BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
M1E10 Ujian TAPOPS
Ini adalah salinan yang ditranskripsikan untuk episod "Musim 3, Episod 10". Jangan ragu untuk mengedit atau menambah halaman ini selagi maklumat itu datang terus dari episod.

Ini adalah transkrip bagi Musim 3, Episod 10.

Bermain permainan video Papa Zola[]

[Babak dimulai dengan rumah Gopal, lalu digantikan babak di mana ada TV menunjukkan Gopal bermain permainan video Papa Zola]
Gopal: Nah! Ambik nih! Ambik nih! He he! Cepatlah datang BoBo— hah?! Ugh! Berani kau!? Rasakan ni!
BoBoiBoy: [dalam telefon] Hah? Rasakan apa pula ni?
Gopal: Takde apalah! Cepatlah datang! Kalau tak, aku main game ni sorang-sorang sampai habis!
[Babak digantikan di dalam rumah Tok Aba apabila BoBoiBoy memegang telefon]
BoBoiBoy: Oh okey okey! Tunggu aku! [menutup telefon balik dan pergi ke rumah Gopal]
[Babak digantikan kembali di dalam rumah Gopal apabila Gopal masih bermain permainan Papa Zola]
Gopal: [menutup telefon dan kembali bermain game] Kau ingat kau akan terlepas? Rasakan! Hikmat—
[Rotan Pakcik Kumar muncul yang memukul konsol permainan video untuk memberi amaran kepada Gopal yang tidak berhenti bermain permainan Papa Zola]
Gopal: [terkejut melihat bapanya dan rotannya]
Pakcik Kumar: Hikmat Rotan Membelah Gunung!
Gopal: Ala, Appa! Bagilah saya main!
Pakcik Kumar: Oh, pagi-pagi lagi sudah main! Kamu sudah janji mau tolong Appa kemas stor kan?
Gopal: Esok Appa! Esok!
Pakcik Kumar: [marah menatap anaknya kerana kerap mendengar perkataan "esok", lalu mengheret Gopal ke stor] Haih, banyaklah kau punya esok! Semalam kata esok, kemarin kata esok, hari-hari pun kata esok! Kasi siap ini hari juga!
Gopal: [terkejut apabila melihat bilik stor yang bersepah]
Pakcik Kumar: Takde kemas, takde game! [meninggalkan Gopal sendirian]
Gopal: Ala...

Perbincangan Tok Aba dan Papa Zola[]

[Babak digantikan di mana Tok Aba dan Papa Zola berada di Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam]
Tok Aba: Haih, atok tengok kau ni sorang-sorang tiap-tiap pagi ni.
Papa Zola: Mana ada sorang, Tok Aba! Ni, kami bertiga ni ha! [sambil menunjukkan Sasha dan Potato] Ha, nah! Makan lepat pisang ni! [memberikan lepat pisang kepada Sasha dan Potato]
[Sasha dan Potato terkejut melihat lepat pisang]
Sasha: [menghidu lepat pisang lalu makan memakannya di depan Potato]
Tok Aba: Kau ni, takde siapa kat rumah ke? Bini kau mana?
Papa Zola: Eh?! Mana Tok Aba tau saya dah kawin ni?
Tok Aba: Nama pun Papa Zola, bukan Bujang Zola.
Papa Zola: Huh! Begitu tajam sekali pemerhatian Tok Aba ni.
Tok Aba: Err, apa orang rumah kamu ni, tak reti masak ke?
Papa Zola: Ish ish ish! Mestilah reti Tok Aba! Malah, bukan sahaja memasak, tetapi juga perfect! Dalam segala urusan dalam, luar, atas, tepi, kiri, kanan rumah!
Tok Aba: Dah tu, kalau perfect sangat, apasal tiap-tiap pagi makan kat sini?
Papa Zola: Sebenarnya, bi— bini saya... telah dilarikan oleh... Raksasa Gonohom!
Tok Aba: Hah?!

