggu larut malam tiba lalu Adu Du pun melarikan diri bersama-sama dengan Probe.
Watak[]
- BoBoiBoy
- BoBoiBoy Api (Kemunculan sulung)
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Fang
- Tok Aba
- Ochobot
- Papa Zola
- Pakcik Kumar (sampingan)
- Pakcik Mat (sampingan)
- Makcik Kantin (sampingan)
- Ravi J. Jambul (sampingan)
- Adu Du
- Probe
- Ibu Bu (imbas kembali)
Trivia[]
- Detektif Konon dalam episod ini merupakan parodi Detektif Conan.
- Ini menandakan kemunculan pertama BoBoiBoy Api.
- Episod ini adalah satu-satunya episod yang mengalami kesilapan teknikal di YouTube.
- Sebenarnya, episod ini dimuat naik pada 16 Januari 2015 pada jam 11 pagi. Tetapi, episod ini mengalami ralat dan dihapuskan, kemudian dimuat naik semula pada jam 7 petang.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Misteri Penjenayah Api
Video[]
|