BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ini merupakan episod ketujuh dalam musim kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 9 Disember 2012 yang mengisahkan tentang Adu Du membalas dendam dengan menggunakan Pistol Emosi Y.

Ringkasan[]

Fang lupa alasan mengapa Ochobot pingsan setiap kali dia melihatnya, sementara Adu Du membalas dendam dengan menggunakan Pistol Emosi Y.

Plot[]

Apasalsetiapkaliochobot

BoBoiBoy menanya Fang mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia terlihat Fang.

Fang tidak menceritakan kenapa Ochobot pengsan setiap kali melihat Fang kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Sebaliknya, dia menyatakan bahawa dia telah terlupa apa yang terjadi dan bagaimana dia mendapat kuasa. Tetapi dia menyatakan bahawa dia terasa seakan-akan pernah mengenali Ochobot.

Ochobot dikejar oleh seseorang

Ochobot dikejar oleh 'seseorang'.

Selepas BoBoiBoy bawa Ochobot kembali ke rumah Tok Aba, Ochobot mimpi bahawa dia dikejar oleh seseorang tetapi dia tidak ingat siapa yang mengejarnya.

Sementara itu di Markas Kotak, Adu Du bermundar-mandir sambil memerah otak untuk mencari jalan untuk mengalahkan BoBoiBoy selama tujuh jam. Probe mencadangkan bahawa mereka mengitar semula idea lama untuk kalahkan BoBoiBoy. Apabila ditanya oleh Probe idea episod mana yang majikannya suka, Adu Du menyatakan bahawa dia suka idea dalam Musim 1, Episod 11 dan Probe menyatakan bahawa mereka boleh gunakan idea itu, tetapi Adu Du tidak bersetuju dengan cadangan Probe kerana bimbang penonton akan perasan mereka gunakan idea lama, maka Probe memujuknya dengan alasan "aku dah tukar warna pink pun mereka tak perasan". Adu Du setuju dengan Probe dan mula menjalankan idea itu.

408135 10151234323457280 584213060 n

Fang di dalam mimpi Ochobot.

Pada malam itu, Ochobot termimpi lagi sekali ada orang mengejarnya dan meminta tolong BoBoiBoy. Kali ini, sudah jelas bahawa pengejar itu ialah Fang, kemudian Ochobot ditangkap oleh Fang. BoBoiBoy cuba menggunakan kuasa tiganya tetapi terlanggar bumbung. Ochobot menyatakan bahawa BoBoiBoy sangat bising pada waktu pagi tetapi BoBoiBoy menyatakan bahawa dia terdengar Ochobot menjerit meminta tolong. BoBoiBoy menyatakan bahawa mungkin mimpi itu ialah memori Ochobot lalu memberitahu kawan-kawannya di sekolah.

BoBoiBoy&Fang kena denda

Yaya mendenda BoBoiBoy dan Fang.

Semasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya sedang berbual, kebetulan pula Fang memasuki bilik darjah. Selepas itu, BoBoiBoy, Gopal dan Ying menuduh Fang yang kononnya pernah menangkap Ochobot dan memaksa Ochobot memberikan kuasa kepada Fang sampai Ochobot pengsan melihatnya, walaupun Yaya tidak setuju dengan tindakan tiga kawannya itu. Apablia Fang dan BoBoiBoy hendak bergaduh, Yaya mendenda mereka.

61399 10151243857067280 1163502138 n

Adu Du menyampuk pertengkaran BoBoiBoy dan Fang.

Semasa BoBoiBoy dan Fang didenda, Adu Du dan Probe datang dengan Pistol Emosi Y barunya dan menyuruh BoBoiBoy keluar. BoBoiBoy dan kawan-kawannya bergegas keluar dan selepas itu, Probe telah memperkenalkan pistol emosi Y kepada mereka. BoBoiBoy menyatakan mereka boleh mengelak tembakan pistol itu. Probe setuju tetapi dia telah menipu mereka dengan menyatakan bahawa cikgu telah datang dan menyuruh Adu Du menembak mereka. Adu Du menembak mereka dan menghilangkan diri yang membuatkan Probe hairan. Adu Du hanya menyatakan bahawa "tidak baik hapus-hapuskan orang".

BBB & Geng kena tembak

BoBoiBoy dan kawan-kawannya ditembak oleh Adu Du.

Semasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya sedang berbual, Yaya tiba-tiba gelak. BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang lain hairan sehinggalah BoBoiBoy melihat Ying berkelakuan pelik. Dalam masa yang singkat kelima-lima mereka satu demi satu mula berkelakuan aneh akibat tembakan Pistol Emosi Y yang rupa-rupanya memakan masa seketika untuk berkesan. Kesengsaraan mereka disaksikan oleh Adu Du dan Probe yang menonton di markas menerusi siaran dari dua buah Robot Hamba.