Mengemaskan bilik stor di rumah Gopal[]

[Babak digantikan di mana BoBoiBoy dan Ochobot berada di depan rumah Gopal]
BoBoiBoy: Selamat pagi! Gopal, oh Gopal!
Pakcik Kumar: [membuka pintu] Ha BoBoiBoy, kamu datang mau main game sama Gopal kan?
BoBoiBoy: Haah!
Pakcik Kumar: Haa masuk, masuk! Jom kita main game sama-sama!
BoBoiBoy: Wah! Sporting habis Uncle Kumar ni!
[Babak digantikan di mana BoBoiBoy dan Ochobot berada di bilik stor bersama Gopal]
BoBoiBoy: Haish, apasal kita pun terjebak ni?
Gopal: Hehehe, kau kena tolong aku BoBoiBoy, barulah cepat habis!
Pakcik Kumar: Ha! Inilah game KKBIS 2! Kasi Kemas Bersih Ini Stor Dalam 2 Jam! [membaling penyapu ke Ochobot] Lepas kemas, baru boleh main game, okey? [meninggalkan BoBoiBoy dan kawan-kawan]
BoBoiBoy: Kau punya pasal, kitaorang pun terkena sekali!
Gopal: Hehehehe, terbaik!
BoBoiBoy: Sudahlah! Jom kita kemas! BoBoiBoy Kuasa Tiga! [berpecah menjadi tiga untuk mengemaskan bilik stor bersama Gopal dan Ochobot, kemudian bercantum semula dan letih]
Gopal: Ha! Tinggal satu je ni, BoBoiBoy! Tolong aku tolak almari ni!
BoBoiBoy: [bangun dalam keadaan letih dan menolak almari bersama Gopal] Beratnya!
Ochobot: Eh? Pintu apa itu?
BoBoiBoy dan Gopal: [melihat pintu] Pintu?
BoBoiBoy: Pintu apa ni, Gopal?
Gopal: Entah! Aku tak pernah nampak pun pintu ni!
BoBoiBoy: Hmm, jomlah kita buka, nak kena kemas juga ni.
Pakcik Kumar: [tiba-tiba menghalang pintu] Dey dey, sudah! Sini tak payah!
BoBoiBoy, Gopal, dan Ochobot: Hah?!
Pakcik Kumar: Err... umm... ini tempat uncle sendiri akan kemas!
BoBoiBoy: Takpelah uncle, alang-alang dah nak habis ni!
Pakcik Kumar: Haih takpelah! Nah! Ambil semua duit ni! Pergi beli ais koko, okey? Beli untuk uncle sekali! [tertawa]
Ochobot: Habis tu, game macam mana?
Pakcik Kumar: Beli ais koko dulu, lepas tu baru main game! Okey? Okey bye-bye, jumpa lagi! Bye~! [menutup pintu]

Berbincang tentang isteri Papa Zola[]

