BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ini merupakan episod kelapan dalam musim kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 16 Disember 2012.

Ringkasan[]

BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang yang bertukar pelik perangai mereka akibat Pistol Emosi Y berarak ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dengan bertemankan Ochobot.

Plot[]

Gopalji

Gopalji yang penuh bergaya.

Tok Aba dan Ochobot terpaksa berdepan dengan BoBoiBoy, Gopal, Fang, Ying dan Yaya yang bertukar jadi gila-gila disebabkan terkena tembakan Pistol Emosi Y oleh Adu Du dan Probe. Ochobot yang masih berbalut mata mencadangkan agar mereka berlima pergi ke Markas Kotak untuk mencari penawarnya. Tok Aba setuju dan cuba mengaturkan mereka, tetapi belum sempat lagi mereka berlima pun beredar. Oleh itu, dia memesan Ochobot untuk menemani mereka sekali, dengan memimpin tangan BoBoiBoy. Tanpa disedari, gerak-geri wira-wira muda diawasi oleh Adu Du dan Probe menerusi siaran robot hamba yang bersiap sedia untuk fasa seterusnya.

Gopaljiboboiboy

Gopalji menenami BoBoiBoy.

Gopal yang biasanya penakut bertukar menjadi "Gopalji" yang kuat semangat, memimpin kawan-kawannya ke Markas Kotak Adu Du. Setiba mereka di situ, Gopal terpaksa menangani kerenah BoBoiBoy yang serba pasrah dengan mengikat badannya dan memikulnya di belakang. Apalagi, apabila dia menghentak pintu, Gopal dihalang oleh Fang yang terasa terlalu kasihan dengan pintu itu. Apapun, pintu itu dibuka dan mereka berenam (termasuk Ochobot) menggelongsor ke pusat markas. Selepas mereka semua turun, Fang kepeningan kerana mendarat dengan teruk lalu terkenang sesuatu.

Adududanfang

Pertemuan Fang dengan Adu Du...

Suatu ketika dahulu, sebelum BoBoiBoy berpindah kembali ke Pulau Rintis, Fang bersungut akan populariti BoBoiBoy di taman. Dia didekati oleh dua orang lembaga berjubah perang (iaitu Adu Du dan Probe yang menyamar) yang menawarkan cara untuk menjadi lebih popular daripada BoBoiBoy, iaitu dengan mencari Ochobot, dengan berpandukan gambar robot itu sebagai panduan.

Kenangan peristiwa itu membuat Fang berulang kali menyebut "popular" dalam keadaan separa sedar. Adu Du dengan gembiranya menyambut kedatangan semua wira muda yang masih khayal dengan pancaran Cecair Emosi Y tengah hari tadi, dengan mengaktifkan "Bilik 1001 Perangkap" di sepanjang koridor utama markas. Sementara Fang menagih populariti daripada BoBoiBoy yang kepasrahan, "Gopalji" tanpa ragu-ragu menyahut cabaran.

Bilik1001perangkap yaya

Yaya dengan senangnya melepasi 1001 perangkap.

Akan tetapi, belum sempat Gopal melangkah masuk lepas perangkap pertama, tiba-tiba sahaja Yaya yang ketawa tak terkawal (dan mungkin tidak menumpukan perhatian) masuk dengan tiba-tiba dan melepasi semua perangkap dengan begitu lancar, apatah lagi mematikan semua perangkap itu, membuat Adu Du rasa kesal dengan Probe. Mujur bagi Probe, ada satu lagi perangkap yang menanti di bilik kedua.

Setelah kesemua wira muda memasuki bilik perangkap kedua, Fang terjumpa sehelai kertas yang bertulis "Surat Arahan Adu Du" di atas lantai markas. Maka kembalinya secebis lagi memori yang dilupai...

Suratarahanadudu

Surat Arahan Adu Du.

Fang diberi selembar kertas arahan untuk dipatuhinya, yang mana dia harus memesan Special Hot Chocolate dan satu tin serbuk koko di kedai Tok Aba, asalkan hanya Ochobot yang hadir bertugas. Kemudian, Fang dikehendaki meminta Ochobot untuk menuntut dengan segera harta pusaka yang kononnya ditinggalkan oleh seorang kenalan BoBoiBoy yang berasal dari kerabat diraja. Tanpa perasaan was-was tetapi bersyukur kerana masih diingati oleh BoBoiBoy, Ochobot mengikut Fang ke tempat "harta pusaka" itu.

Setelah Fang habis membaca semula isinya, kertas itu dikoyakkan oleh Gopal. Tiba-tiba, sebuah batu raksasa bergolek dari hujung bilik ke arah mereka. Memandangkan semua wira tidak dapat berbuat apa-apa, mereka membiarkan batu memenyetkan mereka sambil disaksikan oleh Adu Du yang cepat bergembira atas kemenangannya ke atas BoBoiBoy dan kawan-kawan. Tiba-tiba sahaja, mereka semua mudah melepaskan diri dari batu itu, kerana batu itu rupanya buatan kertas; ini membuat Adu Du marah pada Probe lagi. Alasan Probe, kitar semula. Apapun, Adu Du mengarahkan sesuatu "Harimau Kitar".

Fangaduduprobeochobot

Adu Du memerangkap Ochobot dengan bantuan Fang.

Setelah wira-wira memasuki bilik ketiga, akhirnya Adu Du dan Probe tampil di depan mereka dan mencabar mereka untuk mengambil penawar Pistol Emosi Y. Pertembungan ini sekali lagi mengingatkan Fang akan sesuatu...