Jelas Adu Du kepada Probe dan para penonton, Ying mempunyai emosi "takut penakut", Yaya pula emosi "geli hati, gelak tidak henti-henti", Fang pula mempunyai emosi "manja hati terbuka", BoBoiBoy pula  mempunyai emosi "pasrah asyik menyerah" dan Gopal pula emosi "berani berkeyakinan tinggi". Pendek kata, keperibadian mereka disongsangkan oleh tembakan Pistol Emosi Y.

Kesanpistolemosiy

Kesan-kesan tembakan Pistol Emosi Y.

Ketika Tok Aba dan Ochobot sedang sibuk bekerja di Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam, BoBoiBoy pulang ke rumah dan menyatakan bahawa "kita akan kalah Tok Aba". Kawan-kawan BoBoiBoy pun tiba di Kokotiam dengan perangai aneh masing-masing, terutamanya Gopal yang bertukar kepada persona "Gopalji", sementara Tok Aba menyuruh Ochobot menutup matanya kerana Fang turut datang. Setelah ditanya tentang perangai aneh mereka, Fang menyatakan bahawa "si comel Adu Du telah menembak kami dengan pistol emosi Y" dengan emosinya itu. 

BBBTerbalik M2E07

"Terbalik!"

Tok Aba menyatakan mereka patut mengadakan perbincangan tetapi emosi mereka tetap tidak berubah. Gopal mengatakan perlu mengadakan sesi bergambar selepas perbincangan dengan emosi "berkeyakinan tinggi". Tok Aba menyuruh mereka fokus.

Watak[]

Trivia[]

  • Ini adalah antara episod yang mana BoBoiBoy tidak menyebut slogan kata "Terbaik".
  • Ini adalah episod ketiga apabila mana-mana watak utama mempunyai emosi mereka dimanipulasi. Yang pertama ialah Musim 1, Episod 11 dan yang ketiga ialah BoBoiBoy Galaxy Episod 20.
  • Ini adalah kali pertama dimana Probe berpakaian yang paling muncul. Yang kedua ialah Musim 2, Episod 9 dan yang ketiga ialah Musim 2, Episod 11.
  • Ini adalah kali ketiga dimana Adu Du membangunkan Komputer dari tidur. Yang pertama ialah Musim 2, Episod 3 dan yang kedua ialah Musim 2, Episod 6.
  • Ini adalah kali kedua skrin gelas Fang berwarna merah. Yang pertama ialah Musim 2, Episod 1.
  • Penonton yang tidak memahami bahasa Melayu fikir ia tidak diketahui bagaimana Adu Du kembali normal selepas dia merosot dalam episod terdahulu. Sebenarnya, pada penghujung episod sebelumnya sebelum Adu Du diserang oleh ibu lalat, Adu Du berkata bahawa dia perlu membuat penawar yang menyusut lagi, iaitu bagaimana dia kembali ke saiz normal.
  • Adu Du memecah dinding keempat dua kali dalam episod ini.
    • Dia berkata kepada Probe bahawa penonton nanti akan perasan mereka guna rancangan sama nanti.
    • Dia menyatakan bahawa dia adalah "satu-satunya watak jahat dalam siri ini".
  • Ini adalah kali kedua Probe mengatakan "Cikgu datang! Cikgu datang!". Yang pertama ialah Musim 1, Episod 8.
  • Ini adalah episod pertama di mana Makcik Kantin muncul di luar kilas balik, dia muncul dalam kilas balik daripada Musim 2, Episod 3 dan Episod 6.
  • DVD BBB M1E11

    Adu Du memegang set DVD Musim 1, Episod 11.

    Ini adalah episod pertama di mana satu set episod siri DVD muncul, mungkin sebab mengapa Adu Du dan Probe menggunakan konsep yang sama di Cecair Emosi X untuk Pistol Emosi Y.
    • Walaupun dia memegang Episod 11, beberapa adegan episod seterusnya juga muncul.
  • Apabila Fang memikirkan soalan BoBoiBoy tentang Ochobot, klip dari Musim 2, Episod 1, Episod 2, Episod 5 dan Episod 6 muncul dalam kilas baliknya.
  • Ini adalah episod kedua dimana BoBoiBoy memakai baju tidur. Yang pertama ialah Musim 2, Episod 5.
  • Penataan episod itu berlaku dalam tiga hari, dengan hari yang paling singkat apabila Adu Du dan Probe mencipta rancangan mereka melalui Kitar Semula.
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Pistol Emosi Y".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 2, Episod 7

Video[]

Advertisement