[Babak digantikan apabila BoBoiBoy, Gopal, dan Ochobot pergi ke Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam]
BoBoiBoy: Pelik betul? Apasal bapak kau baik semacam je tadi?
Gopal: Entah! Selalu dia garang je!
Ochobot: Tak kisahlah tu! Cepat beli ais koko! Lepas tu, kita main game!
Gopal: Tok Aba, ais koko ikat tepi bagi emp— [mendengar tangisan Papa Zola] Eh?
BoBoiBoy: Aik! Kenapa tu?
Tok Aba: Sabar, sabar! [menenangkan Papa Zola, lalu BoBoiBoy, Gopal, dan Ochobot memandang Papa Zola menangis]
Papa Zola: Dia, dialah jantung saya. Dia, dialah jiwa dan raga saya. Dialah yang perfect.
BoBoiBoy: Aik! Cikgu Papa menangis?
Papa Zola: Hah?! Menangis?! Siapa menangis?! Siapa, siapa?! Hah, kamu ke?! [menunjuk Ochobot]
Gopal: Eleh, cikgu! Mengaku jelah nangis! Macamlah kami tak nampak tadi!
Papa Zola: [ketawa cemas] Kebenaran..... tak pernah menangis! Kecuali, ketika, memotong bawang! [sambil terharu memegang bawang]
Tok Aba: Alahai, mengaku jelah menangis! Apa salahnya?
Papa Zola: [beralih ke Tok Aba] Eh? Apa Tok Aba ni? Kantoikan Kebenaran!
BoBoiBoy: [ketawa] Terbaik!
Gopal: Uh... kenapa cikgu Papa menangis?
Papa Zola: [ketawa cemas]
Tok Aba: Dia teringat kat isteri dia.
BoBoiBoy dan Gopal: [terkejut] Isteri?! Cikgu Papa ada isteri?!
Papa Zola: Ya! Apa kamu ingat muka sehensem cikgu ni tak ada orang nak ke hah?! Cikgu dah kahwin la!
BoBoiBoy: Dah kahwin? Tak pernah nampak pun isteri cikgu!
Tok Aba: Isteri dia, dah dilarikan Raksasa Gonohom!
BoBoiBoy dan Ochobot: Gonohom?
Papa Zola: Ya! Itulah dia raksasa yang bertanggungjawab, merampas buah hati cikgu!
Gopal: Hmm...
[Imbas kembali dari Musim 1, Episod 7 di mana BoBoiBoy dan Gopal bermain permainan video Papa Zola di rumah Tok Aba]
Gopal: Jom kita main ni! Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan!
BoBoiBoy: Game Papa Zola terbaru? Jom! [bermain game Papa Zola dengan Gopal] Serangan Rotan Keinsafan!
[Kemudian TV bercahaya yang membuatkan BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola terkeluar dari dunia permainan]
Papa Zola: Siapakah gerangan yang berani menyebut nama aku tu hah?
Gopal: [terkejut melihat Papa Zola] Papa Zola!
[Imbas kembali tamat]
Gopal: Cikgu keluar dari dunia game. Maknanya, isteri cikgu mesti ada dalam dunia game jugakkan?
Papa Zola: Pandai pun! Cikgu mana yang ajar kamu ni hah?
BoBoiBoy: Oh, kalau macam tu apa susah? Kita masuklah balik dalam dunia game dan selamatkan isteri cikgu tu!
Papa Zola: Cakap memanglah senang! Yang menjadi masalahnya ialah, [berteriak terhadap BoBoiBoy dan Gopal] game tu dah tak wujud! Paham tak? [menangis]
Gopal: Hah?! Ini, ini mesti game Papa Zola yang dikeluarkan 15 tahun dahulu! Game... game... ha! Papa Zola: Misteri Kekasih Terang Benderang!
Tok Aba: Huh, kau ni kalau pasal game semua kau tau ye!
Gopal: Mestilah! Dikatakan, game legenda ni tak pernah dimenangi! Ianya terlalu susah sangat!
Ochobot: Takkanlah susah sangat. Game je kot!
Gopal: Wey! Susah! Mengikut riwayat, hanya ada sorang saja yang pernah sampai ke stage bos! Tetapi, dia masa tu tinggal satu nyawa je, dan akhirnya, kalah pada serangan pertama!
BoBoiBoy: Wow!
Gopal: Disebabkan susah sangat, game tersebut tidak mendapat sambutan dan telah dihentikan! Yang adapun sikit je! Itu pun dah banyak rosak atau dibuang!
BoBoiBoy: Habis tu, macam mana kita nak cari game tu?
Gopal: [berfikir] Mungkin kita boleh tanya kedai game Ah Beng!
BoBoiBoy: Okey! Jom kita pergi! Cikgu Papa tunggu sini! [BoBoiBoy dan Gopal bergegas pergi ke Kedai Game Ah Beng & Sons]