Fang akhirnya membawa Ochobot ke Markas Kotak seperti yang disuruh oleh dua lembaga itu. Tanpa disangka, dua lembaga itu muncul dengan wajah sebenar mereka, memperkenalkan diri mereka sebagai Adu Du dan Probe, dan menangkap Ochobot dalam jaring. Fang tidak menduga bahawa mereka berdua berniat jahat.

Dengan rasa bimbang, Ochobot menanggalkan pembalut matanya untuk melihat keadaan sekitar. Memori zaman lampau juga melintasi fikirannya...

Fanglindungiochobot

Fang melindungi Ochobot...

Ochobot diikat oleh Adu Du dan Probe di Markas Kotak sambil diawasi oleh Fang. Ochobot menuduh Fang menjadi orang jahat, tetapi Fang menafikannya. Dengan geramnya Adu Du menyuruh Fang menyerahkan serbuk koko yang diminta itu kepadanya; dengan berat hatinya Fang patuh. Kemudian, Adu Du mencurahkan serbuk koko ke dalam Ochobot, menyebabkan robot bola itu naik gelabah, melepaskan diri dari ikatan dan mengamuk di sekitar markas, kemudiannya bolos dari markas sambil diekori oleh Fang di tengah malam bulan purnama. Ochobot cemas mencari-cari tempat untuk menyorok, dan akhirnya berlindung di dalam tong sampah, tetapi ditangkap oleh Fang pula yang disangkanya jahat, tetapi berniat baik...

Kisah lama itu membuat Ochobot mengujar bahawa Fang itu orang baik. Fang bertanya padanya, bagaimana dia mendapat kuasanya?

Naga Bayang!

Saksikanlah... Naga Bayang, Fang!

Fang mengambil Ochobot pergi menjauhi ancaman Adu Du dan Probe, tetapi tiba-tiba dikepung oleh musuh berdua itu. Ochobot dalam pegangan Fang yang masih gelabah kerana terlebih kuasa koko enggan menyerah diri dan melepaskan kuasa lebihan itu ke dalam angkasa. Oleh sebab memegangnya, Fang menerima kuasa bayang daripada Ochobot. Adu Du dan Probe terkejut dengan hal itu dan cuba menembak Fang bertubi-tubi, tetapi cukup dahsyat dibalas dengan kuasa bayang Fang. Manifestasi sulung kuasa Fang terbentuk di hadapan bulan purnama dalam bentuk Naga Bayang yang memusnahkan harta benda di seluruh Taman Pulau Rintis. Ochobot menyuruh Fang mengawalnya, tetapi Fang tidak berdaya. Oleh itu, Ochobot terpaksa mengambil langkah drastik dengan merenjatkan Fang supaya naga itu terpadam ketika nyaris memusnahkan pangsapuri.

Bbbtakpasrahlagi

BoBoiBoy pulih semangat.

Begitulah punca Ochobot selalu pengsan setiap kali melihat wajah Fang hingga saat ini, apabila masalah itu akhirnya pudar dan Ochobot dapat mendekati Fang dengan selamat. BoBoiBoy terharu melihat hubungan Fang dan Ochobot bertambah baik, lalu mengetepikan sifat pasrahnya untuk menyerang Adu Du dengan sendirinya. Akan tetapi, serangannya ditampan oleh Harimau Kitar yang dibina oleh Adu Du.

Watak[]

Trivia[]

  • Sebab mengapa Adu Du ingin mendapatkan kuasa daripada Ochobot tidak diketahui.
  • Ini merupakan episod kedua di mana BoBoiBoy berkata kepada Adu Du, "Aku akan ajar kau, Adu Du!". Yang pertama ialah Musim 1, Episod 13.
  • Ini kali kedua Fang berkata "Jangan harap". Yang pertama ialah Musim 2, Episod 3.
  • Kuasa Bayang pertama Fang ialah Naga Bayang.
  • Ini merupakan episod ketiga dimana Ochobot terlihat membuat Hot Chocolate. Yang pertama ialah Musim 1, Episod 4 dan kedua ialah Musim 2, Episod 2.
  • Harimau Kitar merupakan harimau kedua muncul dalam siri, yang pertama ialah Harimau Bayang kepunyaan Fang.
  • Apabila Fang pergi ke kedai Tok Aba, anda dapat melihat bahawa kedai sudah mempunyai logo baru, tetapi kemudian kilas baliknya berlaku sebelum babak dari Musim 2, Episod 1 ketika Tok Aba mengubah logo kedainya.
  • Kelemahan Fang ialah dia akan kehilangan kuasanya pada waktu malam, tetapi dalam episod di mana ia mengambil masa malam, Naga Bayang masih hidup.
    • Ini mungkin kerana lampu menyalakan lorong, atau ini adalah potensi penuhnya (kerana Ochobot mengeluarkan sebahagian besar kuasa bayang kerana dia tidak dapat mengawal Naga Bayang, dan dalam Musim 2, Episod 3 dia memutuskan untuk memberi Fang penuh potensi kuasanya).
    • Sebab lain adalah kerana ia ketika dia berada pada potensi penuh. (Ochobot mengambil sebahagian besar kuasa bayang kerana dia tidak boleh mengawal Naga Bayang, dan dalam Musim 2, Episod 13, dia menolong Fang mengakses potensi penuh kuasanya.)
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Rahsia Fang dan Ochobot".

Video[]

Advertisement