Bertanya di Kedai Game Ah Beng & Sons[]

[BoBoiBoy, Gopal, dan Ochobot pergi ke lorong menuju ke Kedai Game Ah Beng & Sons]
BoBoiBoy: Ini ke kedainya? Sunyi je.
Gopal: Betullah ni, dulu kedai game yang paling meriah tau! Kau cakap je apa game, semua dia ada!
Ochobot: Macam takde orang je.
[Satu bayangan muncul di belakang mereka dan BoBoiBoy, Gopal, dan Ochobot memusing belakang]
Uncle Yim: Halo adik, ha~ apa lu orang buat kat sini?
BoBoiBoy: Kitorang nak cari tauke kedai ni. Uncle kenal tak?
Uncle Yim: Haiya, mesti kenallah! Ini pemilik kedai ya, ha banyak famous punya orang! Hati pun banyak baik, muka pun banyak handsome oh! [bercakap dengan loghat Bahasa Cina sambil membuat gaya muka orang hensem]
BoBoiBoy dan Gopal: Uncle eh tauke kedai ni?
Uncle Yim: [tersengih] Yalah, siapa lagi?! [tersengih lagi]
Ochobot: Tak sama pun macam dalam gambar?
Uncle Yim: Itu bapa saya ma. Sekarang dia sudah tua, kasi saya jagalah. Nama pun, Ah Beng & Sons. Ha...
BoBoiBoy: Oh, macam tu...
Gopal: Uncle ada jual tak game Papa Zola: Misteri Kekasih Terang Benderang!
Uncle Yim: Oh, game Kekasih Terang Pemadam! Oh, game Kekasih Terang Pemadam... Terang Pemadam... haiya, takda lah! Ini game semalam baru keluar dunia gak?
Gopal: Bukanlah uncle, game ni dah lama dah! Dah 15 tahun!
Uncle Yim: Lu sekolah ada ajar baca ka? Ini Kedai Game Ah Beng & Sons, bukan Kedai Antik & Sons! Haiya...
BoBoiBoy: Ala uncle, takkan uncle tak tahu game ni. Watak dia macam dalam gambar ni.
Uncle Yim: [terkejut melihat gambar Papa Zola] Haiya, ini game?!
BoBoiBoy: Yelah uncle.
Uncle Yim: Oi! Kasi masuk, kasi masuk dulu! [mendorong BoBoiBoy, Gopal, dan Ochobot ke dalam kedai] Masuk, masuk! [menutup semua pintu dan tingkap]
BoBoiBoy: Apasal kena tutup pintu semua ni?
Uncle Yim: Haiya, nanti customer lain dengar ma.
Ochobot: Aik? Mana ada customer pun?
Uncle Yim: Lu mau duduk luar?
Ochobot: [terkejut dan menggeleng kepala]
Uncle Yim: Lepas lu tunjuk itu gambar, baru saya ada ingat! Itu game ma! Wah, sangat legend punya tau! Itu game masa keluar, saya budak lagi! Baru itu 5-6 tahun, tapi memori saya banyak kuat! Saya ingat semua!
Ochobot: Kuatlah sangat, tadi tak ingat pun [diusir keluar dari kedai] Haih, apalah nasib...
Uncle Yim: Waktu itu, orang semua beratur banyak panjang. Ada ramai yang tak dapat beli wo!
Gopal: Famous-nya game tu!
Uncle Yim: Oi mestilah! Tapi lepas seminggu wa, oh orang masih beratur panjang.
BoBoiBoy: Wah, sampai seminggu beratur? Terbaik tu!
Uncle Yim: Bukan terbaik la! Itu terbalik la! Orang beratur mau kasi pulang balik itu game ma!
BoBoiBoy: Ha? Apasal pula?
Uncle Yim: Haih, itu game banyak susah punya la. Takde orang boleh menang, semua kasi balik! Kasi buang itu game!
Gopal: Tapi... hmm... bukan ada sorang ke yang hampir menang?
Uncle Yim: Ho, betul betul! Ada seorang saja yang pernah sampai ke stage bos! [membuka almari dan mengambil buku album] Ha, tengok ni! Masa itu dia main di kedai ini, satu kamp— eh! Pekan! Negara! Semua tengok dia! Dia kata dia boleh menang, tapi at the end, sama saja. Haiya kalah juga la, bikin malu saja, aha, ini budak la! [mengambil gambar dari buku albumnya dan menaruh gambar Pakcik Kumar semasa remaja]
BoBoiBoy dan Gopal: Uncle Kumar?! (BoBoiBoy), Appa?! (Gopal)

Soal siasat dengan Pakcik Kumar[]

[BoBoiBoy, Gopal, Ochobot, dan Papa Zola pergi ke rumah Gopal untuk menyoal siasatan kepada Pakcik Kumar]
Gopal: Appa, bagitau perkara sebenar!
BoBoiBoy: Uncle ke dalam gambar ni? [sambil menunjukkan gambar Pakcik Kumar semasa muda kepadanya]
Papa Zola: [sambil memegang kaki Pakcik Kumar] Tolonglah kebenaran berbini semula!
Pakcik Kumar: [gugup sambil mengelirukan]
Gopal: Apa yang tersembunyi dekat belakang pintu tu? Ah! Biar saya buka pintu ni sekarang!
Pakcik Kumar: Jangan! No! Nehi! [berlari menghalang pintu] Bi, biar Appa yang bukakan sendiri. [membuka kunci pintu] Rahsia ini sudah sekian lama Appa sembunyikan dari kamu. [Pakcik Kumar menyalakan lampu, kemudian BoBoiBoy dan kawan-kawan masuk ke bilik dan kagum melihat banyak permainan Papa Zola]
BoBoiBoy: Banyaknya game!
Ochobot: Uh... tapi banyak game Papa Zola je.
Gopal: [mengambil permainan dari rak] Wey, betullah! Ini game Papa Zola: Gencatan Kebenaran! [melihat permainan dari rak] Uh... yang ini pula, [mengambil permainan] Papa Zola: Garuk-Garuk Kejahatan!
Pakcik Kumar: Se, sebenarnya, Appa pun kaki game... Appa juga peminat setia Papa Zola!
Papa Zola: Ha? Biar kebenaran!
Pakcik Kumar: Benar wahai kebenaran!
Gopal: Ka, kalau Appa pun dulu kaki game, Appa patut tahu, jiwa kegame-an saya!
Pakcik Kumar: Oh, Appa tahu. Sebab itulah Appa halang kamu! Dulu Appa pun macam kamu. Semua game Appa main! [imbas kembali bermula] Makan game, tidur game, mengigau pun game! [imbas kembali tamat] Game, game, game! [Gopal terharu mendengar kata-kata bapanya] Sampai mati pun mau main game! Haih, Appa sudah buang banyak masa main game. [BoBoiBoy dan Ochobot hairan] Appa tak mau kamu jadi macam Appa dulu. Penuhilah masa dengan benda yang berfaedah, wahai, Gopal, anak lelaki Kumaran!
Gopal: [menangis sambil mendengar dan memegang kaki bapanya] Sa, saya janji lepas ni, sa, saya akan kurangkan main game, hanya 12 kali sehari.
Pakcik Kumar: Eh, [memegang rotan] apa?!
Gopal: Uh, ma, maksud saya, sehari dua kali.
Pakcik Kumar: [memandnag tidak puas hati dengan jawapan anaknya]
Gopal: Uh, seminggu dua kali?
Pakcik Kumar: [peluk lalu memegang muka anaknya] Bagus anakku.
Papa Zola: Sudahlah tu woi! Tak payah lah dramatik sinematografik sangat!
BoBoiBoy dan Ochobot: Wah! [Gopal, Pakcik Kumar, dan Papa Zola melihat mereka] Inilah dia!
BoBoiBoy: Papa Zola: Kekasih Terang Benderang!
Papa Zola: [mendekati rak dan melihat permainan] Oh! Kekasih bini terangku, tunggulah Papa datang menyelamatkanmu!
Pakcik Kumar: Hah? Selamatkan?
Gopal: Isteri cikgu Papa terperangkap dalam game tu! Kitorang kena masuk dan selamatkan isteri cikgu Papa!
Pakcik Kumar: Dey, dey, dey! Ini game banyak susah tau! Takde orang pernah menang ini game!
BoBoiBoy: Tapi, uncle kan pernah sampai stage boss.
Pakcik Kumar: Haih, sampai saja! Tapi tak ada pernah menang juga!
Gopal: Takpe Appa! Kali ni kita pasti akan menang game ni!
Pakcik Kumar: Tapi, macam mana mau masuk dalam ini game?
BoBoiBoy: [BoBoiBoy dapat idea] Ha! Saya tahu!

Menyelamatkan isteri Cikgu Papa[]

[Babak digantikan di ruang tamu di mana Adu Du dan Probe tiba untuk mempersiapkan permainan Papa Zola dan Pakcik Kumar membawa tiga kawalan permainan video]
Adu Du: Mana game tu?
Probe: Mana? Mana? Cepatlah! Tak sabar nak main ni!
BoBoiBoy: Nah. [berikan kartrij kepada Adu Du]
Pakcik Kumar: Okey. Uncle akan kawal Papa Zola [berikan kawalan kepada Adu Du], kamu kawal Gopal [berikan kawalan kepada Ochobot] dan kamu kawal BoBoiBoy.
Ochobot: Yay!
Probe: Ala, aku macam mana?
Adu Du: Takpe! Kau boleh tolong kitorang!
Probe: Ha? Tolong apa?
Adu Du: Tolong tengok! [gelak]
Probe: Ala...
Gopal: Sedia semua?
BoBoiBoy, Ochobot, Pakcik Kumar dan Papa Zola: Sedia!!!
Adu Du: [mempersiapkan sistem penyedut] Masuk sekarang! [menekan butang hijau dan memasuki BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola ke dalamdunia permainan]
[Babak digantikan di dunia permainan apabila BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola terjatuh ke dunia permainan]
Pakcik Kumar: Ayuh! Kita bergerak sekarang!
[Babak digantikan di dunia permainan apabila BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola bersedia]
Papa Zola: Nah! Rasakan! [Papa menghabiskan musuh-musuh]
BoBoiBoy: [terkejut bersama dengan Gopal] Hebatnya!
[Babak digantikan di dunia nyata apabila Pakcik Kumar bermain permainan video dengan tenang lalu babak digantikan di dunia permainan apabila Papa Zola masih menghabiskan musuh-musuhnya sehingga menghadapi labah-labah besar]
Papa Zola: [memanggil rotan keinsafan] Rotan Keinsafan! [menghabiskan labah-labah besar dan memperoleh baju adiwira berwarna merah berapi] Tingkatan Kuasa! [beberapa musuh datang menghampiri Papa Zola dan BoBoiBoy dan Gopal tiba] Rasakan! Pinggan Mangkuk Berapi! [melontar bebola api ke arah musuh-musuh]
Gopal: Haih, tingallah kat kitorang sikit!
[Babak digantikan di dunia nyata]
Probe: Haduh! Habis semua dia sapu!
Pakcik Kumar: [bermain permainan video dengan tenang]
[Babak digantikan di dunia permainan dimana BoBoiBoy dan Gopal melihat Papa Zola dengan muka tidak puas hati]
BoBoiBoy: Hmm, memang terbaik...
[Babak digantikan di mana BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola sampai ke tahap kedua lalu babak digantikan di dunia nyata di mana Pakcik Kumar, Adu Du dan Ochobot masih bermain permainan video]

Advertisement